SIRI 2 - WAJIB BACA TERUTAMA MAKCIK PEKAN YANG BERLAGAK CERDIK SANGAT-- JOM BANYAK MEMBACA

 Siri 2

Selepas tulisan siri 1, saya ada baca beberapa soalan di ruang komen berkaitan dengan. Siapa yang masukkan ke dalam akaun DS Najib? Siapa yang arahkan?
Antara perkara yang dibangkitkan adalah penglibatan Nik Faisal iaitu CEO dan Pengarah SRC yang juga ‘mandate holder’ kepada akaun DS Najib yang menjadi pertikaian dalam kes ini. Begitu juga dengan penglibatan Jho Low.
Isu yang jelas bahawa terdapat wang kemasukan sebanyak RM42 juta ke dalam akaun DS Najib. Yang dihujahkan di mahkamah dan dipertikaikan di mahkamah adalah bagi tujuan apa, ke mana alirannya.
Berdasarkan laporan Astro Awani pada 1/6/2020 bahawa team pembelaan DS Najib menegaskan bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai pengetahuan bahawa wang RM42 juta yang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya adalah dari syarikat SRC
Peguam DS Najib menghujahkan bahawa pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan dalam pindahan wang sebanyak RM42 juta yang didakwa milik SRC ke akaun DS Najib.
Pihak pendakwaan telah mengemukakan bukti salinan Black Berry Messenger (“BBM”) perbualan di antara DS Najib dan juga Jho Low.
Mahkamah berpendapat pada perenggan ke- 329 muka surat 259 Alasan Penghakiman bahawa bukti BBM ini dapat mematahkan penafian DS Najib berkenaan dengan alasan dia tidak tahu berkenaan kemasukkan wang tetapi bukti perbualan BBM tersebut menunjukkan Jho Low dan DS Najib berhubung.
“[329] Hence, we agree that there is ample evidence to debunk the contention by the appellant that he did not know the transactions, balances and sources of his personal accounts. The BBM messages and chats clearly show that Jho Low and the appellant were in regular communication…”-Ground of Judgment
Memetik Laporan berita Harian pada 9/1/2020- “Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk memastikan ceknya dapat ditunaikan”- Link artikel ada di bawah.
Bukanlah Mahkamah tidak mengambil kira segala hujah kedua-dua pihak. Soalan ditanyakan dan bukti dikemukakan, DS Najib juga diberi peluang untuk menjawab.
Begini dalam kes jenayah, bagi membela tertuduh perlu membangkitkan keraguan. Begitu juga DS Najib. Namun demikian, Mahkamah berpendapat tiada keraguan munasabah bahawa kesalahan telah dilakukan. Masih DS Najib mempunyai hak untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Dalam kes jenayah, ada beberapa perbuatan tertuduh sendiri boleh dianggap sebagai ‘circumstantial evidence’.
Contoh dalam kes dadah, pembelaan tertuduh bahawa dadah bukan miliknya tetapi sewaktu tangkapan saksi polis mengesahkan bahawa tertuduh campak dadah dan lari. Persoalan yang ditimbulkan kenapa campak? Kenapa lari? Hal begini akan dipertikaikan di mahkamah.
Dalam kes bunuh, pembelaan tertuduh dia tidak bunuh mangsa. Sebaik sahaja pulang ke rumah dia lihat mangsa berlumuran darah. Dia panik. Dia sembunyikan mayat mangsa dalam peti. Persoalan, kenapa sembunyikan kalau tidak bunuh? Kenapa tidak terus hubungi polis, ambulans? Hal begini akan dipertikaikan di mahkamah.
Begitu juga pembelaan membunuh kerana mental tidak waras. Kalau tidak waras, kenapa boleh sembunyikan senjata bunuh, mandi dan bersihkan diri sendiri untuk hilangkan darah. Ambil telefon mangsa dan mesej ahli keluarga dan menyamar jadi mangsa maklumkan mangsa berpindah.
Ada kes-kes yang diputuskan mengambil kira bukti ‘cirmcumstantial evidences’ begini.
Begitu juga yang ditimbulkan, jika ada terima jumlah wang yang tanpa tahu sumber. Jutaan ringgit. Kalau hal ini terjadi pada individu biasa. Ada banyak persoalan yang timbul.
Andai berlaku kepada kita. Apa yang kita lakukan? Wang dalam akaun begini entah sumbernya dari terrorism? Bagaimana dengan LHDN? Perlu lapor polis tidak? Perlu isytiharkan tidak? Atau kita diam dan belanjakan?
Dua cara yang berbeza. Satu kita laporkan dan satu kita diamkan dan guna misalnya untuk perbelanjaan kredit kad. Kalau di bawa ke mahkamah, apa agaknya keputusan?
Ada juga soalan yang tanya, apa ‘chances’ di Mahkamah Persekutuan. Jawapan saya, semuanya tertakluk kepada hujah pendakwaraya dan juga dapatan 7 panel Yang Arif-Yang Arif Mahkamah Persekutuan. Manalah tahu ada dapatan yang lain atau ada perkara yang dibangkitkan dapat menimbulkan keraguan.
Seterusnya soalan mengapa DS Najib tidak boleh kemukakan bukti baru. Saya sambung siri 3, esok. Saya akan rujuk kepada kes yang relevan dan saya sekalikan dengan jawapan kepada soalan, mengapa masih tiada hukuman pemenjaraan.
Jika kalian hendak baca sendiri alasan penghakiman ini, pergi ke laman web kehakiman. gov. Lihat di bahagian bawah ada disenaraikan kes, tekan butang 'Lihat Semua' dan pilih kes DS Najib. Kemudian tekan nombor kes berwarna biru.
Boleh baca 317 muka surat alasan penghakiman. Gambarnya saya letakkan di ruangan komen untuk rujukan cara mencari.
Oleh Nor Zabetha





No comments: