Zaman Pas memerintah, judi boleh kempen dalam lagu raya

 


Zaman Pas memerintah, judi boleh kempen dalam lagu raya


Pemuda AMANAH Negeri Perak berasa sangat marah ekoran penularan lagu raya yang berunsur judi online di beberapa platform sosial media baru-baru ini.

Sesungguhnya tindakan tersebut mencemari kesucian bulan Ramadan yang mana Allah menjanjikan pengampunan kepada sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan amal-amal yang soleh.

Dalam hal ini, Pemuda AMANAH Negeri Perak sentiasa mengalu-alukan mana-mana karyawan untuk berkarya dalam mengembangkan kreativiti masing-masing.

Walaubagaimanapun penerbitan lagu raya berunsur judi online ini sangat tidak boleh diterima akal dan menyinggung hati umat Islam keseluruhan.

Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Perak mendesak agensi berkaitan seperti Polis dan Kementerian Komunikasi dapat mengambil tindakan segera bagi membendung penyebaran lagu raya tersebut seraya membanteras aktiviti judi online dari terus berleluasa.

Semoga Ramadan kali ini dapat diisi dengan amalan yang soleh agar kita semua dapat berjumpa dengan Lailatul-Qadr (satu malam yang lebih baik dari seribu bulan).

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Perak
15 April 2021




No comments: