KES NAJIB - MAHATHIR JANGAN SIBUK KOMEN-Siapa Mahathir mahu sembang pasal kes Najib?

Anwar Ibrahim: Beli Senjata Tak Sampai Ikut Jadual, Kos Melambung Tinggi...


Anwar Ibrahim: Beli Senjata Tak Sampai Ikut Jadual, Kos Melambung Tinggi, Ini Saya Dengar Dah Lama





(PRN Sarawak) Dr Wan Azizah Bersama Calon KEADILAN N25 Simunjan, Hapeni ...

APAKAH PENDIRIAN MT UMNO BERMAKSUD MEREKA MENUDUH KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN TIDAK ADIL?


 Walaupun mesyuarat MT UMNO diadakan pada malam 8 Disember, tetapi kenyataan media berkenaan mesyuarat tersebut hanya dikeluarkan lewat petang semalam iaitu 9 Disember.

Barangkali ini adalah pertama kali dalam sejarah UMNO, kenyataan media dikeluarkan sehari selepas mesyuaratnya diadakan.

Mesyuarat yang diadakan selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan menolak rayuan dan mengekalkan sabitan bersalah dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak antara lain membuat keputusan:-

⁃ menzahirkan rasa dukacita terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Najib dan mengekalkan sabitan bersalah terhadapnya.

⁃ mengharapkan bekas Perdana Menteri itu akan diberi keadilan yang saksama dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan nanti dengan alasan ramai beranggapan beberapa tokoh yang dituduh di mahkamah selepas PRU14 adalah bermotifkan pendakwaan politik.

Agaknya kerana tersentak serta terkelu dengan keputusan serta hujahan hakim Mahkamah Rayuan yang pedas dan berbisa dalam mengekalkan keputusan bersalah terhadap Najib itulah yang menyebabkan kenyataan media itu lewat sehari dikeluarkan.

Biasanya sebelum ini, selepas jam 12 malam setelah berakhirnya mesyuarat MT pun masih boleh lagi disusun ayat mengeluarkan kenyataan media.

Apa pun, pendirian MT UMNO berhubung kes mahkamah Najib di mana Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sendiri ada di dalam mesyuarat tersebut lebih memperlihatkan sikap parti itu yang tidak matang dan tidak terbuka dalam menerima sesuatu keputusan mahkamah.

Sekadar menzahirkan rasa dukacita dan simpati terhadap Najib barangkali tidak ada salahnya, tetapi dengan berharap bekas Perdana Menteri itu diberi keadilan yang saksama di peringkat rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan nanti tentu saja menimbulkan banyak persoalan lain.

Apakah pendirian UMNO itu bermaksud mereka menuduh keputusan tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib sebagai tidak adil?

Apakah ia hanya dianggap adil jika Najib dibebaskan?

Bagaimana dengan segala bukti, fakta serta keterangan yang dibentangkan di mahkamah yang didapati telah melampaui keraguan yang munasabah untuk mensabitkan kesalahan terhadap Najib?

Contoh paling mudah ialah berkenaan kemasukan wang RM42 juta ke dalam akuan peribadinya yang kemudian beliau membelanjakan wang tersebut, antaranya untuk membeli-belah, apakah masih adil namanya jika pelaku yang berbuat demikian akhirnya dibebaskan?

Selain itu, dengan UMNO berharap Najib diberi keadilan yang saksama di Mahkamah Persekutuan nanti, ini dengan sendirinya bermakna suatu tekanan secara tidak langsung daripada UMNO sebagai parti yang sedang menguasai kerajaan kepada lima hakim yang bakal mendengar rayuan nanti.

Apa lagi yang turut bersetuju dengan pengharalan MT UMNO agar Najib diberi keadilan yang saksama itu ialah Perdana Menteri sendiri kerana beliau hadir dalam mesyuarat tersebut.

Sekali lagi, apakah jika keputusan di Mahkamah Persekutuan nanti tidak memihak kepada Najib, maka UMNO akan terus berpendirian tiada keadilan yang saksama diberi oleh mahkamah tertinggi itu?

Dalam waktu yang sama, UMNO dalam kenyataan medianya juga ternampak setuju dengan tanggapan ramai (kononnyalah) bahawa pendakwaan terhadap beberapa pemimpin parti itu selepas PRU14 lalu adalah semata-mata bermotifkan politik.

Sudah tentu, mereka yang dimaksudkan didakwa di mahkamah atas pendakwaan bermotif politiik itu, selain Najib, adalah Zahid Hamidi sendiri.

Harus diingatkan kepada UMNO, kalau seseorang itu tidak melakukan sebarang kesalahan, apa pun pertembungan politik yang berlaku, ia mustahil boleh sampai hingga boleh didakwa di mahkamah.

Tambahan lagi, sekarang ini yang sedang berkuasa dan menerajui kerajaan adalah UMNO serta yang menjadi Perdana Menteri juga adalah pemimpin UMNO, bukan lagi PH atau PN sebagaimana sebelum ini.

Kalau benar semuanya pendakwaan politik, kenapa tidak dipaksa Ismail Sabri menggugurkan semua kes yang terkait dengan pemimpin-pemimpin UMNO itu?

Mengapa masih nak menyalahkan motif politik dan pemimpin lama yang sudah tiada kuasa? – ShahbudinHusin 10/12/2021.




Jangan undi calon lupa rakyat, undi calon KEADILAN - Dr Wan Azizah



Malaysia DPM Wan Azizah saddened by resignation of King who pardoned her  husband Anwar Ibrahim, SE Asia News & Top Stories - The Straits Times



Pengundi Sarawak dinasihatkan agar mengundi calon yang tidak lupa kepada rakyat yang melantik mereka.

Menurut Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, wakil rakyat sepatutnya mengambil berat isu pengundi selepas dilantik. Namun, katanya wakil rakyat kerajaan sering kali tidak memperdulikan kebajikan rakyat selepas menang.

Dr wan Azizah memperkenalkan calon

"Ramai yang naik, bagi jawatan, bagi pangkat, bagi semua nikmat, dia lupa pada rakyat. Kita tak mahu. Dah lama (di bawah GPS), jangan buat kesilapan.

"Inilah kali kita ada peluang untuk tukar calon, undilah Hapeni Fadil, calon no 2," katanya ketika berkempen di DUN Simunjan semalam.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata tidak mengapa sekiranya ada parti kerajaan yang memberi hadiah dan sebagainya. Tetapi undi adalah rahsia dan perlu diberi kepada pihak yang pandai menjaga amanah.

"Kita mahu wakil rakyat anak tempatan.

"Mereka akan bagi macam macam, duit, harta. Itu bukan wang dia, itu wang rakyat. Ambil tetapi jangan undi lain selain calon PKR, calon lambang mata, calon KEADILAN. Itu kita mahu," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu juga berkata, pengundi perlu keluar awal dan jangan seorang pun tidak mengundi kerana undi seorang berharga untuk memastikan kemenangan.

 

SKRIP NAJIB


 INI DIA SKRIPNYA!

Please Share

More cartoons @ www.zunar.my

#1MDB #najibrazak #rosmahmansor #src #ismailsabri



TOK PETI DAN LEBAIYUN TAK TERKATA APA ?? TUUUU..DIAAAAAAA

 

May be an image of drink and text that says "Free Malaysia Today 4h Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, Jabatan Kastam diarah membatalkan arahan itu kepada kerajaan negeri. i FREEMALAYSIATODAY.COM Kerajaan batal syarat lesen alkohol untuk kedai kopi"

MOHD MUKHLIS


Nak tanya tokpeti, dia tengah sibuk cuci dosa. Dia ingat dosa sertu pengkhianatan boleh di ampunkan begitu sahaja sampai menyebabkan kematian berpuluh ribu akibat kerajaan al-ghadr yang dia sertu.

Nak tanya anak Wong pun sama, kalau tak dulu dialah terpaling lantang bising bab arak, siap bertasbih nama Mujahid bila ada kemalangan melibatkan arak.
Kini masing-masing dah pakat bersetuju Islam tak lagi terancam bila MCA jadi tuan, dan khadam-khadam mereka pakat dengar dan taat sahaja. Tu belum masuk part movie gay bawah umur dan ratu cantik.
Demikianlah penunggang agama. Betul kata Syeikh Said Ramadhan Al-Buuti:
"Hukumnya sama, dan dalilnya tetap sama.. yang berubah adalah cita cita dan kepentingan mereka di dalam politik.. "

MAAF GUYS INI BERITA PELESU. JANGAN CEPAT CEPAT SIAP SEL.

 

MOHD MUKHLIS


Ai say palsu gaissss. Biasa orang kata siap awai tak kalut kan. Tsk tsk tsk.

Jabatan Penjara belum siap siagakan sel penjara untuk "National Embarrassment @ Plundering Idiot" lagi ke? 😂😂


May be an image of 1 person, standing and text

NEGARA KAYA MACAM MALAYISA NI TAK PERLU ADA POGRAM BERSAMAMU

 May be an image of 1 person and text that says "kebodohan bukanlah satu PENYAKIT, ia adalah BAKAT semulajadi.. -tenangisgood"


AMNI RAZIN

Cuma nak ingatkan Pengundi Pengundi Luar Bandar , Orang Orang Kaya Jutawan tak pergi mengundi .

Yang mengundi adalah kita Rakyat biasa biasa. Urban , semi Urban , Orang Kampung, Orang Felda ,
Kita lah yang menentukan corak Kerajaan yang kita inginkan. Maka Pilih lah Pemimpin di mana apabila mereka memerintah tiada Miskin Tegar , tiada Rakyat yg hidup melarat tanpa rumah tanpa keperluan asas.
Negara Kaya seperti Malaysia Ini tidak perlu ada
PROGRAM BERSAMA MU di TV3 .
Sebab itu jangan salahkan orang lain jika Negara kita di pimpin Dan di ketuai INDIVIDU INDIVIDU YANG TAK AMANAH dalam tanggung Jawab nya
Memetik Firman ALLAH swt
AKU tidak menganiaya hamba KU tetapi mereka menganiaya diri mereka dengan tangan mereka sendiri.."

SIRI 2 - WAJIB BACA TERUTAMA MAKCIK PEKAN YANG BERLAGAK CERDIK SANGAT-- JOM BANYAK MEMBACA

 Siri 2

Selepas tulisan siri 1, saya ada baca beberapa soalan di ruang komen berkaitan dengan. Siapa yang masukkan ke dalam akaun DS Najib? Siapa yang arahkan?
Antara perkara yang dibangkitkan adalah penglibatan Nik Faisal iaitu CEO dan Pengarah SRC yang juga ‘mandate holder’ kepada akaun DS Najib yang menjadi pertikaian dalam kes ini. Begitu juga dengan penglibatan Jho Low.
Isu yang jelas bahawa terdapat wang kemasukan sebanyak RM42 juta ke dalam akaun DS Najib. Yang dihujahkan di mahkamah dan dipertikaikan di mahkamah adalah bagi tujuan apa, ke mana alirannya.
Berdasarkan laporan Astro Awani pada 1/6/2020 bahawa team pembelaan DS Najib menegaskan bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai pengetahuan bahawa wang RM42 juta yang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya adalah dari syarikat SRC
Peguam DS Najib menghujahkan bahawa pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan dalam pindahan wang sebanyak RM42 juta yang didakwa milik SRC ke akaun DS Najib.
Pihak pendakwaan telah mengemukakan bukti salinan Black Berry Messenger (“BBM”) perbualan di antara DS Najib dan juga Jho Low.
Mahkamah berpendapat pada perenggan ke- 329 muka surat 259 Alasan Penghakiman bahawa bukti BBM ini dapat mematahkan penafian DS Najib berkenaan dengan alasan dia tidak tahu berkenaan kemasukkan wang tetapi bukti perbualan BBM tersebut menunjukkan Jho Low dan DS Najib berhubung.
“[329] Hence, we agree that there is ample evidence to debunk the contention by the appellant that he did not know the transactions, balances and sources of his personal accounts. The BBM messages and chats clearly show that Jho Low and the appellant were in regular communication…”-Ground of Judgment
Memetik Laporan berita Harian pada 9/1/2020- “Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk memastikan ceknya dapat ditunaikan”- Link artikel ada di bawah.
Bukanlah Mahkamah tidak mengambil kira segala hujah kedua-dua pihak. Soalan ditanyakan dan bukti dikemukakan, DS Najib juga diberi peluang untuk menjawab.
Begini dalam kes jenayah, bagi membela tertuduh perlu membangkitkan keraguan. Begitu juga DS Najib. Namun demikian, Mahkamah berpendapat tiada keraguan munasabah bahawa kesalahan telah dilakukan. Masih DS Najib mempunyai hak untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Dalam kes jenayah, ada beberapa perbuatan tertuduh sendiri boleh dianggap sebagai ‘circumstantial evidence’.
Contoh dalam kes dadah, pembelaan tertuduh bahawa dadah bukan miliknya tetapi sewaktu tangkapan saksi polis mengesahkan bahawa tertuduh campak dadah dan lari. Persoalan yang ditimbulkan kenapa campak? Kenapa lari? Hal begini akan dipertikaikan di mahkamah.
Dalam kes bunuh, pembelaan tertuduh dia tidak bunuh mangsa. Sebaik sahaja pulang ke rumah dia lihat mangsa berlumuran darah. Dia panik. Dia sembunyikan mayat mangsa dalam peti. Persoalan, kenapa sembunyikan kalau tidak bunuh? Kenapa tidak terus hubungi polis, ambulans? Hal begini akan dipertikaikan di mahkamah.
Begitu juga pembelaan membunuh kerana mental tidak waras. Kalau tidak waras, kenapa boleh sembunyikan senjata bunuh, mandi dan bersihkan diri sendiri untuk hilangkan darah. Ambil telefon mangsa dan mesej ahli keluarga dan menyamar jadi mangsa maklumkan mangsa berpindah.
Ada kes-kes yang diputuskan mengambil kira bukti ‘cirmcumstantial evidences’ begini.
Begitu juga yang ditimbulkan, jika ada terima jumlah wang yang tanpa tahu sumber. Jutaan ringgit. Kalau hal ini terjadi pada individu biasa. Ada banyak persoalan yang timbul.
Andai berlaku kepada kita. Apa yang kita lakukan? Wang dalam akaun begini entah sumbernya dari terrorism? Bagaimana dengan LHDN? Perlu lapor polis tidak? Perlu isytiharkan tidak? Atau kita diam dan belanjakan?
Dua cara yang berbeza. Satu kita laporkan dan satu kita diamkan dan guna misalnya untuk perbelanjaan kredit kad. Kalau di bawa ke mahkamah, apa agaknya keputusan?
Ada juga soalan yang tanya, apa ‘chances’ di Mahkamah Persekutuan. Jawapan saya, semuanya tertakluk kepada hujah pendakwaraya dan juga dapatan 7 panel Yang Arif-Yang Arif Mahkamah Persekutuan. Manalah tahu ada dapatan yang lain atau ada perkara yang dibangkitkan dapat menimbulkan keraguan.
Seterusnya soalan mengapa DS Najib tidak boleh kemukakan bukti baru. Saya sambung siri 3, esok. Saya akan rujuk kepada kes yang relevan dan saya sekalikan dengan jawapan kepada soalan, mengapa masih tiada hukuman pemenjaraan.
Jika kalian hendak baca sendiri alasan penghakiman ini, pergi ke laman web kehakiman. gov. Lihat di bahagian bawah ada disenaraikan kes, tekan butang 'Lihat Semua' dan pilih kes DS Najib. Kemudian tekan nombor kes berwarna biru.
Boleh baca 317 muka surat alasan penghakiman. Gambarnya saya letakkan di ruangan komen untuk rujukan cara mencari.
Oleh Nor Zabetha





WAJIB BACA TERUTAMA MAKCIK PEKAN YANG BERLAGAK CERDIK SANGAT...JOM BANYAK MEMBACA.

 Siri 1

Banyak soalan-soalan yang saya terima di ruang komen berkenaan undang-undang dalam kes DS Najib.
Saya pilih beberapa soalan yang diulang di ruang komen. Saya cuba pendekkan tulisan ini sehabis mudah untuk kefahaman semua peringkat.
Pertama sebelum mulakan, eloklah kiranya kita tahu fakta pertuduhan kes DS Najib yang diputuskan semalam? Apa puncanya? Sebab masih ada yang keliru dan tidak faham.
Sewaktu kes ini dimulakan, saya kira ada yang mungkin tercampur fakta kerana ketika ini banyak pertuduhan kes di mahkamah yang melibatkan individu lain dalam tempoh masa yang lebih kurang sama. Misalnya kes Tengku Adnan, Datin Rosmah, Bung Moktar dan isteri, Abdul Azeez, Zaid Hamidi dll. Kes yang berbeza-beza dengan fakta yang lain.
Barangkali buat ramai keliru dan nampak campur aduk. Kes mereka berlainan. Transaksi dan aliran wang yang berlainan. Namun, kesalahannya berkisar tentang rasuah, penyelewengan wang dan pengubahan wang haram.
Bagi kes DS Najib ini, berikut adalah faktanya yang saya rumuskan dari Alasan Penghakiman Kes.
Ada 7 pertuduhan semuanya untuk transaksi bernilai RM42 juta dari SRC International Sdn. Bhd ke akaun peribadi DS Najib. SRC ditubuhkan pada 7.1.2011 sebagai syarikat private limited company.
Pertuduhan pertama ini adalah bagi nilai suapan sebanyak RM42 juta ringgit yang dikaitkan pada 17.8.2011, sewaktu DS Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia (juga merupakan pegawai badan awam seperti dalam pertuduhan) telah terlibat dalam keputusan bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC.
Ini adalah kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
Selepas pinjaman sebanyak RM4 Bilion ini diluluskan dengan jaminan kerajaan (pada 2011 sebanyak 2 Bilion dan pada 2012 sebanyak 2 Bilion), kemudian terdapat transaksi pindahan wang pada 24.12.2014 sebanyak RM40 juta dari SRC dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat iaitu GMSB.
Pada tarikh ini juga GMSB mengarahkan bank memasukkan wang RM40 juta ini ke dalam satu akaun syarikat lain iaitu IPSB.
Selang beberapa hari kemudian iaitu, pada 26.12.2014, dua transaksi dari IPSB dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib. Transaksi pertama bernilai RM27 juta, transaksi kedua bernilai RM5 juta.
Sekali lagi pada 2015, berlaku transaksi dari SRC ke GMSB ke IPSB dan ke dalam akaun peribadi DS Najib bagi nilai RM10 juta. Secara keseluruhannya wang dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib secara aliran ini adalah sebanyak RM42 juta.
Transaksi-transaksi inilah yang merupakan kesalahan pecah amanah bagi pertuduhan kedua (RM27 juta) , ketiga (RM5 juta) dan keempat (RM10 juta) iaitu bagi kesalahan bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Jadi memandangkan hasil wang ini adalah pecah amanah, bermakna ianya merupakan hasil daripada aktiviti haram. Ini adalah merupakan kesalahan bawah seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram bagi pertuduhan kelima (untuk transaksi RM27 juta), pertuduhan keenam (untuk transaksi RM5 juta) dan pertuduhan ketujuh (untuk transaksi RM10 juta).
Secara keseluruhanannya, perbicaraan bagi kes pendakwaan dan pembelaan selama 86 hari dengan saksi pendakwaan seramai 57 orang dan pembelaan 18 orang.
Berdasarkan alasan penghakiman, antara pembelaan DS Najib adalah wang ke dalam akaunnya tersebut digunakan untuk tujuan CSR tetapi team pembelaan gagal membuktikan bahawa dia diberikan kuasa atau arahan untuk mengadakan program CSR bagi SRC, GMSB atau IPSB.
Pembelaan berkenaan duit ini adalah derma dari Arab, ada surat yang dilampirkan namun pembuat surat tersebut tidak pernah dipanggil ke mahkamah untuk memberikan keterangan. Mahupun keaslian surat tersebut, tidak dihujahkan di mahkamah sewaktu perbicaraan. Maka dianggap surat tersebut adalah 'hearsay' dan tidak boleh dipakai.
Semalam Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan juga hukuman kepada DS Najib. Bermakna pihak pendakwaraya telah berjaya membuktikan kes mereka tanpa keraguan munasabah.
Dapatan oleh 3 panel Hakim Mahkamah Rayuan merungkai setiap elemen dalam setiap kesalahan berdasarkan pertuduhan. Sama ada DS Najib pegawai badan awam, sama ada wang tersebut adalah untuk kepentingan sendiri, sama ada telah berlaku pecah amanah, sama ada wang tersebut adalah dari aktiviti haram dll. Diputuskan bahawa terdapat semua elemen-elemen dalam setiap pertuduhan tersebut.
Bagi 7 pertuduhan ini, hukumannya adalah penjara 12 tahun secara serentak (kalau berasingan lebih tinggi) dan denda RM210 juta ringgit.
Dilaporkan oleh The Edge Market, pada 8 April 2021. Salah seorang panel Hakim iaitu Yang Arif Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bertanyakan kepada peguam DS Najib, apa berlaku kepada pinjaman RM4 Bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC.
Jawab peguam DS Najib. "Tiada siapa tahu". Saya berikan linknya di ruang komen.
Alasan penghakiman ini mengandungi 317 muka surat manakala rumusannya 54 muka surat. Saya cuba pendekkan tetapi masih juga panjang. Jadi saya akan menulis beberapa siri. Tulisan saya berdasarkan alasan penghakiman dan laporan berita sahaja. Saya tidak menulis pendapat untuk menyokong atau menentang. Hanya fakta.
Tulisan seterusnya, saya akan tulis berkaitan kenapa mahkamah menolak permohonan DS Najib bagi memasukkan bukti baru dalam kes ini dan beberapa soalan lain yang dikemukakan. Mengapa DS Najib masih lepas bebas? Dan segala soalan lain yang ada ditanya.
Nanti panjang berjela tulisan ini tetapi sebelum jawab persoalan, kalian perlu faham fakta kes dahulu.
Oleh Nor Zabetha






JANGAN LA KATA NAJIB TU SALAH- OWHHH CAM TU- DULU KES TUDUH EDAR PIL KUDA PUNCA LETAK CALON MERATA YA...



GAMBAR NI MASA NAJIB ADA KUASA.....MAKA KITA SONDOL LAH NAJIB..BILA NAJIB DAH KENA...KAH...KAH...KAH...BATANG HIDUNG TAK JENGUK

 May be an image of 5 people and people standing

Tuan Ibrahim kata, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Ada mahkamah akhirat selain mahkamah dunia, katanya. Maksudnya, jangan la kata Najib tu bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah. Dah dua mahkamah kata Najib bersalah. Cuma satu lagi mahkamah yang Najib akan merayu.

Lupakah kita waktu Hadi Awang tuduh calon-calon Keadilan ada yang edar pil kuda dan sokong komunis? Dia gunakan alasan itu untuk Pas letak calon di kerusi-kerusi yang Keadilan bertanding. Waktu itu, siapa calon Keadilan yang didapati bersalah edar pil kuda atau sokong komunis? Mengapa Hadi buat tuduhan? Tidakkah bercanggah dengan apa yang Tuan Ibrahim katakan itu?
Kesimpulannya, lebai ni penjual agama!!
WFAUZDIN NS

NEGARAKU KETINGGALAN

 

"Negara & bangsa kita ketinggalan dari negara Korea dan bangsa Cina bukan kerana ancaman tentera China atau ancaman ekonomi bangsa Cina. Juga bukan kerana agama Kristian, Budha atau Hindu...tapi kerana bangsa kita yg lemah dibodohkan dgn rasuah. Yg bijak pandai pula menjadi bodoh kerana rasuah. Negara ku bukan pemimpin membantu ekonomi rakyat tetapi rakyat terpaksa menanggung kehidupan bermewahan pemimpin."


May be an image of 3 people and text that says ""Negara & bangsa kita ketinggalan dari negara Korea dan bangsa Cina bukan kerana ancaman tentera China atau ancaman ekonomi bangsa Cina. Juga bukan kerana agama Kristian, Budha atau Hindu.. kerana bangsa kita yg lemah dibodohkan dgn rasuah. Yg bijak pandai pula menjadi bodoh kerana rasuah. Negara ku bukan pemimpin membantu ekonomi rakyat tetapi rakyat terpaksa menanggung kehidupan bermewahan pemimpin." Lorman"



SAKSAMA DAH...KALAU 2 MAHKAMAH TERTINGGI KATA SALAH TAK KAN LAH PULAK MAHKAMAH TERAKHR NAK KATA TAK BERSALAH...KAU PUN NASIB KAN

 

Umno harap keputusan Najib diadili dengan saksama di Mahkamah Persekutuan

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) menzahirkan rasa dukacita terhadap keputusan rayuan kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berharap agar keputusan rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan kelak dapat diadili dengan saksama kerana ramai beranggapan bahawa beberapa tokoh yang dituduh selepas PRU-14 adalah kerana bermotifkan pendakwaan politik.

“Umno percaya bahawa sistem kehakiman negara perlulah sentiasa menjunjung prinsip keadilan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan mesyuarat kelmarin yang dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan turut memberitahu satu Mesyuarat Perwakilan 4 Peringkat Umno iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri dan Umno Bahagian akan diadakan pada 11, 12 dan 18 Disember 2021 di seluruh negara.

“Adalah diharapkan agar mesyuarat tersebut berjalan lancar dan SOP COVID-19 yang sewajarnya sentiasa dipatuhi.

“Lebih 20,000 Persidangan Umno Cawangan telah pun selesai diadakan pada 15 Oktober hingga 30 November 2021 dengan jayanya,” katanya.

Tambahnya, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur pada 13-15 Januari 2022 secara hibrid iaitu gabungan kaedah bersemuka dan maya.

“Ini disebabkan SOP penjarakkan masih perlu dipatuhi. Keterangan lanjut mengenai PAU 2021 akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

013) Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. – yassinsalleh

 

013) Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. – yassinsalleh

Nanti ramai-ramai Makcik-makcik-Ngok unjuk rasa di mahkamah
Nyanyi lagu,
“Kami datang dengan cinta duhai Bossku Rasul Melayu."
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD
Riza Aziz anak tiri cash is king dan ramai lagi
boleh lepas bebas dilepas bebas macam Musa@Aman
dia dah lepas bebas dah dilepas bebas bagai Kuman@Adnan
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD
Musa@Aman yang tak aman dah aman dah
sekarang dia sudah aman, aman sudah dia aman.
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD.
Curilah duit rakyat balunlah duit orang pencen
songlaplah duit tabung haji klepetlah duit felda
bantailah balunlah samunlah rompaklah kedarahlah
takkan bersalah boleh lepas aman damai santai@bantai
kerana mereka dewa-dewa yang bergentayangan
di angkasa di kayangan di mahligai di viagra raba-raba
ada tukang doa penjual tiket syurga penunggang agama
maka rakyat terpesona oleh ratib walaun-walauntit
yang menadah tin milo dan tabung buluhnya.
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD
Jadilah sang-helang-fatwa pakar ratib
dan bacalah mentera-menteri pakar viagra raba-raba.
Hulur sana tabur sini semuanya boleh kowtim.
Paling tidak kaut sajalah pasir tambak laut. Naam?
Nanti ramai-ramai Makcik-makcik-Ngok unjuk rasa di mahkamah
Nyanyi lagu,
“Kami datang dengan cinta duhai Bossku Rasul Melayu.
yassinsalleh
10.06.2020
(Edited 9.12.2021)
Sarapan nasi lemak sambal tumis petai
(beli punya bukan curi punya tau, sumpah)
Hak Cipta © 2020 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara



CARA UMNO TUNGGANG PAS

 Cara Umno menunggang PAS!

🤣🤣🤣