KENA KAPIAQ DAH NGAN WALAUN.





 

Janganlah pekak, Azmin jawab dakwaan Hadi Bersatu tiada jentera

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara sinis menasihati Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan Bersatu tiada jentera pilihan raya.

“Kadang-kadang saya tersinggung pada orang yang kata kita (Bersatu) tidak ada jentera (pilihan raya).

“Bukalah mata. Bukalah telinga. Janganlah pekak!

“Ini semua siapa ni? Ini bukan orang bunian. Ini jentera. Betul atau tidak?” tempiknya dalam ceramah Bersatu di Melaka.

Minggu lalu, dalam sidang media di Rusila, Marang, Abdul Hadi mendakwa Bersatu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini, menuntut jumlah calon yang banyak tetapi tidak mempunyai jentera yang mencukupi untuk bekerja.

“Mereka ada calon, tetapi petugasnya terlampau sedikit berbanding jumlah keahlian yang didakwa beribu-ribu orang.

“Akhirnya apabila kita turun, yang bekerja di lapangan hanyalah ahli-ahli Pas sahaja.

“Itu realiti yang berlaku dan kita mengambil kira semua aspek ini,” kata Hadi sekaligus menyaksikan hubungan retak menanti belah antara Pas dan Bersatu dalam PN.


MARINA BERUNDUR

 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya serta berundur daripada arena politik.






Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas melalui perbincangan bersama individu terdekat yang sentiasa berada di sisi sepanjang perjalanan politiknya.


Menurut Marina, beliau kini memilih untuk kembali ke lapangan masyarakat dan meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan yang dekat di hatinya sejak sebelum menceburi dunia politik.


“Empat tahun yang lalu, saya datang ke Skudai dengan satu harapan yang sederhana tetapi besar maknanya, iaitu untuk berkhidmat.


“Saya hadir bukan dengan kekuatan besar atau pasukan yang lengkap, namun dengan niat ikhlas dan keyakinan bahawa setiap amanah perlu dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.


Sepanjang tempoh berkhidmat sebagai wakil rakyat, Marina berkata, beliau telah berusaha memberikan yang terbaik kepada masyarakat setempat.


Dalam masa sama, beliau turut memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang memikul amanah tersebut.


“Saya hanyalah seorang manusia yang tidak pernah terlepas daripada kekhilafan dan keterbatasan,” ujarnya.


Marina turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepadanya, termasuk para pengundi yang menyokong beliau pada 22 Mac 2022 serta pasukan yang sentiasa bersama dalam setiap keadaan.


Beliau juga menegaskan bahawa pengunduran daripada politik tidak bermakna khidmatnya kepada masyarakat akan terhenti.


“Berakhirnya satu babak bukan bermakna berakhirnya khidmat. Selagi diberikan kesempatan, saya akan terus menyumbang kepada masyarakat dalam apa jua kapasiti yang mampu,” katanya.


Dalam kenyataan sama, Marina memaklumkan, akan terus melaksanakan tugasan di kawasan sehingga ADUN baharu dilantik.


Beliau turut mendoakan agar Skudai terus membangun dan masyarakatnya kekal sejahtera.


Sumber :warta semasa




DEPA KATA CAP AYAM


 

JANGAN SURUH WALAUN JAWAB. DEPA TU MEROSAKKAN REPUTASI HANG SAJA, SANUSI


 

PARLIMEN BUBAR SEAWAL BULAN DEOAN?


 

TAK JADI EDAR DAGING.

 



MALAYAKINI


KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menegaskan bahawa daging lembu yang ditembak selepas mengamuk ketika Program Ibadah Korban Perdana Kuala Perlis baru-baru ini tidak diagihkan kepada penerima korban seperti biasa.



Beliau berkata, langkah mengasingkan daging haiwan berkenaan dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang kekeliruan atau polemik berkaitan status lembu tersebut dalam kalangan masyarakat.


Menurutnya, insiden itu melibatkan lembu korban bernombor 22 daripada keseluruhan 25 ekor yang disediakan sempena program berkenaan.


Abu Bakar menjelaskan beliau pada mulanya meninggalkan lokasi untuk menghantar isterinya pulang sebelum dihubungi petugas yang memaklumkan seekor lembu terlepas dan bertindak agresif.


“Sebaik dimaklumkan mengenai keadaan itu, saya kembali ke lokasi. Sebelum tindakan diambil, saya memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat dan orang ramai telah dijauhkan daripada lokasi kejadian,” katanya.


Beliau turut menjelaskan bahawa senjata api yang digunakan adalah miliknya dan beliau memiliki lesen sah untuk mengendalikan senjata berkenaan.


Mengulas mengenai pengagihan daging, Abu Bakar berkata daging lembu yang ditembak itu tidak dimasukkan dalam senarai rasmi penerima kupon korban, sebaliknya diberikan kepada petugas yang membantu menjayakan program tersebut.


Katanya, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan tanggapan bahawa daging daripada lembu yang ditembak tersebut merupakan sebahagian daripada agihan korban kepada orang ramai.


Pada masa sama, beliau memaklumkan telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.


Beliau turut mencadangkan agar satu prosedur operasi standard (SOP) khusus diwujudkan untuk mengendalikan situasi haiwan korban yang mengamuk bagi memastikan tindakan yang diambil lebih teratur dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.


Sebelum ini, polis mengesahkan telah merampas selaras senapang serta sembilan butir peluru yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam.


Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati tindakan melepaskan tembakan dilakukan selepas lembu berkenaan mengamuk dan dikhuatiri mengancam keselamatan petugas serta orang awam di lokasi program.




ANWAR TETAP TERBAIK UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT

 


Nengok TV


Sejak mengambil alih pentadbiran negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus memberi penekanan terhadap soal kebajikan rakyat. Pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.





Kerajaan MADANI juga dilihat lebih fokus kepada usaha memperkukuh ekonomi negara supaya hasilnya dapat dikembalikan semula kepada rakyat. Bantuan tunai, subsidi bersasar dan pelbagai insentif diteruskan demi memastikan golongan memerlukan tidak terpinggir.


Apa yang menarik, pendekatan yang dibawa Anwar bukan sekadar janji politik semata-mata. Banyak langkah diambil secara berperingkat bagi memastikan bantuan sampai terus kepada rakyat tanpa ketirisan dan salah guna kuasa.


Dalam masa sama, kerajaan turut memberi perhatian kepada peluang pekerjaan dan peningkatan gaji rakyat. Kemasukan pelaburan asing yang semakin meningkat membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda.


Anwar juga sering menegaskan bahawa pembangunan negara tidak boleh hanya dinikmati golongan tertentu sahaja. Sebab itu kerajaan cuba memastikan manfaat ekonomi dapat dirasai sehingga ke akar umbi termasuk di luar bandar.


Selain itu, sektor pendidikan dan kesihatan terus diberi perhatian dalam usaha membina masa depan rakyat yang lebih baik. Penambahbaikan kemudahan sekolah, hospital dan bantuan pendidikan antara agenda yang terus diperkasakan.


Walaupun kerajaan berdepan pelbagai kritikan dan cabaran politik, fokus utama pentadbiran masih tertumpu kepada kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Ini penting supaya negara dapat terus bergerak ke hadapan tanpa gangguan yang boleh menjejaskan keyakinan pelabur.


Ramai melihat pendekatan Anwar yang tegas terhadap rasuah dan ketirisan sebagai langkah penting untuk menyelamatkan wang negara. Hasil yang berjaya dijimatkan itu boleh digunakan semula untuk membantu rakyat melalui pelbagai program kebajikan.


Di media sosial, semakin ramai rakyat mula membandingkan keadaan ekonomi semasa dengan beberapa tahun lalu. Walaupun masih banyak perkara perlu diperbaiki, ada yang mengakui kerajaan ketika ini sekurang-kurangnya sedang berusaha menyelesaikan masalah rakyat secara berperingkat.


Apa pun, rakyat berharap segala usaha yang dilakukan kerajaan hari ini akan memberi kesan positif dalam jangka panjang. Selagi kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan, ramai percaya nasib rakyat akan terus terbela dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim.




AKHIR HAYAT. KAWAN DENGAN PAS , BEGINILAH AKHIRNYA.

 


PN dah sampai akhir hayat



SUAMI BUNUH ISTERI DI SYAKI CEMBURU❗️❗️






"Suami Bunuh Isteri, Anak Dihantar Ke Rumah Pengasuh"


Munirah Abu Bakar merupakan seorang jururawat yang berdedikasi di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, sebelum hayatnya berakhir dalam satu tragedi yang menyayat hati pada pagi 30 September 2023.


Kejadian ngeri itu berlaku di kediaman mereka yang terletak di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis, ketika mangsa yang berusia 31 tahun sedang bersiap untuk keluar bertugas bagi syif pagi.


Suami mangsa, Indera Zailan Mohamad Sani, yang merupakan seorang bekas anggota tentera, didakwa telah bertindak agresif dengan menikam dada kiri isterinya menggunakan sebilah pisau selepas berlaku pertengkaran besar antara mereka di ruang tamu rumah.


Selepas mendapati isterinya sudah tidak bernyawa, suspek dipercayai menyelimuti mayat mangsa dengan selimut tebal di dalam bilik tidur utama sebelum membawa dua anak lelaki mereka yang masih kecil ke rumah pengasuh.


Siasatan polis mendapati bahawa motif utama di sebalik pembunuhan tersebut dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu yang melampau serta syak wasangka suspek terhadap kesetiaan isterinya dalam rumah tangga.


Selain faktor emosi, ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek mengesahkan bahawa dia berada di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine ketika kejadian berlaku.


Malah, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan penyalahgunaan bahan terlarang tersebut.


Sejurus selepas menghantar anak-anaknya ke rumah pengasuh, suspek telah menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dan mengaku atas perbuatannya.


Kini, Indera Zailan berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.


Kes ini masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarhamah Munirah Abu Bakar.


Credit: 


#kisahbenarr #suamibunuhisteri #akibatcemburu #kesbunuh #kesjenayah #contentmonetizationn #fbprofollowersemuaorang #fbprofypjangkauansemuaorang





OWHH INI DIA PENGANJUR PESTA HARI JADI ANTU..


 

PAS , KALAU KENA KE PIMPINAN MEREKA, CEPAT CEPAT NAK TUTUP ..


 

ZAMAN PMX, PERUNTUKAN BERTAMBAH


 

PESTA HARI JADI BERHANTU


 

KERAJAAN ANWAR KUKUH WALAU DIMOMOK PEMBANGKANG YANG KERING MODAL.

 


Gemilang daily


Dalam politik, ada fakta yang mungkin pahit untuk diterima, tetapi tetap perlu diakui. Buat masa ini, kedudukan Kerajaan Perpaduan di Parlimen masih kukuh dan memberikan kelebihan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus mentadbir negara.






Gabungan yang terdiri daripada PH, BN serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak membentuk majoriti yang selesa. Formula inilah yang menjadikan kerajaan sedia ada masih mempunyai kekuatan untuk meneruskan pentadbiran.


Sebab itu, setiap kali timbul khabar angin kononnya kerajaan akan tumbang, realitinya perkara tersebut tidak berlaku. Sokongan majoriti di Dewan Rakyat masih menjadi faktor penentu utama.


Dalam masa yang sama, PN masih berdepan cabaran besar untuk memperluaskan sokongan mereka. Kekuatan mereka memang jelas di beberapa kawasan tertentu, namun cabaran sebenar adalah menembusi segmen pengundi bandar dan profesional.


Tidak dapat dinafikan bahawa kelompok pengundi bandar sering memberi perhatian kepada isu ekonomi, pelaburan, pekerjaan dan kestabilan politik. Di sinilah persaingan sebenar berlaku.


Selain itu, sokongan pengundi bukan Melayu juga masih menjadi antara cabaran utama yang perlu ditangani jika mahu membentuk kerajaan Persekutuan secara bersendirian.


Atas sebab itulah, setiap minggu muncul pelbagai isu yang dikaitkan dengan Anwar. Ada yang mendesak beliau meletak jawatan, ada yang meramalkan kerajaan akan tumbang, dan ada juga yang mengitar semula isu lama.


Kadangkala isu yang kecil diperbesar sehingga kelihatan seperti krisis nasional. Perbahasan politik menjadi semakin panas walaupun isu sebenar mungkin tidak sebesar yang digambarkan.


Dalam dunia politik moden, persepsi sangat penting. Sesuatu isu yang diulang berkali-kali boleh membentuk pandangan masyarakat walaupun fakta sebenar mungkin lebih kompleks daripada yang disangka.


Apa pun pendirian politik seseorang, hakikatnya pertandingan politik akan terus berlaku. Selagi Anwar masih mengekalkan sokongan majoriti di Parlimen, beliau kekal sebagai Perdana Menteri dan PN pula perlu terus berusaha meyakinkan lebih ramai pengundi untuk menukar landskap politik negara pada pilihan raya akan datang.





PMX DAN YDP AGONG

 



Fuh, memang padu! Bila tengok gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selamba makan sarapan pagi dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dekat kedai makan biasa, ini bukan setakat isu "makan-makan". Ini satu fenomena politik yang jarang-jarang kita nampak dalam sejarah negara!





Kenapa hubungan "akrab dan santai" antara PM dan Istana Negara kali ini dikira sebagai satu kehebatan diplomasi peribadi yang tak ada pada PM sebelum-sebelum ini :


01. MEROBOHKAN "TEMBOK PROTOKOL" YANG KAKU

Dulu, hubungan antara Perdana Menteri dengan Yang di-Pertuan Agong selalunya nampak sangat rasmi, kaku, dan penuh dengan protokol Istana yang ketat. Biasanya cuma nampak dalam mesyuarat Pra-Kabinet yang formal.


Tapi di bawah kepimpinan DSAI, kita nampak "tembok" tu runtuh. Boleh jumpa sembang santai sambil minum kopi dan makan sarapan kat banglo Jalan Raja Chulan. Ini membuktikan DSAI ada KEBOLEHAN DIPLOMASI INTERPERSONAL (hubungan antara manusia) YANG SANGAT LUAR BIASA. Tak semua pemimpin ada CHARM atau karisma peribadi yang boleh buat pihak Istana rasa selesa untuk berbincang dalam suasana tidak rasmi.


02. KESTABILAN POLITIK LUAR BIASA (GANDINGAN "DUA SINGA")

Sebelum ini, negara kita penat dengan drama politik kejap tukar PM, kejap parlimen bubar, hinggakan hubungan kerajaan dengan Istana kadang-kadang nampak tegang.


Apabila rakyat tengok PM dan YDPA boleh duduk semeja, bergelak tawa, dan bertukar pandangan pasal isu rakyat dalam suasana santai, ini menghantar isyarat psikologi yang kuat kepada pasaran, pelabur luar, dan musuh politik : KERAJAAN HARI INI STABIL DAN MENDAPAT RESTU SERTA KERJASAMA HARI INI STABIL DAN MENDAPAT RESTU SERTA KERJASAMA PENUH DARIPADA KETUA NEGARA. Hubungan akrab ini adalah "perisai" paling ampuh untuk mengekalkan keharmonian pentadbiran.


03. DUA PEMIMPIN "JIWA RAKYAT" YANG SELARI

Sultan Ibrahim memang terkenal dengan sifat titah yang terus-terang dan mahukan tindakan pantas untuk rakyat. DSAI pula gerak kerjanya berasaskan formula #MalaysiaMADANI yang fokus kepada kebajikan dan pembongkaran rasuah.


Bila kedua-dua personaliti besar ini ada CHEMISTRY (keserasian) yang kuat, segala urusan pentadbiran negara jadi lebih lancar. Tiada lagi istilah "salah faham" antara Putrajaya dan Istana Negara. Hubungan peribadi yang erat ini membolehkan dasar-dasar negara diselaraskan dengan cepat demi kepentingan rakyat.


KHULASAHNYA :

Apa yang kita saksikan hari ini bukan sekadar sekeping gambar media sosial. Ia adalah bukti KEBIJAKSANAAN POLITIK DAN KEMATANGAN DIPLOMASI DSAI yang berjaya membina jambatan sekukuh ini dengan Istana Negara — sesuatu yang gagal atau tidak sempat dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Ini adalah standard baharu dalam landskap politik Malaysia!


HFM | Pengasas QLP

Kuala Lumpur, Malaysis





TU DIAA...LEBAI MASUK GEREJA.


 

RUMAH BESAQ NI...ZAMAN DULU DULU MB KEDAH BUAT UMAH BESAQ MACAM NI KA.?


 

LAAA PENAKUT RUPANYA...SEMBANG KEMAIN.


 

RAKYAT HIDUP TERTEKAN.

 


Em Jay


Inilah yang dimaksudkan dengan ekonomi negara teruk dan rakyat hidup tertekan?






BANYAK DUIT MEZAH.

 


Alfah Cannel


Wan saiful sahkan, hamzah keluarkan duit poket sendiri dan jumlahnya besar…


Persoalannya mana hamzah dapat duit yg jumlahnya besarrrrr???

Masa tu hamzah menteri apa yer???





KOMENTAR | PKR Memang Dalam Krisis — Dan Fuziah Salleh Baru Sahaja Membuktikannya








Hari ini, untuk menjawab  amaran Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, yang mendakwa bahawa PKR sedang kehilangan ahli secara mendadak, Setiausaha Agung parti itu, Fuziah Salleh, tampil dengan mesej yang pada asasnya berbunyi: mana ada ...tak ada lah ...tak ada krisis.... tak ada apa yang berlaku pun .... semuanya baik-baik sahaja.


Kenapa beliau berkata begitu? 


Kerana menurut beliau, sejak Rafizi menubuhkan Bersama, PKR hanya kehilangan sekitar 1,000 ahli.


Hanya 1,000 ahli.


Fikir-fikirkanlah.


Kalau Fuziah memilih angka 10,000, mungkin ia kedengaran lebih logik dan menyakinkan. Tetapi apabila beliau memilih angka 1,000, ia menjadikan penjelasannya sukar untuk dipandang serius.


Melihat kepada respons Fuziah, saya semakin faham mengapa PKR dilanda krisis hari ini.


Masalahnya bukan sekadar faktor luaran — tetapi faktor dalaman juga, kerana apabila PKR berdepan krisis, setiausaha agungnya yang dipertanggungjawabkan untuk mengharungi krisis yang dihadapinya kelihatan lebih berminat untuk menafikan kewujudan krisis itu daripada menghadapinya.


Apa sebenarnya yang sedang dilakukan Fuziah untuk membantu PKR mengharungi tempoh yang sukar ini?


Pada pandangan saya, apa yang beliau lakukan hanyalah mengamalkan “strategi burung unta” — iaitu menanam kepala ke dalam pasir sambil berharap bahawa jika dia tidak melihat masalah yang sedang datang, masalah itu akan pergi dengan sendiri. 


Jadi, apakah asas kepada dakwaan Fuziah bahawa “hanya 1,000 ahli telah keluar parti”?


Menurut beliau, hanya sekitar 1,000 ahli meninggalkan PKR kerana sistem pengurusan keahlian dalam talian parti tidak menunjukkan peningkatan ketara dalam permohonan keluar parti sejak Rafizi mengumumkan pengundurannya pada 16 Mei.


“Platform Adil kami, iaitu sistem dalam talian untuk ahli keluar parti, tidak menunjukkan angka yang signifikan. Kurang daripada seribu keluar sejak Mei 16,” katanya.


Penjelasan ini menjadi semakin sukar diterima apabila kita melihat siri pengumuman keluar parti yang telah berlaku secara terbuka setelah Rafizi mengumumkan yang dia akan mengepalai Parti Bersama.


Bekas ADUN Tiram, S Gopalakrishnan, dilaporkan meninggalkan PKR bersama hampir 2,000 ahli di Johor yang menyertai jawatankuasa penaja Bersama.


Sembilan belas ahli jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Pandan, termasuk timbalan ketuanya Haqimi Zamri, turut meletakkan jawatan. 


Naib Pengerusi PKR Sabah, Mohd Amin Abdul Mem, juga dilaporkan meninggalkan parti untuk menyertai Bersama.


Pada hari Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan pengunduran mereka, beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen PKR turut hadir memberikan sokongan kepada projek politik baharu itu.


Wong Chen, ahli parlimen Subang,  malah pergi lebih jauh dengan menyatakan bahawa jika beliau bertanding dalam pilihan raya akan datang, ia adalah di bawah tiket Bersama — bukan PKR.


Namun di sebalik semua perkembangan yang diketahui umum ini, Fuziah tetap berkeras bahawa hanya 1,000 ahli telah keluar kerana itulah yang ditunjukkan oleh “sistem”.


Bagi saya, ini seperti seseorang yang masih berkeras mengatakan bahawa di luar hanya gerimis kerana ramalan cuaca berkata begitu — walaupun ribut taufan sedang membedal kampungnya. 


Ironinya, respons Fuziah itu sendiri mungkin menjelaskan mengapa PKR berada dalam krisis hari ini.


Bagaimana watak-watak seperti Fuziah Salleh, Fadhlina Sidek, Ramanan dan Farhash boleh menjadi begitu menonjol dalam PKR?


Melihat bagaimana krisis keahlian PKR ini dikendalikan oleh Fuziah, adalah sukar untuk saya  percaya bahawa ia berlaku semata-mata kerana bakat dan keupayaan luar biasa mereka. 


Kenaikan mereka menimbulkan persoalan yang lebih besar tentang bagaimana sistem kenaikan pangkat, status dan darjat dilaksanaka dalam PKR .


Jika PKR benar-benar sebuah organisasi yang kompetitif, bolehkan individu-individu seperti ini  berjaya naik sehingga menduduki kedudukan yang  penting dalam parti?


Bahawasanya mereka dapat naik ke atas memberi gambaran bahawa PKR mungkin bukan parti yang benar-benar dibina atas dasar persaingan yang adil  dan terbuka, tetapi lebih bergantung kepada "budaya pemilihan" — di mana kenaikan bergantung besar kepada restu kepimpinan atasan.


Dalam sistem seperti ini, apabila seseorang tidak naik, dia tidak akan berfikir bahawa dirinya kalah kepada pesaing yang lebih baik.


Sebaliknya, dia akan percaya bahawa dirinya tidak berjaya dalam parti kerana sekadar tidak digemari atau tidak disukai oleh orang atasan.


Dan apabila mentaliti itu menjadi budaya organisasi, kesetiaan akan menjadi sesuatu yang bersifat transaksional.


Ahli akan kekal hanya selagi organisasi itu menang.


Saat mereka mula percaya parti sedang karam, mereka tidak akan berusaha menyelamatkannya.


Sebaliknya, mereka akan berlumba-lumba meninggalkannya — malah mungkin mereka akan meninggalikannya sambil berasa puas melihatnya tenggelam.


PKR bukan parti pembangkang yang sedang bergelut untuk terus relevan.


Ia parti pemerintah.


Ia mentadbir Putrajaya, menguasai pelbagai kementerian dan memimpin beberapa negeri.


Ini sepatutnya bukan nasib sebuah parti seperti PKR.


Dan jika inilah nasibnya hari ini, yang patut dipersalahkan itu akhirnya ialah  Anwar Ibrahim, selalu pemimpin tertinggi parti.


Mengapa?


Kerana di bawah kepimpinannya, ketika PKR berdepan krisis, antara watak utama yang diketengahkan untuk menghadapinya ialah individu seperti Fuziah, Fadhlina, Farhash dan Ramanan — sedangkan tokoh-tokoh seperti Rafizi, malah Nurul Izzah sendiri, telah disisihkan atau meninggalkannya.


Krisis keyakinan yang sedang dihadapi PKR hari ini — bukan sahaja daripada pengundi dan masyarakat luar, tetapi daripada ahli dan penyokongnya sendiri — mungkin tidak akan berlaku sekiranya Anwar mengurus bakat, perbezaan pandangan dan peralihan kepimpinan dengan lebih baik.


#PARTIKEADILANRAKYAT #fuziahsalleh #AnwarIbrahim #RafiziRamli #PakatanHarapan #therealnehruism


Image credit : mKini





PELAWA GUNA LAMBANG DACING

 




Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin agresif memperkukuhkan saf pembangkang apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka ruang kepada parti-parti di bawah gabungan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) untuk bertanding menggunakan lambang PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang. 


Langkah itu dilihat sebagai isyarat jelas bahawa PN mahu membina blok pembangkang yang lebih besar dan tersusun dalam usaha mencabar dominasi kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.


Muhyiddin menegaskan tiada halangan untuk parti-parti seperti Pejuang, Berjasa, Putra, Muda dan beberapa parti lain bekerjasama di bawah payung PN, malah rundingan kerusi boleh dilakukan melalui jawatankuasa khas gabungan tersebut. 


Perkembangan ini memberi gambaran bahawa Bersatu sedang berusaha mengumpulkan semula kekuatan politik Melayu-Islam serta parti-parti pembangkang lain dalam satu barisan yang lebih tersusun selepas berdepan pelbagai cabaran dalaman sejak kebelakangan ini.


Dalam masa sama, kenyataan itu turut mengundang perhatian apabila muncul di tengah-tengah spekulasi hubungan yang semakin tegang antara Bersatu dan PAS. 


Walaupun persoalan mengenai kedudukan PAS dalam IPR terus menjadi tanda tanya, Muhyiddin tetap tampil dengan mesej perpaduan dan keterbukaan bagi memastikan agenda pembangkang tidak terjejas. 


Ramai pemerhati politik melihat langkah ini sebagai percaturan awal untuk membentuk jajaran politik baharu yang lebih luas menjelang PRU16.


Lebih menarik, Muhyiddin bukan sekadar membawa mesej penyatuan politik, malah mengetengahkan agenda pembangunan jangka panjang untuk Melaka yang merangkumi aspek pekerjaan, pendidikan, pelancongan dan latihan kemahiran belia. 


Dengan tempoh DUN Melaka yang semakin menghampiri penghujung penggal, langkah mengumpulkan lebih banyak parti di bawah payung PN dilihat sebagai strategi besar untuk memperkukuhkan blok pembangkang. 


Ia sekali gus memberi isyarat bahawa PN mahu tampil sebagai gabungan yang lebih tersusun, lebih inklusif dan lebih bersedia menghadapi cabaran politik menjelang PRN Melaka serta PRU16.




MASIH BEKERJA DEMI RAKYAT


Jason


 Waktu Kita Sedang Berehat, Ada Insan Yang Masih Memikirkan Nasib Dan Masa Depan Kita. 






Pernah tak kita terfikir, macam mana agaknya rutin seorang pemimpin yang memikul beban dan harapan 33 juta rakyat Malaysia di bahunya? 


