PRU 15: Keputusan tidak jauh berbeza, Umno kekal pembangkang jika tiada penjajaran politik

 




POSTED BY AMIR WRLR


Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dijangka tidak jauh berbeza dengan PRU 14 dan Umno akan kekal sebagai pembangkang sekiranya tiada penjajaran semula politik belaku sebelum hari mengundi.

Hal itu diutarakan oleh Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang dalam siaran langsung Facebook StudioKini AsamPedas bertajuk, "Pas Menyokong PN, bukti MN berpecah", malam tadi.

Kata Ahli Parlimen Tanjong Malim itu, ramalan berkenaan berkemungkinan besar akan berlaku selepas Umno mengambil keputusan meninggalkan Bersatu dan akan bertanding secara solo dalam PRU akan datang, yang bakal menyaksikan pertembungan antara Perikatan Nasional (PN), BN dan Pakatan Harapan (PH).

"Saya rasa kalau kita nak jangka apa yang akan berlaku kepada Umno dalam pertembungan tiga penjuru, mudah. Saya gunakan satu ayat sahaja. Jangan kita jangkakan keputusan berbeza kalau kita lakukan perkara sama

"Kalau 2018 kita ada kerajaan BN yang sangat teruk dari segi pentadbiran dan penyelewengan wang. Hari ini kita juga ada satu kerajaan yang sangat teruk. Ada (dasar) dua darjat.

"Saya rasa tidak ada perbezaan yang besar kalau ada PRU dan berlakunya pertembungan 3 penjuru. Ia akan lebih kurang sama dengan keputusan PRU 2018.

"Saya berhujah begini kerana berpendapat Umno akan tanggung 'dosa' sebagai sebahagian daripada kerajaan hari ini," katanya.

Menghuraikan 'dosa' yang dilakukan kerajaan, Lih Kang berkata, rakyat amat marah dengan polisi dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undnag sepanjang PN memerintah.

Katanya, rakyat tidak boleh menerima golongan VIP melakukan kesalahan dikenakan hukuman ringan sebaliknya golongan marhaen menerima hukuman berat.

"Ini akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat. Ia juga menunjukkan tidak ada perbezaannya di antara kerajaan BN dan PN," katanya.

Manakala retorik kerajaan Melayu, kata Lih Kang, tidak akan membantu untuk mendapatkan lebih banyak undi kaum itu kepada PN.

Menurut Lih Kang, pengundi Melayu semakin curiga dengan kerajaan PN yang 90% Melayu tetapi mempunyai prestasi lebih buruk dalam membela kaum itu berbanding PH

"Apa yang mereka guna sebagai senjata untuk memomokkan kerajaan PH, hari ini berlaku kepada mereka. Contohnya kes allahyarham Adib, sampai hari ini belum selesai.

"Sebelum ini mereka guna isu Adib menyerang PH. Dalam kerajaan hari ini boleh dikatakan semua parti Melayu Islam. Tetapi isu yang sama belum diselesaikan. Itu adalah dosa kerajaan hari ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Lih Kang berpendapat, satu-satunya faktor yang mengekang PH pada PRU 15 adalah keletihan rakyat menghadapi politik.

Faktor itu, katanya mungkin menyebabkan rakyat kurang keluar mengundi dan keputusan terbaik seperti PRU 14 sukar dicapai.

"Jangkaan saya keluar mengundi akan menurun sebab orang rasa letih dengan politik.

"Saya rasa tidak akan ada perubahan yang banyak dari segi keputusan. Pada 2018 saya jangka KEADILAN menang dalam 50 kerusi, mungkin kali ini 40 sahaja, DAP 42 mungkin kali ini 40. Amanah 11, kali ini mungkin 10. Itu belum kita kira 52 kerusi yang ditandingi Bersatu.

"PH sudah memegang 90 kerusi dan apa yang Umno akan dapat? Umno akan kekal sebagai pembangkang kalau tiada apa-apa strategi baru.

"Saya rasa kalau Umno tidak keluar dari kerajaan sekarang mereka terpaksa menanggung kesalahan yang dilakukan kerajaan hari ini," katanya menjawab soalan moderator mengenai nasib Umno sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru.



Suami, anak Zeti dipanggil berkait dakwaan dana 1MDB, kata polis

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Zainuddin Yaacob menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan polis selesai. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan Tawfiq Ayman, suami bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan dana dikaitkan dengan 1MDB.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Zainuddin Yaacob berkata, salah seorang anak lelaki Tawfiq juga hadir merakam percakapan kepada polis.

“Beliau (Tawfiq) dipanggil untuk dirakam percakapan (selama beberapa jam) bersama anak lelaki beliau bagi membantu siasatan polis.

“Rakaman percakapan itu diambil di Menara KPJ, Jalan Tun Razak bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya kepada Bernama.

Zainuddin berkata, memandangkan siasatan polis dalam kes ini masih berterusan, masyarakat dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan selesai dan seterusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Bulan lepas, Bernama melaporkan polis mengesahkan siasatan ke atas Tawfiq berhubung dakwaan penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dalam akaun bank miliknya di Singapura masih berterusan.

Sebelum ini, Zeti dilapor menafikan dakwaan keluarganya terbabit dalam skandal 1MDB.

Zainuddin dilaporkan berkata, memandangkan siasatan kes ini melibatkan keterangan di Malaysia dan juga di luar negara, polis mengambil tindakan susulan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan individu di luar negara.



KEGAGALAN KETUA KAU MAHATHIR DAN KAU SENDIRI YANG DIAM DAN TIDAK SELESAIKAN PTPTN.

 

PH gagal sebagai kerajaan kerana tersalah letak keutamaan, ‘tak faham sentimen Melayu,’ kata Wan Saiful

PETALING JAYA: Tindakan Pakatan Harapan (PH) menutup ruang perbincangan mengenai agama dan bangsa selepas menawan Putrajaya menyumbang kepada kejatuhannya selepas hanya 22 bulan berkuasa, kata Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata keadaan itu mencetuskan keresahan orang Melayu, yang ditambah dengan kegagalan PH memperkasakan agenda Bumiputera, Melayu, dan Islam dalam keghairahan memberi keutamaan kepada perkara lain.

“Masa dalam kerajaan PH, ada usaha untuk menghentikan perbincangan ke arah agenda Bumiputera, agenda orang Melayu, agama Islam – seolah-olah nak bagi semua sama rata.

ARTIS JUMPA ANWAR

 

IBRAHIM MAT ISA

Nampak kawan-kawan seni dan kartunis jumpa Sdr Anwar, aku percaya dokongan ke arah reformasi tetap unggul. Ada bang Pyan, Haili, bro Zunar.. salute!

Salam Ramadhan Kareem

 

OOOWHHHH ...APA PERLU KITA BUAT WAHAI TOK MUPTI ?

 MOHD MUHKLIS


Jadi apa yang kita perlu buat wahai Mopti Serba Tahu? Adakah Islam terancam atau meraka semakin berani? Tapi di zaman kerajaan Melayu Isle yang tokpeti jamin, takkan Islam terancam lagi kan? Ikut euphoria tokpeti , arak dah haram, genting dan tutup, RUU355 dah gazet, yang mencuri dah kena potong tangan.

Diadab ker, terpijak ke takat sembang dalam Facebook ajelah kan. Takkan SSST lupa yang Abah prorogue Parlimen, jadi macam mana nak bincang dan gubal akta besar tentang negara??

PS: saya sampai terpaksa CCTV guna akaun lain sebab akaun sendiri kena block, SSST sembang depan aun kata bincang ilmiah, tapi siapa yang tak senada terus kena block.

 May be an image of text that says "Mohd Ikut Drmaza Mesej ·00 Saya bersetuju ia bukan isu perkataan tapi -jika benar seperti yang didakwa- ia lebih besar dari isu perkauman, isu mencabar agama Islam!! Umat Islam hendaklah memandang serius kebiadaban yang seperti ini. Jika mereka terlepas, ertinya maruah agama dan Umat Islam di negara ini telah dipijak!! ASTROAWANI.COM 4 ditahan polis kes pukul, ugut bunuh 'bodyguard' kerana puasa 8K Suka 1.1K Komen 883 Perkongsian Komen Kongsi"

ISLAM TERANCAM....PAS KIOK ATAU DIAM BISU?

 


MOHD MUKHLIS



"Cuci semua kemudian beraya, untung nasib mu engkau berjaya, menang banyak raya pasti happy" - lirik Raya Syarikat Judi

Tak cukup 22 kali cabutan khas, masa Ramadhan pun ada iklan judi? Barokah dapat PM pandai baca doa, nak bantu ekonomi umat Islam pun dengan bagi advance melalui maisir.

Tapi nak salahkan Mujahid dah tak boleh bukan menteri , nak tanya Mentega nanti tau dia akan kata "no komen", nak demo kat padang merbuk tengah panas berpuasa, nak sentuh lebih-lebih takut MCA kecik hati dan hilang hilang jawatan GLC. Udahnya tegur dalam hati sahajalah yer.

#islamterancam #semakinberani #cuci10masuk30 #MazaSerbaTahu

https://www.thevocket.com/selamba-promosi-perjudian.../

 


TERIMA KASIH KEBERANIAN KALIAN. ORANG BERAGAMA DIAM MEMBISU SEKARANG INI



NORMAN RADZUAN


Ya Allah Ya Tuhan Ku.. berilah kekuatan dan berilah keselamatan kpd mereka yang begitu bersungguh sungguh melawan rasuah dan salah guna kuasa yg menjadi kanser di negara tercinta ini.

Kami rakyat Malaysia memohon kepada Mu Ya Allah...agar negara kami ini berjaya disucikan dari mereka yg menjadikan rasuah seperti budaya yg dihalalkan. Kami bermohon kepada Mu Ya Allah.. dapatlah negara ini disucikan agar anak cucu kami tidak hidup bergelumang duit haram agar mereka mendapat keberkatan.

KADANG-KADANG  SAYA HAIRAN PEGAWAI2 POLIS INI MAMPU BICARA SEPERTI SEORANG ULAMA YANG BERANI MENEGUR DAN BICARA SOAL HALAL HARAM... sdgkan Menteri Agama, Mufti-mufti dan Ustaz diam membisu dan hanya mampu membicarakan soal doa qunut dan soal terawih berapa rakaat.

Jangan takut jangan bimbang... kita beri sokongan dan dorongan kpd Pegawai-pegawai Polis ini. Terima kasih Tuan Hamid Bador, Tuan Ayob Khan, Tuan Ezanee... keberanian kalian akn mendorong dan menjadi contoh kpd pegawai-pegawai  lain untuk mengikuti keberanian kalian. Teruskan dan mudahan DS Anwar menjadi PM utk melakukan reform secara besar besaran.... Amin.

 

BELI PENGUNDI KITA TIDAK BOLEH IKUT

 NORMAN RADZUAN


Kita pasif/defensif dalam sampaikan maklumat

Antara pengundi bandar dan luar bandar

BELI PENGUNDI KITA TIDAK BOLEH IKUT

Ada org kata kita perlukan duit utk beli undi penduduk luar bandar....Kita tidak boleh mengikut mereka membudayakan org2 kampung dgn 'rasuah' undi. Tiadalah beza kita dan mereka yg mengamalkan budaya songsang itu. Kita mesti buktikan kpd rakyat.... Malaysia ini perlu diselamatkan dari rasuah. Kita jgn jemu mendidik mereka.

Apapun mereka gagal berbuat demikian kpd pengundi bandar kerana dua faktor. Pertama kadar inteklektual dan informasi. Kedua mereka tidak mampu memberi wang yg banyak kerana pendapatan pengundi bandar bergaji tinggi.

Di kampung2 pemberian RM 300 kpd pengundi sudah cukup besar utk membuatkan pengundi gelap mata. Yelah berapa sgt pendapatan mereka. Apatah lagi mereka insan2 kurang bermaklumat atau kurang intelektual.

Bukti...Parlimen dan DUN Lumut kami berjaya dahulu tanpa undi rasuah. Kos perbelanjaan khabarnya tak lebih RM 100k utk kos sewa pejabat, bendera, baju, sewaan khemah, sound systerm serta kos utiliti yg lain. Tanpa rasuah PH tetap menang melawan kawasan MB Perak ( rata2 pengundi bandar ).

Maknanya masyarakat perlu dididik dgn sumber maklumat. Bila mereka bermaklumat mereka menjadi insan mampu berfikir. Jadi kita kena ada pendekatan baru bagaimana utk mendidik mereka. Ada rahsia dan caranya... nantilah kalau ada pemimpin yg sudi mendengar formulanya.

Saya melihat kita pasif dan defensif kpd pengundi Melayu luar bandar. Kita tak habis2 terpaksa membela dan memberi maklumat siapa DAP. Sdgkan DAP sendiri tidak berbuat demikian kerana ia bukan sasaran pengundi mereka.

Kita kena tukar formula defensif tersebut. Kita kena tunjuk kitalah hero di mata masyarakat org2 kampung. Mengapa Amanah tidak menggunakan tagline contoh 'kami pembela org Melayu dari ditipu'. Kami akn pertahankan hak2 org Melayu yg telah kehilangan saham bumiputra dan tanah rezab Melayu.

Amanah tidak perlu bimbang pengundi Melayu bandar. Mereka pengundi intelektual dan penyokong kuat PKR. Yg Amanah perlu berperanan mereka mesti jadi 'hero kampung' pada org Melayu.

UMNO menjadi pilihan Melayu kerana mereka mengaku 'hero Melayu' walaupun sebaliknya. Didendangkan anak kecil main api. Terlupalah org Melayu penipuan ke atas mereka. Amanah cuba tonjolkan mereka multiracial party. Itu silapnya tagline mereka. Komposisi PH di kawasan bandar tidak diisi oleh Amanah.

Dlm team bola tidak semua pemain mesti jadi striker. Ada posisi masing2 samada utk menyerang dan diserang.

 


No photo description available.


RENTASAN 869 | WML TAJA SEPENUHNYA PERJALANAN MENTERI AGAMA KE RIYADH - ...


MENARIK DALAM RENTASAN 869

1. BEZA MENTERI AGAMA DAHULU DAN SEKARANG 2. DAP BERTEGAS PARTI BERBILANG KAUM 3. WANITA AMANAH DIAM-DIAM UBI 4. ICERD ITU IDEA SIAPA?




MATC PAHANG TOTAL TOLAK MAHATHIR. JANGAN NEGATIF TERHADAP GERAK98

Ramasamy dakwa Mahathir punca PH tumbang

 


Ramasamy dakwa Mahathir punca PH tumbang


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy mendakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam rancangan untuk menumbangkang kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Feb tahun.

Pemimpin DAP itu berkata tindakan Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri menjadi sebab utama kerajaan PH tumbang.

“Mahathir sengaja berbuat demikian. Mahathir memang mempunyai rancangan untuk tidak memberi jawatan PM kepada Anwar.

“Sekiranya Mahathir tidak letak jawatan semasa krisis dan memberi laluan Anwar, PH kekal menjadi kerajaan pada hari ini,” katanya dalam program Leaders Talking anjuran portal tempatan Vanakkam Malaysia.

Adun Perai diminta mengulas berhubung krisis politik tanah air pada Feb 2020 yang menyebabkan kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan pentadbiran dan digantikan dengan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin Yassin.

Isu peralihan kuasa perdana menteri sebelum ini mencetuskan konflik terbuka dalam PH, yang menyebabkan insiden berbalas kenyataan antara penyokong Anwar dan Mahathir, yang ketika itu pengerusi Bersatu.

Penyokong Anwar mahu peralihan itu disegerakan dan menekan Mahathir untuk memberikan tarikh tetap peralihan. Namun sebahagian penyokong Mahathir mahu ahli parlimen Langkawi terus memegang jawatan sehingga habis penggal.

Akhirnya, PH tumbang setelah Mahathir meletakkan jawatan selepas Bersatu menarik diri daripada PH untuk bekerjasama dengan pihak lain, termasuk Umno dan PAS bagi membentuk kerajaan baru.

Sementara itu, Ramasamy menolak Anwar sebagai punca kejatuhan PH.

“Ada sebab lain seperti Azmin (Ali) keluar PKR. Muhyiddin tikam belakang Mahathir.

“Mungkin orang lain tidak berani berbincang perkara ini secara terbuka. Tapi, saya boleh beritahu Mahathir masih punca utama kejatuhan PH.

“Bukan orang lain, bukan Anwar, bukan Guan Eng atau Mat Sabu. Puncanya adalah Mahathir.

“Kami diitipu kerana mempercayainya. Mahathir khianati kami,” katanya.







Lando Zawawi terjah ke negeri Kelantan, semoga laluan Kelate lebih Selam...




BERPUASA HAK ORANG ISLAM, RAKYAT HARUS TEGAS TOLAK BUDAYA KEBENCIAN AGAMA


 1. Seorang majikan didakwa memukul 2 pekerja muslim kerana berpuasa wajib di bulan Ramadhan. Kita sudah hidup pada tahun 2021, masih ada majikan kuno yang hidup di zaman batu menghalang hak warganegara mengamalkan tuntutan agamanya. Ia diburukkan dengan profiling kaum yang sudah menjadi budaya di Malaysia.

2. Artikel 3 Perlembagaan jelas menyebut Islam Agama Persekutuan dan Agama lain bebas untuk diamalkan. Apakah majikan ini tidak sedar dia hidup di bumi bernama Malaysia? Islam adalah teras tegak berdirinya negara ini, apakah majikan ini masih di alam lain?

3. Sesiapa sahaja yang menghalang hak kebebasan beragama perlu memahami juga artikel 11 yang menjamin hak kebebasan beragama. Betapa banyak kes sebelum ini yang dibawa dari pengadu untuk mempertahankan hak ini di mahkamah, malah ada yang menang.

4. Rakyat Malayisa harus hidup dalam mempertahankan dua perkara ini iaitu Islam Agama Persekutuan dan Kebebasan Beragama. Sesiapa yang hilang hormat pada 2 asas ini adalah penceroboh yang perlu ditentang dan diadili, jika bersalah dikenakan hukuman setimpal.

5. Biarlah saya jelaskan di sini, jika non Muslim sekali pun dinodai haknya untuk beramal dengan agamanya, semua rakyat Malaysia tanpa prejudis kaum dan agama harus mempertahankan hak kewarganegaraan ini sebagai tanda kesetiaan kita memenuhi rukun negara.

6. Tak perlulah saya jelaskan sikap Islam dan Syariat yang sangat tegas mempertahankan prinsip hidup dengan amalan hormat agama masing-masing.

‘Lakum dinukum wa liyaddin’

‘La ikraha fiddin’

7. Ini lah masanya rakyat Malaysia menunjukkan ketegasan kita terhadap budaya kebencian antara agama jika benar motivasi tertuduh adalah atas kebencian agama. Dalam nafas yang sama kita orang Islam harus punya sikap tanpa prejudis jika penganut agama lain diperlakukan perkara yang serupa.

Yakinlah kehidupan yang aman dan damai antara berbagai agama dan kaum di dunia terbina atas Prinsip Keadilan yang sifatnya buta warna. Pada waktu yang sama hentikan prejudis sosial dan politik identiti kaum dan agama yang sempit dan destruktif.

و ما ارسلناك الا رحمة للعالمين

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

15 April 2021.






MANA SUARA PAS?

 

MANA SUARA PAS? 

 

Kenyataan Media

15/4/2021

 

Hari Raya Puasa juga selalu di sebut sebagai Hari Raya Aidilfitri yang bermaksud kembali kepada fitrah, atau pun kembali sebagai manusia yang baik selepas berpuasa satu bulan, bukan setakat menahan lapar dan dahaga akan tetapi mentarbiyah diri untuk mengelakkan perlakuan mungkar. 

 

Untuk GDBET333 mengeluarkan iklan seperti diatas mengajak umat Islam berjudi untuk mencari dana balik kampung serta beraya  sungguh menyinggung sensitiviti umat Islam di bulan  Ramadhan yang mulia ini.

 

Saya menggesa pihak  SKMM mengambil tindakan yang tegas keatas pengeluaran lagu ini oleh gdbet333 yang jelas melanggar Akta SKMM. 

 

Gdbet333 mempromosikan syarikatnya sebagai satu syarikat online casino dan telah mempengaruhi umat Islam menggunakan media sosial untuk berjudi selepas berpuasa di bulan Ramadhan semata2 untuk berhari raya. Ini amat2 bercanggah dengan kefahaman beraya yang bermaksud kembali kepada fitrah dan bersih dari dosa kerana di bulan Ramadhan juga masa untuk memperoleh maghfirah atau keampunan dari Allah. Iklan gdet333 ini boleh juga di kira sebagai menghasut umat Islam terutama anak muda untuk melakukan dosa

 

Saya juga menggesa menteri-menteri PAS didalam kabinet dan juga Menteri2 beragama Islam untuk prihatin  tentang hal ini dan mengambil tindakan yang tegas supaya amalan yang bertentangan dengan agama Islam ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan dikalangan  masyarakat orang Islam. 

 

Hajah Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

Ketua Wanita KEADILAN 

Pengerusi KEADILAN Pahang

 

 

 

DULU HARIMAU DI PENJARA?PARA AGAMAWAN SERTAI PKR BUKAN PAS?

PELABUR TERUS TERAJANG MALAYSIA



“Kilang baharu itu akan memberi keupayaan kepada Sanofi untuk menghasilkan vaksin yang inovatif pada skala besar untuk Asia, dan boleh bertindak balas dengan pantas terhadap risiko pandemik masa depan,” kata kenyataan syarikat tersebut. Menurut Salahuddin, alasan COVID-19 tidak boleh diterima pakai dalam keadaan pelaburan ke Indonesia dan vietnam terus meningkat.





((GEMPAR)) ISWARDY: MP PKR DITAWAR PULUH JUTA? SETAHUN PN PERINTAH, DUIT...

TERJAH RUMAH BOS PVKVL PEKERJA Bersama Gabungan Ngo & Kanda Yusof Azmi |...

Pengawal peribadi dipukul: Orang berpuasa isu besar dalam negara - Hamzah

 

Hasimi Muhamad
Pengawal peribadi dipukul: Orang berpuasa isu besar dalam negara - Hamzah
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan dua pengawal peribadi terbabit cedera dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Pinang, ibu negara. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perbuatan menghalang orang Islam berpuasa di bulan Ramadan adalah satu perkara yang besar dan serius, tegas Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Justeru, Menteri Dalam Negeri itu telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat secara terperinci berhubung kes dua pengawal peribadi yang dipercayai dipukul sehingga cedera oleh majikan mereka gara-gara berpuasa.
“Kita kena ambil tindakan yang tegas kalau sesiapa melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan ketidakpuasan terutamanya semata-mata kerana isu berpuasa.
“Jadi orang berpuasa ini adalah isu yang paling besar dalam negara kita.
“Kita kena faham bahawa dia orang Islam perlu berpuasa, kenapa orang bukan Islam hendak suruh jangan berpuasa? Ia sesuatu yang salah,” katanya dalam Sidang Media Wacana Meja Bulat di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata polis tidak akan berkompromi dengan insiden tersebut.
Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada individu berkenaan sebaik sahaja pihaknya mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.
Kes Pukul | Dua 'bodyguard' dipukul kerana berpuasa
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan dua pengawal peribadi terbabit cedera dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Pinang, ibu negara.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja di sebuah syarikat keselamatan dan dilantik sebagai pengawal peribadi suspek.
"Semasa berada di kondominium terbabit, suspek yang merupakan majikannya telah bertanya adakah mereka berpuasa ketika hari kejadian.
“Setelah diberitahu mereka berpuasa, suspek bertindak memarahi dan menampar kepala mangsa,” katanya.

MALULAH!!!MAK LAMPIR?GPS KATA TAK ADA RUANG BERSATU DI SARAWAK/MENGAKU W...

TIDAK BERINTEGRITI KALAU BERBOHONG. PENUNGGANG AGAMA



Beliau berkata, Johor sebagai negeri tempat “kelahiran” parti keramat itu, maka UMNO Johor perlu bangkit kembali bagi menguasai kerajaan. “Johor memang daripada dahulu menjadi benteng kekuatan UMNO. Seperti yang kita tahu, UMNO ditubuhkan di Johor, jadi UMNO Johor perlu bangkit kembali menguasai kerajaan.”





VIDEO Jenayah | Suspek pukul pengawal dipercayai terlibat pelbagai jenayah

Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta

 Astro Awani

Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta
Polis merampas 100 jongkong emas seberat 100 kilogram selain 12,500 keping wang kertas AS$100 dengan nilai keseluruhannya mencecah RM28.45 juta. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Penangkapan lima suspek suspek kes pukul dua pengawal peribadi hanya kerana mereka berpuasa, membongkar aktiviti sindiket perjudian dalam talian, pengubahan wang haram dan along.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata polis mengesan kegiatan jenayah sindiket itu dalam serbuan dan tangkapan susulan laporan berkaitan kes pukul yang diterima membabitkan pengawal peribadi terbabit.
Katanya, lima yang ditahan termasuk majikan mangsa yang merupakan supek utama. Semua mereka berusia antara 35 hingga 47 tahun ditahan dalam operasi di Klang dan Kuala Lumpur pada Rabu.
Katanya, polis merampas 100 jongkong emas seberat 100 kilogram selain 12,500 keping wang kertas AS$100 dengan nilai keseluruhannya mencecah RM28.45 juta.
Beliau berkata, turut dirampas adalah pistol dan rotan yang dipercayai digunakan dalam kejadian memukul pengawal peribadi pada Selasa malam.
"Suspek utama dalam kejadian itu dipercayai sudah menjalankan kegiatan haram berkenaan sejak beberapa tahun lepas. Buat masa ini, suspek tiada rekod jenayah.
"Jadi kita akan menyiasat dengan lebih mendalam sindiket yang dijalankan oleh suspek.
"Hasil siasatan awal suspek terlibat dalam kegiatan haram terutama along dan judi haram. Pengawal peribadi (yang dipukul) ini, mereka bekerja dengan syarikat ini dan syarikat terlibat dalam aktiviti along dan juga judi haram," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, dua pengawal peribadi dibelasah, diacukan pistol dan diugut bunuh hanya kerana berpuasa di sebuah rumah di Batu Nilam, Klang, pada Selasa malam.
Arjunaidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 298, Seksyen 307 Kanun Keseksaan; Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta pemberi pinjam wang 1951.
Sementara itu, Arjunaidi berkata, kes pukul dan acu pistol berkenaan lebih kepada berbentuk peribadi dan tiada kaitan dengan isu perkauman atau keagamaan.

VIDEO : MUHYIDDIN BAKAL JADI NAJIB KE DUA : TULAR VIDEO MUHYIDDIN DIMARAHI KETIKA SINGGAH DI BAZAAR RAMADAN









MAHIADDIN BAKAL JADI NAJIB KE DUA ( VIDEO SUARA RAKYAT MARAH KETIKA MELAWAT BAZAR RAMADHAN)

 

Ketika ini sedang bertebaran di media sosial satu klip video kunjungan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin ke bazar ramadan di Precint 3, Putrajaya semalam yang di dalamnya kedengaran suara peniaga menjerit marah dan tidak puas hati terhadapnya.

Dengan suara yang tidak begitu jelas dan terputus-putus itu, antara jeritan yang kedengaran ialah:-

Video Player
00:00
00:17

“Tak malu ke? Hari-hari kami kerja, hari-hari kami turun..!”

“Hujan panas kami turun.. tak payahlah Tan Sri (tak jelas).”

“Tan Sri jalan pergi! Tan Sri jalan pergi…!”

Sesungguhnya tidak pernah mana-mana Perdana Menteri diperlakukan sebegini rupa sebelum ini.


Baik Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi atau Najib Razak, meskipun masing-masing tidak terkecuali ada membuatkan rakyat marah dan tidak puas hati, tetapi tidaklah sampai mereka diperlakulan sebegini.

Hanya Mahiaddin yang menerima layanan buruk seperti ini dalam kunjungan seorang Perdana Menteri ke mana-mana bazar ramadan selama ini.

Bayangkan, jika esok lusa beliau turun lagi ke bazar ramadan yang lain, tidak mustahil, berinspirasi daripada kejadian di Precint 3 itu, kejadian yang sama akan berulang lagi.

Mana Perdana Menteri nak letak muka?

Selain itu, jika diperhatikan dalam video tersebut juga memperlihatkan kehadiran Mahiaddin tidak begitu dipedulikan oleh pengunjung bazan ramadan itu.

Yang ramai di sekeliling beliau dalam kunjungannya itu ternampak hanyalah pengawai peribadi dan kakitangan Pejabat Perdana Menteri saja.

Kenapa jadi begini?

Rasanya tidak perlu dihuraikan satu persatu sebab-sebabnya, Mahiaddin sendiri tentu tahu dan sedar mengapa rakyat kini begitu benci dan meluat kepadanya sehingga menjerit marah kepadanya.

Kalau sampai diperlakukan begini, turun ke bazar ramadan pun dijerit dengan suara-suara kemarahan, bermakna kedudukan beliau di mata rakyat sudah berada di tahap yang parah sebenarnya.

Najib yang kalah PRU14 pun tidak sampai diperlakukan seperti ini sebelumnya.

Dengan petunjuk ini, sebelum kalah dalam PRU nanti, baiklah Mahiaddin letak jawatan saja.

Apabila rakyat sudah marah, ia sudah tiada ubatnya lagi, kecuali pemimpin berkenaan “berambus” dengan segera atau mereka akan “menghumbannya” melalui peti undi.

Sebagai pesanan ikhlas, belum terlambat lagi untuk Mahiaddin mengelakkan dirinya daripada menjadi Najib yang kedua yang dihumban rakyat dalam pilihanraya. 


(Shahbudindotcom 15/04/2021)