KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO ANTI NAJIB RANCANG USUL SINGKIR PM

Ramai pelarian di Malaysia, mengapa bawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh?


YB Kula 1
KUALA LUMPUR 12 FEB: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran mempersoal tindakan kerajaan Persekutuan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ketika ramai pelarian di negara ini, mahu bekerja.
“Kenapa bawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh jika sejak sekian lama satu per sepuluh bilangan mereka di negara ini dari kalangan pelarian?” katanya pada pertemuan Kaukus Parlimen mengenai pelarian Sri Lanka di Parlimen baru-baru.
Dua hari lalu, kerajaan Bangladesh meluluskan memorandum persefahaman (MoU) untuk menghantar 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia untuk bekerja dalam beberapa bidang selain perladangan seperti sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.
Kaukus Parlimen itu dipengerusikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bersama beberapa pemimpin tempatan dan I-Tran, sebuah badan antarabangsa untuk pelarian.
Kulasegaran meminta kerajaan bersikap lebih praktikal dan bertimbang rasa dengan membenarkan pelarian di negara ini bekerja untuk menyara kehidupan dan bukannya membawa masuk lebih ramai pekerja asing.
Berdasarkan data United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), Malaysia ada sekurang-kurangnya 150,000 pelarian, pencari suaka dan pendatang asing yang berdaftar di bawah badan itu.
dengan membenarkan pelarian ini bekerja, Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, berkata, nasib mereka lebih terjamin dari dihantar pulang ke negara asal dengan kemungkinan berhadapan dengan diskriminasi, penindasan dan penganiayaan.
Beliau berkata, rancangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh dan menempatkan lagi 5,000 pelarian Syria di negara ini menimbulkan beberapa isu layanan berpilih.
“Kita ada ramai pelarian, ada warga Bangladesh, Rohingya, Tamil, Myanmar, Pakistan dan sebagainya yang mahu bekerja. Kenapa tidak beri mereka bekerja dan bukan membiarkan mereka hidup dalam keadaan terdesak.
“Kita perlu berikan ihsan dengan membenarkan mereka bekerja,” katanya sambil mendesak Malaysia menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Berkaitan Status Pelarian.-Roketkini.com

DAP tetap sokong Anwar jadi Perdana Menteri walau dipenjara


SUNGAI BULOH, 10 FEB: DAP mengulangi pendiriannya yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bertekad mengembeling usaha untuk membebaskan beliau dari penjara.
Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata demikian depan kira-kira 1,000 rakyat sempena Himpunan 365 Anwar Tahanan Politik di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi sempena Mengingati 365 hari Anwar sebagai tahanan politik di negara ini.
“Janji kita khususnya DAP kita tetap anggap dan pilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri kita pada masa akan datang. Tidak kira sekarang dipenjara, kita akan berusaha membebaskan Anwar. Beliau bakal Perdana Menteri kita,” katanya.
Menegaskan DAP sebagai ‘kawan sejati’ yang tetap bersama-sama waktu susah dan senang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan itu berkata rakyat juga perlu ‘istiqomah’ menentang kezaliman UMNO-BN.
“Kita mahu sampaikan mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Cukuplah, Cukup-cukup sudah sampai di sini saja! Bebaskan Anwar jika tak mahu rakyat akan bangkit akan jatuhkan kamu!” kata Suee Lim.
ng suee limm
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Sabu pula mengajak rakyat supaya berani bangkit menentang segala kebejatan di negara ini, bukan berdiam dari sebaliknya meneladani rakyat negara jiran yang bangkit menuntut keadilan.
“Kenapa kita tidak ikut arus rakan-rakan di Indonesia, di Burma, kita ketinggalan kerana kita penakut. Mengakulah kita tak cukup berani. Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, tanya diri kita, adakah kita pejuang atau hanya bermain slogan? Ayuh, mari kita bangun!” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula mahu perjuangan Anwar diteruskan tanpa menyerah kalah kepada tekanan kerajaan dan mengingatkan pihak tertentu yang mahu menggantikan Anwar supaya menginsafi jatuh bangun perjuangan reformasi.
“Di Amerika Syarikat, seorang warga emas berumur 74 tahun Bernie Sanders yang perjuangkan kesenjangan antara kaya miskin, Kalau beliau mampu lakukannya di Iowa, kenapa kita mahu menyerah kalah kepada Najib?
“Kita takkan menyerah. Kita akan lawan hingga ke akhirnya!” kata anak sulung Anwar itu. – Roketkini.com

MESEJ YANG DISAMPAIKAN MAT SABU DENGAN SINDIRAN





  MAT SABU ‘MELETOP’ DI HIMPUNAN 365 #BEBASANWAR

1.MELAYU PENAKUT , RAKYAT MALAYSIA PENAKUT
2.JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT
3.LEBAI JADI PENASIHAT SAJA
4.BUAT APA PUN TAK APA
5.JADI BARUA UMNO PUN OK
6.KENYANG PERUT KELUARGA TERJAGA
7.ASAL KELUARGA AKU TERJAGA MAKAN MINUM REHAT CUKUP
8.KENA TIPU DENGAN UMNO BIASA SAHAJA
9.USTAZ PUN DAH CARI MAKAN
10.IKUT SUKA KAMI

HIMPUNAN 365 #BEBASANWAR : PAS TAK BERI SOKONGAN

ANWAR MANGSA POLITIK.

DSAI diperakui masyarakat antarabangsa sebagai mangsa politik Umno-BN, memenjarakan DSAI semata-mata untuk menghalang beliau menumbangkan BN..ditemuramah Saudari Sumisha, wakil dari Channel News Asia..






Ditemuramah wakil Turkish Media, Saudara Mehmet Ozay dari Anadolu Ajansi, Pacific Regional Coordinator sempena setahun pemenjaraan zalim terhadap DSAI..


FOTO WAN FAUDZIN


TPPA: KENAPA KITA RELA JADI TALI BARUT AS? – KU LI

TERKINI BERGAMBAR HIMPUNAN DI PENJARA SUNGAI BULOH

Himpunan 365 Solidariti untuk DSAI di hadapan Penjara Sungai Buloh malam ini..terima kasih pemimpin2 dan rakyat yang hadir..alhamdulillah..

KEMPEN ‘BENDERA BN TERBALIK’, PENYOKONG UMNO KEDAH TOLAK BASHAH

ZAMIHAN DIKECAM WARGA MAYA SEBAGAI PENAKUT





Ramai warga maya menganggap bahawa Zamihan sebagai seorang yang penakut untuk berdebat secara terbuka. Ustaz Asri yang pernah memberikan saranan agar debat bersama Zamihan ini dibuat secara langsung, namun hari ini beliau memberikan alasan agar dinasihatkan oleh Shahidan Kasim supaya dibuat secara tertutup...lihat komen warga maya mengutuk beliau.




Asri setuju 7 tarikh alternatif debat Zamihan sebelum tutup kes


Romzi Bin Yusoff Zie ·
Sembang je dogol zahamizan ni
Like · Reply · 1 · 1 hr
Kita Minda ·
Cuba nasihat igp supaya amanah dgn kuasa yg ada padanya.
Like · Reply · 1 · 1 hr
Malamwira Malamwira ·
Ulamak yg baik ikutan nabi2..ulamak yg buruk berperangai seperti va......
Like · Reply · 1 hr
Romzi Bin Yusoff Zie ·
Senang2 je kata org kafir lah..wahabilah
Ni ke di namakan ust..
Temberang je lebih..tolol
Uda Ngalah ·
Kalau nak buat tertutup...baik tak payah debat lah..
Bukan nama debat
Itu perbincangan atau meeting..beserta kopi o secawan seorang beserta karipap bocor nampak inti..
So kalau nak tertutup juga tak perlu lah canang gembar gembur sana sini..
Tak payah beritahu media lah...buat diam2..
Like · Reply · 6 · 1 hr
Bala Singan
Very truth
Like · Reply · 1 hr
Yazid Surip
nak cakap telor kecut malu pulak.. kahkahkah
Like · Reply · 21 mins
Alif Ain ·
bertelagah di medan terbuka.. nak diselesaikan di medan tertutup....
yang keliru rakyat umum...
Like · Reply · 4 · 1 hr
Radzwil Ranjit ·
memanggil org 'ANJING' tak menimbulkan perbalahan, tapi berdebat menimbulkan perbalahan... Ustaz... Ustaz... Bertaubat la....
Like · Reply · 1 · 54 mins
Johnny Tung
lebih baik kita debat macam mana nak selamatkan ekonomi dan memajukan Negara, Semua Agama ajar umatnya buat baik, jangan fitnah, jangan curi, Jangan tipu, Simple je, Kalau tu pun tak boleh buat...... tak payahlah.............
Like · Reply · 1 · 54 mins
Mujaheed Abdullah ·
Militant IS? yang umum tahu dia lah yg merupakan militant IS, perangai pon burok nak ajar orang lain. Jadi ketua ISIS atau perkasa dan Isma boleh lah si Zahamizan
Like · Reply · 1 · 54 mins
Azemi Shaari ·
Works at Self-Employed
celaru macam ni, pi lah sembang ka dailog ka jgn duk keriau jerit sana sini.
Like · Reply · 54 mins
Safian Tan Sulaiman ·
cabar mencabar secara terbuka.bila debat tertutup pula ngapa? umat msia ada sikit bersatu banyak terabor oleh hujah2222........siapa agaknya?
Like · Reply · 1 · 52 mins
Tembaring Tom ·
Kalau buat tertutup, dimana kebenarannya. Ust baru ni bercakap diruang bicara berkata orang macam kami tidak fikir secara baik jadi buat terbuka supaya kami dapat ilmu. Ini bukan cari kalah menang macam ust minta, ini cari kebenaran seperti dr maza minta. Ust pernah berkata tanpa syarat dimana saja bila bila masa hatta di utara ust pi. Sekarang alasan kuliah untuk banduan macam alasan tak logik langsung. Macam KDN tak ada ust lain yg boleh ganti. Ust dari PDRM tak boleh kah? Atau hanya Ust seorang saja yang layak. Cuma kami hanya nak pencerahan. Setahu saya, haram hukumnya jika sembunyikan ilmu Allah terutama dari ust atau dari siapa saja yang tahu.
Like · Reply · 2 · 52 mins
Leslie Chan ·
Kah kah kah debat tertutup ni samalah garu peliaq syok sendiri kah kah kah
Like · Reply · 1 · 49 mins
Syed Amran Tuan Long ·
Zamihan ni kaki kelentong.....jangan percaya kpd ust jenis ni....ckp bukan main kagi
Like · Reply · 1 · 48 mins