KEJUJURAN MASIH ADA?- HUSAM MUSA

 




8

                                                                                7


                                                                            

                                                                                6

                                                                                       5         




                                                                                    4






KEJUJURAN MASIH ADA?

Masih menyambung diskusi saya bersama Tuan Sup MB seputar hutan Simpan Kekal Sungai Durian.

Kali ini - bertolak dari ucapan YAB MB Kelantan di DUN Kelantan sehari dua lalu yg antara lain berkata : 'Kita tidak akan sia-siakan harapan rakyat supaya dijaga Hutan Simpan Kelantan.

Kerajaan Negeri amat menitik beratkan penjagaan alam sekitar...

Kita harap bahawa akan datang ni akan jaga betul-betullah kepentingan hutan ini dan InsyaAllah kita tidak akan sia-siakan lah harapan rakyat supaya dijaga Hutan Simpan ini'. 30 Mac 2022 - seperti kandungan clip di bawah.

Sekarang, saya membawa tuan Sup MB meninjau apa yang berlaku di HSK Sg Durian secara foto dan clip video.

Antara kelulusan pembalakan tebang habis untuk tanam getah(TLC) di HSK Sg Durian. Rujuk Gambar 1.

(Untuk nota tuan Sup MB, bagi kelulusan kompartmen 96, 97 dan 102 yg tertera dalam papan tanda di atas belum saya senaraikan dalam posting semalam. 350 hektar tambahan dari semalam).

Sekarang kita lihat apa terjadi sekitar Hutan Simpan Sg Durian dua hari lepas. Hari YAB MB memberikan ucapan di atas.(Terima kasih banyak pada rakan-rakan yg sudi membantu saya mendapatkan footage paling terkini untuk dikongsi bersama Rakyat Kelantan yg lain).

(Rujuk gambar 2,3,& 4,)

Perhatikan tebing sungai.

(Rujuk gambar 5,6 ,7,8 & Video 9)

Zon penampan sungai dihormati?

Hutan Simpan macam ni? Atau padang pasir simpan kekal?

'Kerajaan Negeri amat menitik beratkan penjagaan alam sekitar...'. MB Kelantan.

Ada kejujuran dalam kata-kata?

Kesannya kepada sungai?

Lihat pemendapan lumpur dan pasir dari bukit yg digondolkan, ditarah dan

ditereskan.

Untuk laporan lebih mendalam mengenai kesan alam sekitar khususnya pada mutu air dan aliran sungai, boleh baca laporan oleh Kuasa seperti di gambar 10,11,dan 12.

Sangat menintik beratkan alam sekitar?

Telus?

Apa respon terhadap laporan seperti ini?

Ada syarikat didenda?

Ada pemantauan?

Ada inventori kehilangan flora dan fauna buat selama-lamanya dibuat?

Ada pembentangan progres dan isu-isu terbabit?

Kata-kata yang manis tidak mencukupi. Allah melihat tindak buat kita.

Kerosakan telah berlaku di daratan Bumi Kelantan.

Ini bukan masa untuk mengabui mata rakyat dengan kata-kata kosong.

Saya beralih sedikit kepada sains tanah. Saya tidak lah arif mengenainya. Sekadar terbaca sedikit sebanyak.

Setahu saya, kawasan HSK Sg Durian adalah merupakan kawasan batuan granite/igneus/high grade.

Apabila lapisan atas dan sekitarnya dirosakkan, secara automatik kawasan bawahannya akan punah ranah dengan cara gerakan bawaan air, seperti yang boleh kita perhatikan dari foto-foto di atas dan rungutan penduduk kampung.

Adakah ini bukan kerosakan di daratan?

Belum mengambil kira kehilangan habitat makhluk Allah yang lain serta kesan ke atas cuaca dan iklim. Lebih-lebih lagi, pembukaan seperti ini berlaku hampir serentak dan meluas.

Saya cadangkan eloklah Kerajaan Negeri memanggil pakar-pakar dalam tajuk ini memberikan pandangan. Bertanyalah pada para ahlinya sekiranya anda kurang arif. Sebelum sepenuhnya terlambat walaupun kini sudah dikira separuh terlambat dengan keluasan lebih 200,000 hektar hutan simpan paling berharga sudah melayang selama-lamanya.

Ini di HSK Sg Durian.

Hutan Simpan Kekal yg lain juga diberikan kelulusan tebang habis yg sama.

Untuk sekadar meyakinkan tuan Sup MB akan hal ini, saya perturunkan sebahagian surat kelulusan itu.

Hutan Simpan Gunung Basor

(Bertarikh 25 Mei 2021)

Rujuk Gambar 13

Hutan Simpan Sg Brok

(Bertarikh 15 Disember 2021 - masih baru)

Rujuk Gambar 14

Hutan Simpan Lebir

(Bertarikh 22 Nov 2021 - masih baru)

Rujuk Gambar 13

Saya membuat posting ini pada hari Juma'at terakhir bulan Sya'aban yang mulia. Dengan harapan timbul kesedaran untuk menghentikan kerosakan ini dan menzahirkan kebenaran atas apa yang saya cuba betulkan.

InsyaAllah kita bersambung esok.

Husam Musa

29 SYA'BAN 1443H

1 April 2022

*Rakan-rakan juga boleh muat turun penulisan di atas dalam format PDF di https://t.me/husammusa/198

 

PENYELESAIAN ISU SAPURA : WAHAI NAJIB DAN MAHACAI JUGA BUAT MAK CIK PEKAN. INI CADANGAN RAFIZI UNTUK SAPURA = INGAT YA BUKAN SAPU YA......

 

1 April 2022

PENYELESAIAN ALIRAN TUNAI SAPURA:




YAKIN DENGAN TENAGA PROFESIONAL

Kontroversi mengenai kemelut aliran tunai yang dialami Sapura Energy Berhad menjadi isu nasional apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak cuba mendesak Kerajaan Persekutuan (melalui institusi rakyat seperti Khazanah Nasional Berhad, PETRONAS dan Permodalan Nasional Berhad) menyelamatkan syarikat itu (sama ada dengan menyuntik dana rakyat atau mengambil alih syarikat tersebut menggunakan dana rakyat).

Alasan yang diberikan ialah kehilangan kerja sehingga 10,000 orang dan kerugian yang bakal ditanggung PNB. Saya akan membuktikan perkara ini dibesar-besarkan demi permainan Najib dalam ulasan-ulasan yang seterusnya. Saya juga akan menunjukkan bagaimana jawapan Najib bahawa dia tidak ada tanggungjawab mengenai bayaran kepada pengarah eksekutif Sapura (semasa dia menjadi Menteri Kewangan) kerana itu urusan syarikat swasta, adalah alasan semata-mata.

Hari ini, saya ingin menjawab keangkuhan Najib kononnya dia sedang berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan rakyat hilang pekerjaan.

Untuk memahami jalan penyelesaian yang menguntungkan rakyat, pekerja Sapura dan pemegang saham, perlulah kita memahami latar belakang masalah aliran tunai yang dihadapi Sapura sekarang. Sebab itu, untuk berlaku adil kepada semua pihak, sewajarnya mereka yang ingin mengutarakan penyelesaian wajarlah mengkaji seberapa banyak maklumat operasi dan kewangan yang ada untuk mengenal pasti punca kepada kedudukan aliran tunai Sapura sekarang.

Berdasarkan ribuan muka surat dari laporan-laporan kewangan yang diaudit, laporan analisis pasaran saham, laporan industri minyak dan gas, saya menyimpulkan kemelut di Sapura berpunca dari perkara-perkara berikut:

• Sebagai syarikat awam yang disenaraikan, prestasi Sapura sebelum ini bergantung kepada harga sahamnya. Lebih tinggi harga saham, lebih ramai yang ingin membeli sahamnya. Lebih ramai yang membelinya, lebih rancak urusan jual beli sahamnya di pasaran saham.

• Apabila gaji dan bonus pengarah eksekutif bergantung kepada paras harga saham Sapura, sudah tentu motivasi pengurusan Sapura sebelum ini untuk menaikkan harga saham secepat mungkin. Lebih tinggi harga saham, lebih besar bayaran gaji dan bonus. Sebab itu gaji dan bonus pengarah eksekutif (seperti yang saya tunjukkan semalam) mencecah sehingga ratusan ribu ringgit setiap hari.

• Ini mendorong Sapura untuk membida projek-projek pada harga yang lebih rendah atau pun tanpa mengukur kemampuannya menyiapkan projek-projek ini mengikut ketetapan kontrak supaya Sapura boleh mengumumkan ia terus memenangi bidaan projek di seluruh dunia. Lebih banyak projek yang diumumkan, lebih tinggi harga sahamnya.

• Untuk membiayai projek-projek yang dimenangi ini, Sapura terus mengambil hutang dengan pelbagai pihak.

• Apabila ini berterusan dan sebahagian dari dana yang dikutip digunakan pula untuk membayar gaji dan bonus pengarah eksekutif yang terlampau tinggi, sampai satu ketika apabila aliran tunai yang dibayar dari projek-projek tidak cukup untuk menampung kos.

• Pada masa yang sama, pemiutang yang memberikan pinjaman kepada Sapura menuntut bayaran hutang dan faedah.

Ini yang dialami oleh Sapura sekarang akibat keghairahan pengurusan lama mengejar kenaikan harga saham kerana mereka mendapat laba dari kenaikan itu. Ini bukan masalah yang unik kepada Sapura. Beratus-ratus syarikat gergasi di seluruh dunia telah melalui krisis aliran tunai sebegini sejak 50 tahun yang lepas. Jika Najib seorang yang membaca dan mahir dalam pengurusan kewangan, sepatutnya dia pun tahu.

Oleh kerana krisis yang dialami Sapura ini bukanlah unik, kita juga tahu jalan penyelesaian yang telah diambil oleh syarikat-syarikat lain di seluruh dunia yang telah berjaya memulihkan syarikat-syarikat berkenaan.

Di bawah kepimpinan baru Sapura yang dibarisi tokoh-tokoh profesional ternama negara, saya yakin mereka sedang berusaha yang

terbaik

mungkin untuk memulihkan Sapura tanpa mengheret dana rakyat seperti yang didesak oleh Najib.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sapura yang baru adalah Tan Sri Dato’ Seri Shamsul Azhar Abbas. Beliau merupakan bekas Presiden/CEO PETRONAS yang telah mengemudi industri minyak dan gas negara sejak tahun 1980an.

Ketua Pegawai Eksekutif Sapura yang baru adalah Datuk Mohd Anuar Taib. Sebelum Sapura, beliau adalah Pengerusi Shell Malaysia sebelum memimpin perniagaan huluan minyak dan gas PETRONAS sebagai Naib Presiden Eksekutif.

Ahli Lembaga Pengarah Kanan Sapura yang baru adalah Tan Sri Dato’ Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor. Beliau adalah bekas CEO Shell bagi rantau ini sebelum menjadi Pengerusi Maybank dan Pengerusi Felda.

Pengalaman ketiga-tiga tokoh industri minyak dan gas negara ini melebihi 100 tahun. Mereka lebih cerdik dan mempunyai kepakaran dalam bidang mereka berbanding Najib. Mereka tidak pernah mendakwa mereka bodoh sehingga boleh ditipu berbilion ringgit oleh seorang budak bernama Jho Low.

Lebih penting, mereka terkenal sebagai tokoh-tokoh yang profesional dan jujur. Mereka menerima permintaan PNB untuk memulihkan Sapura kerana mereka adalah patriot sedangkan mereka boleh bersara sahaja, berbanding dengan Najib yang tidak mahu bersara walaupun telah dijatuhkan hukuman penjara kerana merompak dana pencen rakyat.

Saya telah menerima pandangan tokoh-tokoh pakar dari industri minyak dan gas negara dan mengikuti dengan tindakan-tindakan yang telah diambil pengurusan baru Sapura. Secara umumnya, berikut ialah tindakan-tindakan yang wajar diambil untuk memulihkan Sapura:

• Menjalankan rasionalisasi projek dan portfolio untuk menghentikan sebarang operasi atau projek yang membazir, tidak menguntungkan atau tidak mampu disiapkan. Contohnya, menghentikan penglibatan dalam projek-projek yang mengheret kedudukan kewangan Sapura.

• Merundingkan dengan pemiutang Sapura (termasuk vendor-vendor) untuk menstrukturkan kembali pembayaran hutang. Ini termasuklah mendapatkan persetujuan bersama bahawa pemiutang perlu memberi diskaun kepada Sapura kerana lebih baik mereka mendapat sebahagian sahaja dari hutang (daripada tidak mendapat apa-apa).

• Menyemak kembali struktur gaji dan upah eksekutif kanan untuk mengelakkan pembayaran melampaui batas seperti yang berlaku sebelum ini.

• Menumpukan sumber kewangan dan tenaga kerja kepada projek-projek yang memberi pulangan yang baik untuk mengukuhkan aliran tunai.

• Mencari pelabur baru melalui penerbitan saham baru (pada harga yang lebih rendah), sama ada dalam bentuk saham ekuiti atau waran berbentuk pinjaman untuk mengukuhkan aliran tunai.

Hampir semua dari langkah-langkah ini telah pun dilaksanakan oleh pengurusan baru Sapura:

• 10 Mac 2022 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi pelepasan kepada Kumpulan Sapura di bawah Seksyen 366 dan 368 Akta Syarikat yang membolehkan Sapura merundingkan menstrukturkan kembali pembayaran hutangnya kepada pemiutang dan vendor.

• 4 Februari 2022 – Sapura mengumumkan ia akan menarik diri dari projek Yunneng Wind Power di Taiwan yang bermasalah dan ada kesan kepada prestasi kewangannya.

• 8 Disember 2021 – Sapura mengumumkan operasi minyak dan gasnya masih kekal dengan pengeluaran harian 34,000 tong minyak. Ia juga memberi fokus kepada 59 projeknya di seluruh dunia mengikut pelan rasionalisasi operasi yang diberi nama “Pelan Reset”.

• 8 Disember 2021 – Sapura mengumumkan satu pasukan khas diketuai CEO dan 5 ahli Lembaga Pengarah dengan dibantu penasihat kewangan dari PriceWaterhouseCoopers (PwC) dan Rothschild & Co untuk menggubal pelan pemulihan.

Tenaga profesional yang dipimpin oleh tokoh-tokoh nasional yang berkepakaran ini wajar diberi ruang menjalankan amanah mereka tanpa perlu ada gangguan politik atau campur tangan. Lebih teruk lagi, perangai licik Najib yang ingin mempolitikkan isu aliran tunai Sapura demi meraih sokongan rakyat sebenarnya tidak membantu usaha mereka.

Saya menyeru rakyat Malaysia meletakkan harapan kita di bahu tokoh-tokoh ini, bukannya Najib yang rekod pengurusannya telah memiskin negara dan menyusahkan rakyat.

RAFIZI RAMLI

 

KATA PARTI ISLAM TERBESAR DAN TERKUAT. LEKEH JUMPA "MAHAZALIM" . LIBERAL TU....

 


Hadi pula dijangka bertemu Dr M




Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan akan dibuat dengan Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan rundingan dan membentuk kerjasama.

PETALING JAYA: Selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan bertemu Dr Mahathir Mohamad, kini PAS pula mengesahkan akan bertemu dengan pengerusi Pejuang itu bagi mengadakan rundingan dan membentuk kerjasama untuk perpaduan ummah.

Menurut Presiden PAS Abdul Hadi Awang, pertemuan itu akan diatur tidak lama lagi selain mengulangi pendirian parti itu yang bersedia bekerjasama dengan Pejuang atau mana-mana parti yang tidak ekstrem dan liberal.

“Ya, dengan siapa sahaja kita sedia bekerjasama untuk menyatukan ummah.

“Pertemuan dengan Mahathir, insya-Allah akan diaturkan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir semalam mendedahkan pengerusi parti itu didatangi Muhyiddin bagi membentuk kerjasama baharu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

NAMPAKNYA KECEWALAH MAHIADDIN….

 

Bertentangan dengan kenyataan Mukhriz Mahathir bahawa Mahiaddin Md Yasin bertemu ayahnya, Tun Mahathir Mohamad untuk mengajak kedua-dua parti bekerjasama menghadapi PRU15, Pengerusi Pejuang itu sebaliknya mengatakan tujuan Presiden Bersatu itu bertemunya adalah untuk meminta sokongan menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Pengesahan Tun Mahathir itu bertepatan dengan apa yang ditulis dalam blog ni pada 29 Mac lalu yang mendedahkan pertemuan tersebut ialah bagi Mahiaddin menjadi Perdana Menteri sekali lagi sebelum PRU15 dilangsungkan.

Asas utama Mahiaddin melakukannya ialah berikutan keputusan dua PRN di Melaka dan Johor yang memperlihatkan Bersatu kalah teruk kepada UMNO dan BN.

Tidak sebagaimana PRN Sabah sebelum itu yang menunjukkan Bersatu mencapai keputusan lebih baik, kekalahan di Melaka dan Johor adalah kerana jawatan Perdana Menteri sudah berpindah tangan kepada UMNO.

Lantaran itu dan kerana tidak sedia kalah dalam PRU15 akan datang, maka Mahiaddin merasakan hanya dengan merampas semula jawatan Perdana Menteri sajalah yang dapat menyelamatkan masa depan Bersatu.

ernampak idea Mahiaddin itu bukan saja untuk menyelamatkan masa depan Bersatu, tetapi juga masa depan parti-parti pembangkang yang lain.

Dengan sebab itulah, lalu beliau sanggup menebalkan muka bertemu Tun Mahathir yang pernah ditikam sebelum ini melalui Langkah Sheraton bagi mencapai tujuan dan hasratnya itu.

Bagaimanapun, respon Tun Mahathir untuk memberi sokongan kepada Mahiaddin kembali semula menjadi Perdana Menteri itu nampaknya langsung tidak memberangsangkan.

Mahathir berkata beliau tidak tahu mengapa Mahiaddin datang meminta sokongannya.

“Dia nak saya sokong dia dalam usaha untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi,” katanya.

Mahahir berkata, meskipun Pejuang belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu, tetapi membayangkan yang beliau sama sekali tidak bersetuju dengannya.

“Saya tak tahu nak kata apa (kepada Mahiaddin).

“Saya tak jadi Perdana Menteri sebab Mahiaddin. Dia tikam belakang saya. Sekarang orang yang dia tikam belakang itu tak mati lagi,” tambah beliau.

Mahathir seterusnya menegaskan prestasi Mahiaddin sebagai Perdana Menteri sebelum ini tidak begitu baik dan tidak layak untuk mendapat sokongan daripadanya.

“Semasa dia jadi Perdana Menteri, ramai orang tak puas hati dengan kepimpinannya.

“Dia bukan Perdana Menteri yang baik.

“Jika dia lakukan perkara yang bagus untuk negara, saya percaya saya tak sokong pun dia boleh menang.

“Kami tidak akan menyokong Perdana Menteri yang ada banyak kegagalan sama seperti Najib,” tegas Tun Mahathir.

Alamak….pedihnya ayat Tun Mahathir!!

Nampaknya kecewalah Mahiaddin…(ShahbudinHusin 01/04/2022)



Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR


Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan beliau akan bertanding
 merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei
 ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Saifuddin Nasution Ismail hari ini secara rasmi mengumumkan akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Dengan pengumuman itu, beliau akan mencabar bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mengumumkan bertanding jawatan itu lebih awal sebelum ini.

“Dengan penuh keinsafan dan rendah diri saya Saifuddin Nasution mengumumkan pada hari ini bahawa saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan PKR kali ini,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Cabang, Wanita dan Pemuda seluruh Kelantan hari ini.

Saifuddin juga berkata beliau berjanji akan menghormati segala keputusan ahli parti sama ada mahu memilih atau menolak beliau dalam merebut jawatan itu.

“Jika terpilih, saya akan tunai amanah, jika tak tak terpilih saya berjanji akan terus kekal berkhidmat untuk parti PKR dalam apa juga peranan, ini tekad saya,” kata Setiausaha Agung PKR itu.

Katanya, beliau juga menganggap pertembungannya dengan Rafizi dalam merebut jawatan itu sebagai persaingan “sahabat” dalam menyumbang kepada parti.

“Sikap saya betul-betul datang dari jiwa saya bahawa saya alukan pengumuman awal sahabat saya, Rafizi yang ikut menawar diri (tanding jawatan). Sejujurnya persaingan ini tawaran dua rakan yang ingin menyumbang kepada keutuhan parti melalui proses demokrasi dalam perlembagaan parti, ini sikap dan pendirian saya,” katanya sambil memaklumkan beliau akan menggunakan pengalaman 23 tahun dalam parti itu jika dipilih.

Sebelum ini, Rafizi, yang juga Naib Presiden mengumumkan hasrat bertanding untuk jawatan tersebut.

Seorang lagi yang turut mempunyai hasrat sama adalah Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dilapor sebagai berkata, beliau sanggup mengundur diri daripada pertandingan tersebut sekiranya Saifuddin sah bertanding untuk Timbalan Presiden.

JOM TONTON FILEM TERBAHARU KELUARAN MAH BROTHERS.... THE PIRATE OF CARRY BN

 Now showing...

PIRATE of CARRY-BN!

Mari tengok berapa banyak Najib & The Gang curi. Rakyat dapat apa?



SESIAPA PUN YANG BEKERJASAMA DENGAN PAS TIDAK AKAN MENDAPAT LABA . BAIK DUNIA ATAU AKHIRAT.PEMBOHONG KUAT,TAMAK KERUSI TAPI TAK BOLEH MENANG

 


PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis






Setakat ini belum pasti sama ada PAS akan terus bersama Perikatan Nasional pada pilihan raya umum ke-15, menurut penganalisis.

PETALING JAYA: Penganalisis melihat PAS mempertaruhkan hubungannya dengan rakan gabungannya selepas menyuarakan pendirian mengenai isu penukaran agama kanak-kanak sebelah pihak dan cadangannya supaya jawatan perdana menteri dikhaskan kepada orang Islam.

Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, parti itu menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakan bukan Islam dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Bagaimanapun katanya, tidak jelas bagaimana pengundi bukan Islam akan memberikan reaksi kerana belum ada kepastian mengenai penjajaran politik PAS untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Ia bergantung dengan siapa PAS akan berpakat pada PRU15,” katanya kepada FMT.

Jeniri Amir.

“Jika ia masih dengan PN, penyokong bukan Islam gabungan itu mungkin tidak mahu keluar mengundi sebagai tanda protes. Kita boleh lihat bagaimana peratusan keluar mengundi yang rendah dalam pilihan raya sebelum ini memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN).”

Pada Selasa, Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin mengeluarkan amaran terhadap pihak yang cuba membatalkan penukaran agama tiga anak seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Ini selepas Loh memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon pengisytiharan bahawa bekas suaminya tidak layak secara sah untuk mengislamkan mereka.

Minggu lalu, Khairil mencadangkan supaya satu pindaan perlembagaan dilakukan supaya jawatan perdana menteri dikhususkan kepada orang Islam sahaja.

Lee Kuok Tiung.

Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Lee Kuok Tiung berkata, walaupun Gerakan, SAPP dan STAR sentiasa menggambarkan diri sebagai parti pelbagai kaum dan agama, namun berada dalam gabungan bersama PAS telah menjejaskan imej itu.

“Kenyataan PAS itu hanya akan menyebabkan penyokong lari,” katanya.

“Pengundi mungkin masih menyokong Gerakan, SAPP atau STAR, tetapi semasa PRU15, mereka mungkin keberatan untuk mengundi parti yang bekerjasama dengan PAS.”


INGATKAN ANAK HILANG.RUPANYA TIDOR DALAM PETI AIS

 


Jenuh cari anak tak jumpa, wanita ini terkejut anaknya tidur lena dalam peti ais


TuIar di laman TikT0k, video perkongsian oleh seorang pengguna yang memaparkan anak lelakinya yang sedang lena tertidur di dalam peti ais telah menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, ibu kepada kanak-kanak lelaki itu difahamkan telah mencari anaknya itu di merata tempat namun tidak menjumpainya..

Malah, ibunya turut terkejuut apabila mendapati bahawa anaknya telah mengeluarkan semua barang yang terdapat di dalam peti ais sebelum masuk ke dalamnya dan tidur.

Harini dia boleh pergi lena dalam peti ais, bertuah punya budak. Jadi apa-apa habis orang kata aku tar0k anak dalam peti ais.

Meninjau di ruangan k0men, pemilik video turut memaklumkan bahawa anaknya memang suka bermain lampu peti ais namun tidak menjangka dia akan tidur di situ dengan lena kerana di rumahnya turut terdapat pendingin hawa atau airc0nd.

Aircond dua biji dalam rumah.. peti ais jugak hang masuk tidoq.

Video Player
00:00
00:17

Malah, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik tersebut dan memahami tindakannya itu kerana cuaca yang panas baru-baru ini.

Bukti cuaca makin panas la ni – Netizen.

“Anak yang hebat.. dia tahu mana nak tidur lena musim panas ni,” tulis seorang pengguna TikT0k.