MAT SABU ‘MELETOP’ DI HIMPUNAN 365 #BEBASANWAR
Mat Sabu ‘meletop’ di Himpunan 365 #BebasAnwar
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menganggap rakyat Malaysia pengecut kerana tidak mempunyai keinginan untuk mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Kita semua pengecut,” kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memarahi orang ramai yang berkumpul untuk menyambut ulang tahun pertama bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dipenjarakan di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.
Dalam nada menyindirnya, Mat Sabu mengeluh rakyat tidak bertindak maka Najib akan terus berkuasa.
“Kita akan tetap berdiam, kita ada kekuatan suara tetapi ‘malu-malu kucing’ seperti suara jantan (lelaki) tapi hati betina (wanita),” katanya.
Tambahnya lagi kerana rakyat Malaysia pengecut, katanya,” kita dan negara telah ketinggalan”.
“’Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?” soalnya.
Mat Sabu berkata, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah melakukan transformasi politik yang berjaya, Malaysia masih lagi terperangkap
Ulanginya lagi “Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?”
Walaupun penghinaan dilemparkan, penyokong kelihatan bersorak seolah-olah bersetuju dengan pendapat beliau apabila memanggil mereka pengecut. Dengan ‘meminta maaf’ kepada hadirin kerana gagal menjatuhkan kerajaan Umno- Barisan Nasional.
“Anda semua pengecut, mengaku je lah!” beliau berkata, dan kedengaran hadirin ada yang menjawab “Ya”.
Mat Sabu mengakhiri ucapannya dengan nada marah menyeru kepada rakyat untuk bangkit dan melakukan perubahan.
“Sampai bila kita nak jadi begini, usia pun sudah menjelang 60 tahun, belum lagi berubah rakyat Malaysia.
“Ayuh Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, semua kaum tanya diri kita. Apakah kita pejuang atau bermain slogan untuk menyedapkan hati saudara kita di penjara sana.
Cis! Mari kita bangun!” jerit beliau sebelum mencampakkan mikrofon di atas pentas, mengejutkan segenap hadirin dan pengacara majlis malam tadi.
Kira-kira 1,000 orang menghadiri himpunan sambutan 365 hari pemenjaraan Anwar Ibrahim di hadapan Penjara Sungai Buluh malam tadi dan mendengar ucapan lebih daripada 20 ahli politik dari PKR, Amanah dan DAP.
1.MELAYU PENAKUT , RAKYAT MALAYSIA PENAKUT
2.JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT
3.LEBAI JADI PENASIHAT SAJA
4.BUAT APA PUN TAK APA
5.JADI BARUA UMNO PUN OK
6.KENYANG PERUT KELUARGA TERJAGA
7.ASAL KELUARGA AKU TERJAGA MAKAN MINUM REHAT CUKUP
8.KENA TIPU DENGAN UMNO BIASA SAHAJA
9.USTAZ PUN DAH CARI MAKAN
10.IKUT SUKA KAMI