PHd APA MACAM NI ....MALU UNIVERSITI SAJA...KALAU AKU LAMA DAH SEPAK BUANG...

 


Terkini! Saman fitnah Dr Kamarul terhadap AMANAH dibatalkan

Terkini! Saman fitnah Dr Kamarul terhadap AMANAH dibatalkan

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Fathiyah Idris hari ini telah membatalkan saman Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff terhadap Parti Amanah Negara (AMANAH) berkaitan satu saman yang difailkan oleh beliau.

Beliau telah memfailkan kes tersebut pada 6 Januari 2022 terhadap AMANAH kerana didakwa telah memfitnah beliau berasaskan satu artikel yang diterbitkan atas talian bertajuk “Jangan lupa tunjukkan ijazah dan CGPA” yang disiarkan pada tahun 2017.

Saman tersebut telah dibatalkan berikutan satu notis permohonan untuk pembatalan kes itu telah difailkan oleh AMANAH atas alasan kegagalan Kamarul untuk menamakan pegawai awam AMANAH sebagai defendan.

Kamarul dalam kes ini telah menyaman AMANAH sebagai defendan kedua melalui Setiausaha Agungnya iaitu Datuk Wira Mohd Hatta Md Ramli dan tindakan itu adalah bertentangan dengan kehendak Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Berikutan pembatalan itu, Kamarul juga telah dikenakan kos sebanyak RM2000.

Saman fitnah Kamarul terhadap AMANAH dibatalkan
Dr Zulqarnain Lukman

Dalam kes yang sama, Kamarul telah menamakan Khalid Abdul Samad sebagai defendan pertama dan NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd sebagai defendan ketiga.

Mahkamah selanjutnya telah menetapkan tarikh sebutan pada 30 Jun 2022 untuk pihak-pihak memfailkan dokumen-dokumen bagi perbicaraan terhadap Khalid dan NAJ Press Resources.

Kamarul diwakili oleh peguam Mohd Harris Mohan dan AMANAH diwakili oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman.

Khalid Abdul Samad pula diwakili oleh peguam YB Muhammad Faiz Fadhil dan NAJ Press Resources diwakili oleh peguam Hairulallias.


No comments: