PAKSA PI BALA KELUAR NEGARA: PIHAK TERLIBAT AKAN DIDEDAHKAN

MASTER PLANNING UG???




Biarlah PAS dengan caranya.... dia nak jadi ketua.. biar dia jadi ketua kepada kumpulannya sahaja... dan mereka sepatutnya berhimpun di dalam gua...



OLEH GREENBOC


PAS Arah Ahlinya Ke Tempat Lain Untuk Himpunan Al-Aqsa

Nampaknya Himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa yang dijadualkan esok selepas Solat Jumaat telah dijadikan satu isu kontorversi oleh sebuah parti yang menuduh parti lain melakukan hijack terhadap program berkenaan.

Semalam, difahamkan telah diadakan sidang media oleh semua pihak yang terlibat dengan perhimpunan berkenaan termasuk ngo-ngo mengenai perhimpunan berkenaan dan telah dipersetujui semua umat Islam (samada parti politik, ngo atau orang perseorangan) supaya berkumpul di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke Kedutaan Amerika. Aqsa-Syarif telah bertindak selaku ketua/juurucakap kepada perhimpunan yang bakal diadakan esok.




Berdasarkan laman sosial Palestine Centre Of Excellence (PACE), sebuah poster juga telah turut dikeluarkan.


Tiba-tiba pada hari ini, PAS menuduh himpunan yang didakwa sebagai programnya telah dirampas oleh parti lain, dan mengarahkan ahli-ahlinya supaya mengubah lokasi berhimpun dari masjid Tabung Haji ke Masjid Jamek.

Banyak pihak yang terkejut dengan gelagat PAS berkenaan. PAS berandaian bahawa parti politik lain akan lebih mendapat political mileage daripada perhimpunan berkenaan.

Seperti di dalam BERSIH 4.0 yang lepas, PAS telah memboikot himpunan berkenaan kerana PAS tidak menjadi "ketua" di dalam perhimpunan berkenaan. (sila rujuk ruangan TAMABAHAN di bawah entri ini)

Begitu juga dengan Pakatan Harapan. PAS menolak untuk menyertainya kerana mereka tidak menjadi ketua.

Maka berlaku lagi di dalam himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa. PAS tidak menjadi ketuanya tetapi himpunan esok diketuai oleh pihak lain. Justeru itu PAS membuat keputusan untuk tidak bersama di Masjid Tabung Haji tetapi di Masjid Jamek.

Ramai yang mempersoalkan sikap dan tujuan PAS berkenaan. Apakah kerana hendak mencari political mileage atau benar-benar berjuang untuk mencari redha Allah di dalam perhimpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa?

Whatever....hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.... niat sebenar PAS akan terus terdedah akhirnya nanti....

TAMBAHAN

GB pernah ulas mengenai isu pemboikotan PAS di dalam BERSIH 4.0 sebelum ini. Petikan.

Alasan Presiden PAS kali ini:

"Kita akan adakan himpunan yang lain yang dikepalai PAS dan kita akan ajak orang lain datang,"

Kita tak tahu siapa yang dimaksudkan "ajak orang lain datang" sedangkan DAP, PKR, GHB dan NGO-NGO lain sudah memutruskan untuk bersama di dalam BERSIH 4.0.

PAS tidak mahu sertai BERSIH 4.0 kononnya kerana ia dianjurkan "orang lain" bukan PAS. PAS mahu biar dia jadi kepala, bukan orang lain.

Sikap demikian ialah sikap kebudak-budakan dan tidak menampakkan kematangan berpolitik. Bagaimana anda hendak mengharapkan "orang lain" menyertai agenda anda seandainya anda sendiri tidak meraikan agenda orang lain?

Bagaimana anda hendak menjadi ketua sedangkan anda sendiri tidak boleh menjadi pengikut yang amanah dan setia seperti apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat dulu?

Alangkan Rasululullah saw sendiri tidak pernah mungkir dan curang kepada janjinya walaupun kepada kumpulan kkafir dan musyrik di Mekah. Tidakkah kisah Perjanjian Hudaibiyah sekalipun ia tidak memihak kepada Islam tetapi Rasulullah amat bertoleransi dan bertolak ansur yang akhirnya memberi kemenangan kepada umat Islam?

Demikianlah, Islam diperjuangkan bukan dengan nafsu dan emosi, tetapi dengan ilmu dan strategi.

Hukum kebenaran dan keadilan sentiasa berjalan.

Anda akan tuai apa yang anda tanam.

Tak lihatkah di dalam perhimpunan GST yang lalu? Siapa "orang lain" yang ada menyertai perhimpunan anti-GST anjuran PAS? Berapa ramai yang menyertainya? Bandingkan perhimpunan anti-GST bukan anjuran PAS:


Biarlah PAS dengan caranya.... dia nak jadi ketua.. biar dia jadi ketua kepada kumpulannya sahaja... dan mereka sepatutnya berhimpun di dalam gua...


APA YANG USTAZ NI MELALUT?????... BANTUAN SAR DAN KES AZAN





FITNAH TERHADAP KERAJAAN DAP P.PINANG KETERLALUAN

Semakin hebat fitnah ke atas Dap.
Atas mimbar tuduh Dap anti Islam.
Kat Tv3 suku pun burukkan Dap sebagai rasis.
Larangan guna pembesar suara di masjid/surau selain dari Azan yg disebut oleh Tok Peti P.Pinang pun disalahkan Dap...
Tuduh Dap P.Pinang hentikan bantuan pulak....
Ada juga tok2 lebai yg kuat finah hanya sekadar dengar berita dari puak2 amno....Kesian mereka dibodohkan.

PERGOLAKAN PKR: DR WAN AZIZAH DAPAT MANDAT ISYTIHAR PAKATAN HARAPAN

FATWA LARANGAN GUNA PEMBESAR SUARA P. PINANG WAJAR DICONTOHI

‘LEBIH BANYAK MELAYU MISKIN, LEBIH MUDAH NAJIB KEKALKAN KUASA’

TSUNAMI PRU 14 BOLEH BERLAKU JIKA EKONOMI TERUK – DAP

BENARKAN KHAIRUDDIN JUMPA FBI, JIKA BOHONG A.S TANGKAP – KADIR JASIN

PKR HARUS BERHATI HATI DENGAN KEJUJURAN PAS?

AL HUSSYN




Pilih PAS, maknanya  tolak DAP dan AMANAH ....

PKR pening kerana terpaksa berhadapan dengan krisis Cinta Tiga Segi.

PAS benci AMANAH...DAP pula bencikan PAS....

Kalau PKR mahu pilih AMANAH, dia tidak ada masalah dengan DAP sebab DAP ok dengan AMANAH.

Masalahnya kalau PKR pilih PAS, DAP tidak akan ok ....

PAS dah tegaskan tidakl akan terima AMANAH....

PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan", kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, presiden PAS itu berkata pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh.
 Hadi berkata, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara sama terhadap pengkhianat parti.
 "Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat. - Baca lagi di sini 
Hj Hadi perlu ingat, bukan dia sahaja yang pandai membenci kat orang. Orang lain pun ada juga yang benci kamu kerana sikap kamu yang khianat dan suka flip-flop!
DAP bertegas, dengan berkata ia akan menjauhkan diri daripada gabungan baru  yang  dicadangkan  pembangkang yang digelar Pakatan Rakyat 2.0 jika PKR bertegas mahukan PAS berada di dalamnya, menurut pemimpin-pemimpin parti.
 Pemimpin-pemimpin DAP berkata terdapat terlalu banyak sikap kebencian antara kedua-dua bekas sekutu, sambil menambah bahawa ia akan menjadi mustahil untuk bekerjasama dengan PAS selagi parti Islam itu masih diketuai oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 "Kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS di bawah Hadi Awang, kecuali mereka bersedia untuk berlepas dari pelbagai pendirian yang mereka diambil," Ahli Parlimen DAPBukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata. "Dengan kepimpinan PAS sekarang, ia tidak mungkin," katanya, merujuk kepada pakatan pembangkang baru yang dicadangkan.
 DAP menegaskan ia tidak akan menyertai mana-mana kerajaan campuran dengan PAS di dalamnya. Baca lagi di sini
So macamana PKR? Hang pilih PAS, maknanya hang tolak DAP dan AMANAH ....

KITA BERKENALAN DENGAN BANI JAWI

MARI KITA BERKENALAN DENGAN BANI JAWI
Lepas dapat upah buat demo baju merah dari UMNO..
Maka Melayu Bani Jawi pun singgah kedai Mangum dan TOTO untuk cari rezeki.. serta berYamseng di kedai2 Arak..

Wallawei..
Inilah dia keturunan Bani Jawi yang mendakwa mereka dari jurai keturunan Nabi Ibrahim dan Siti Khoturah..
Sebenarnya kesah Tanah Jawi dan Bani Jawi ni hanyalah cerita rekaan pendakwah syiah dari Tanah Yaman yg datang bertaqiah menyebarkan fahaman syiah mereka ke atas umat melayu di seluruh kepulauan Nusantara pada zaman dahulu..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO dan Wala'unta
Like   Comment   

MAI KITA LIHAT PEMANDANGAN LEPAS PERHIMPUNAN MELAYU???

 


PAS punca penyertaan himpunan di luar jangka
KUALA LUMPUR - Penganjur perhimpunan baju merah, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau ada menghubungi pemimpin PAS untuk mempelawa parti itu untuk serta dalam program itu.
"Saya akui saya berhubung secara langsung dengan pimpinan PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, secara tidak rasmi mereka tidak halang ahli-ahli datang, itu pun sudah cukup bagi kita.
"Saya tak tahu (berapa ahli PAS hadir) sebab saya diberitahu secara tidak formal, mereka menjanjikan 10,000 ahli akan turut hadir," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Himpunan Baju Merah di Padang Merbok, di sini, hari ini.
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS

BN GAGAL BASMI KEMISKINAN MELAYU SELEPAS 58 TAHUN

BAJU MERAH: HIMPUNAN SOKONG NAJIB, BUKAN MELAYU