013) Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. – yassinsalleh

 

013) Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. – yassinsalleh

Nanti ramai-ramai Makcik-makcik-Ngok unjuk rasa di mahkamah
Nyanyi lagu,
“Kami datang dengan cinta duhai Bossku Rasul Melayu."
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD
Riza Aziz anak tiri cash is king dan ramai lagi
boleh lepas bebas dilepas bebas macam Musa@Aman
dia dah lepas bebas dah dilepas bebas bagai Kuman@Adnan
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD
Musa@Aman yang tak aman dah aman dah
sekarang dia sudah aman, aman sudah dia aman.
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD.
Curilah duit rakyat balunlah duit orang pencen
songlaplah duit tabung haji klepetlah duit felda
bantailah balunlah samunlah rompaklah kedarahlah
takkan bersalah boleh lepas aman damai santai@bantai
kerana mereka dewa-dewa yang bergentayangan
di angkasa di kayangan di mahligai di viagra raba-raba
ada tukang doa penjual tiket syurga penunggang agama
maka rakyat terpesona oleh ratib walaun-walauntit
yang menadah tin milo dan tabung buluhnya.
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD
Jadilah sang-helang-fatwa pakar ratib
dan bacalah mentera-menteri pakar viagra raba-raba.
Hulur sana tabur sini semuanya boleh kowtim.
Paling tidak kaut sajalah pasir tambak laut. Naam?
Nanti ramai-ramai Makcik-makcik-Ngok unjuk rasa di mahkamah
Nyanyi lagu,
“Kami datang dengan cinta duhai Bossku Rasul Melayu.
yassinsalleh
10.06.2020
(Edited 9.12.2021)
Sarapan nasi lemak sambal tumis petai
(beli punya bukan curi punya tau, sumpah)
Hak Cipta © 2020 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara



No comments: