NORMAN RADZUAN
Kita pasif/defensif dalam sampaikan maklumat
Antara pengundi bandar dan luar bandar
BELI PENGUNDI KITA TIDAK BOLEH IKUT
Ada org kata kita perlukan duit utk beli undi penduduk luar
bandar....Kita tidak boleh mengikut mereka membudayakan org2 kampung dgn 'rasuah'
undi. Tiadalah beza kita dan mereka yg mengamalkan budaya songsang itu. Kita
mesti buktikan kpd rakyat.... Malaysia ini perlu diselamatkan dari rasuah. Kita
jgn jemu mendidik mereka.
Apapun mereka gagal berbuat demikian kpd pengundi bandar kerana
dua faktor. Pertama kadar inteklektual dan informasi. Kedua mereka tidak mampu
memberi wang yg banyak kerana pendapatan pengundi bandar bergaji tinggi.
Di kampung2 pemberian RM 300 kpd pengundi sudah cukup besar utk
membuatkan pengundi gelap mata. Yelah berapa sgt pendapatan mereka. Apatah lagi
mereka insan2 kurang bermaklumat atau kurang intelektual.
Bukti...Parlimen dan DUN Lumut kami berjaya dahulu tanpa undi
rasuah. Kos perbelanjaan khabarnya tak lebih RM 100k utk kos sewa pejabat,
bendera, baju, sewaan khemah, sound systerm serta kos utiliti yg lain. Tanpa
rasuah PH tetap menang melawan kawasan MB Perak ( rata2 pengundi bandar ).
Maknanya masyarakat perlu dididik dgn sumber maklumat. Bila
mereka bermaklumat mereka menjadi insan mampu berfikir. Jadi kita kena ada
pendekatan baru bagaimana utk mendidik mereka. Ada rahsia dan caranya...
nantilah kalau ada pemimpin yg sudi mendengar formulanya.
Saya melihat kita pasif dan defensif kpd pengundi Melayu luar
bandar. Kita tak habis2 terpaksa membela dan memberi maklumat siapa DAP. Sdgkan
DAP sendiri tidak berbuat demikian kerana ia bukan sasaran pengundi mereka.
Kita kena tukar formula defensif tersebut. Kita kena tunjuk
kitalah hero di mata masyarakat org2 kampung. Mengapa Amanah tidak menggunakan
tagline contoh 'kami pembela org Melayu dari ditipu'. Kami akn pertahankan hak2
org Melayu yg telah kehilangan saham bumiputra dan tanah rezab Melayu.
Amanah tidak perlu bimbang pengundi Melayu bandar. Mereka
pengundi intelektual dan penyokong kuat PKR. Yg Amanah perlu berperanan mereka
mesti jadi 'hero kampung' pada org Melayu.
UMNO menjadi pilihan Melayu kerana mereka mengaku 'hero Melayu'
walaupun sebaliknya. Didendangkan anak kecil main api. Terlupalah org Melayu
penipuan ke atas mereka. Amanah cuba tonjolkan mereka multiracial party. Itu
silapnya tagline mereka. Komposisi PH di kawasan bandar tidak diisi oleh
Amanah.
Dlm team bola tidak semua pemain mesti jadi striker. Ada posisi
masing2 samada utk menyerang dan diserang.