Ku Li mula langkah rampas Kelantan, ketuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan

 

Astro Awani
Ku Li mula langkah rampas Kelantan, ketuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan
Tengku Razaleigh akan bersama beberapa pemimpin parti politik di Kelantan dalam satu program pada 7 Mei nanti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebuah gabungan baharu diberi nama Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dan dikepalai oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ditubuhkan dengan hasrat menumbangkan Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed turut mendedahkan gabungan rentas parti itu akan mengadakan program pertamanya pada 7 Mei depan..
"Tahniah dan terima kasih kepada ayahanda Ku Li (Tengku Razaleigh) kerana sudi mengepalai gerakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan yang merentas batas kepartian dan kepuakan.
"Amanah Kelantan bersedia bergabung tenaga dan memberi kerjasama yang sepenuhnya demi membawa dan menawarkan satu perubahan kepada rakyat Kelantan," katanya menerusi satu hantaran di Facebbok.
Sebelum ini Astro AWANI pernah melaporkan pertemuan Tengku Razaleigh dan beberapa pemimpin Amanah Kelantan dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Namun tidak dapat dipastikan adakah gabungan baharu itu menjalinkan kerjasama dengan sebuah lagi pertubuhan yang diberi nama Save Kelantan.
Sementara itu, Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan UMNO tidak ada kena mengena dengan gerakan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh.
Beliau juga menjelaskan tindakan Tengku Razaleigh itu adalah atas kapasiti peribadi dan sebarang keputusan membabitkan kerjasama antara UMNO dan parti lain hanya boleh diputuskan di peringkat parti.


No comments: