Pas ditempelak, main wayang politik dengan nelayan

 


Pas ditempelak, main wayang politik dengan nelayan


Memetik keratan berita yang disiarkan laman Utusan Malaysia bertarikh 12 April 2021 yang bertajuk “Tambak Laut, Pas Pulau Pinang gesa Kerajaan Pusat Campur Tangan”. https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/tambak-laut-pas-pulau-pinang-gesa-kerajaan-pusat-campur-tangan/

Setelah membaca keseluruhan berita tersebut, saya merasakan bahawa PAS Pulau Pinang seharusnya mempunyai pandangan yang luas bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Pulau Pinang amnya, masyarakat nelayan di Selatan Pulau Pinang khususnya.

Mereka begitu ghairah memainkan pelbagai isu bagi memastikan projek pembangunan masa depan Pulau Pinang iaitu Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) dihentikan. Keghairahan tersebut sepertinya untuk memuaskan kehendak politik mereka tanpa memikirkan soal kualiti masa depan anak-anak nelayan di sana.

Isu yang sering dimainkan oleh mereka adalah berkenaan isu alam sekitar dan perubahan iklim. Namun mereka jugalah yang seolah-seolah mengiyakan tindakan Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man yang membenarkan sampah dari Amerika Syarikat masuk ke Malaysia dan merestui kenyataan bahawa Malaysia tidak terdedah kepada impak perubahan iklim apabila tidak dijemput ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim apabila hanya berdiam diri sahaja terhadap perkara tersebut.

Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) adalah projek masa depan negeri yang merupakan model pembiayaan bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang akan memacu ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan dan komuniti setempat di bahagian selatan.

Hentikanlah mainan politik anda yang tidak membawa manfaat yang terbanyak kepada masyarakat.

Fitri Termizi
Naib Ketua Pemuda Amanah Pulau Pinang



No comments: