MANA SUARA PAS?
Kenyataan Media
15/4/2021
Hari Raya Puasa juga selalu di sebut sebagai
Hari Raya Aidilfitri yang bermaksud kembali kepada fitrah, atau pun kembali
sebagai manusia yang baik selepas berpuasa satu bulan, bukan setakat menahan
lapar dan dahaga akan tetapi mentarbiyah diri untuk mengelakkan perlakuan
mungkar.
Untuk GDBET333 mengeluarkan iklan seperti
diatas mengajak umat Islam berjudi untuk mencari dana balik kampung serta
beraya sungguh menyinggung sensitiviti umat Islam di bulan Ramadhan
yang mulia ini.
Saya menggesa pihak SKMM mengambil
tindakan yang tegas keatas pengeluaran lagu ini oleh gdbet333 yang jelas
melanggar Akta SKMM.
Gdbet333 mempromosikan syarikatnya sebagai
satu syarikat online casino dan telah mempengaruhi umat Islam menggunakan media
sosial untuk berjudi selepas berpuasa di bulan Ramadhan semata2 untuk berhari
raya. Ini amat2 bercanggah dengan kefahaman beraya yang bermaksud kembali
kepada fitrah dan bersih dari dosa kerana di bulan Ramadhan juga masa untuk
memperoleh maghfirah atau keampunan dari Allah. Iklan gdet333 ini boleh juga di
kira sebagai menghasut umat Islam terutama anak muda untuk melakukan dosa
Saya juga menggesa menteri-menteri PAS
didalam kabinet dan juga Menteri2 beragama Islam untuk prihatin tentang
hal ini dan mengambil tindakan yang tegas supaya amalan yang bertentangan
dengan agama Islam ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan dikalangan
masyarakat orang Islam.
Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
Ketua Wanita KEADILAN
Pengerusi KEADILAN Pahang