Setiap hari, kita berdepan dengan realiti kehidupan. Kos barang di pasar, bil-bil yang perlu dibayar, dan kerisauan tentang masa depan pekerjaan anak-anak kita. Semua keluhan ini nyata, dan percayalah, ia tidak pernah dipandang sepi. Kadang-kadang kita rasa penat bergelut dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, mengharapkan ada 'perisai' yang melindungi keluarga kita. 


Lihat gambar ini. Di atas awan, di kala mungkin orang lain sedang tidur atau menonton filem, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tunduk menyemak berhelai-helai dokumen. Beliau ke luar negara bukan untuk makan angin, tetapi untuk membawa misi besar, memancing pelabur berbilion ringgit masuk ke Malaysia. Kenapa? Supaya peluang pekerjaan bernilai tinggi tercipta untuk anak-anak kita, ekonomi kita kembali stabil, dan nilai Ringgit kita kembali kukuh.


Kerajaan hari ini sedang bekerja tanpa henti siang dan malam. Dasar-dasar ekonomi sedang diperbetulkan dari asasnya, walaupun ia menuntut pengorbanan masa dan tenaga yang luar biasa daripada kepimpinan negara.


Perjalanan membina semula Malaysia ini tidak mudah dan memerlukan masa. Tetapi dengan kestabilan politik yang kita kecapi hari ini, kita sudah berada di landasan yang tepat. Mari kita terus bersatu hati, buang sentimen yang memecahbelahkan, dan sokong usaha berterusan ini. Masa depan yang lebih baik sedang dibina, untuk kita semua.


#malaysiamadani #anwaribrahim #keadilanuntuksemua



GORILLA NI.. DIA SEKOLAH TAK TINGGI.. TAK SAMPAI AKAL DIA PADA KEBENARAN.. SEBAB KAKI FITNAH


 

TU DIA AIHH


 

TAK SUKA JANGAN FITNAH


 

NOHHH HAIH... SANUSI BUAT UMAH


 

KENYATAAN PUN TAK CERDIK. BAGI JADI KERAJAAN PANGGINH WAYANG PUN BOLEH TUTUP.

 

Man Toba


Ahmad Fadhli Shaari  tulis, jika nak tahu kenapa tayangan dihentikan kena tukar kerajaan..


Padahal jumlah kutipan amat rendah. Tak perlu tunggu lepas pru pun Fadhli oi.






AWAT TAK CERITA BAGI JELAS...




 Aku nak tanya, selama ni lulusan tahfiz sekolah yang dikelola 𝗠𝗼𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗻𝗶𝗸 boleh masuk IPTA ke? Yang lulusan sekolah pondok bukan kerajaan dapat masuk IPTA ke?





Golongan pelajar terpinggir inilah, yang PAS masa jadi kerajaan pun tak pandang, yang MADANI berikan peluang sekarang ni. Bodoh sikit-sikit cukup la.


Ini bodoh lagi membodohkan. Tambah dengan fitnah pulak lagi. Masa dia tak nak buat. Bila orang lain buat dia pusing cerita. Apa jenis orang la ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



JANGAM GUNA AGAMA.

 


TU SEBAB KENA@Ada sebab kenapa parti politik di sebelah dunia yang lain tak nak guna nama 'Parti Islam'... sebab perlakuan ahli politik parti Islam kerap kali memburukkan imej Islam tu sendiri....






Salam Jumaat penuh Baraqah Semua


Saya Dr Haji Muhammad bin Hj Zolkifli merupakan pemilik kepada bangunan ini. 


Ini Merupakan Bangunan yang disewa oleh Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian. Sebuah Parti Politik ISLAM *kononnya*. Bagi saya hanyalah parti yang mencemarkan kesucian nama ISLAM. 


Sejak saya pulang dari Madinah dan even sebelum sy ke Madinah dulu pun saya banyak kali mengalah dengan penyewa ini akibat tawar menawar menggunakan perjuangan ISLAM sebgai MODAL. 


bersama ini sy kepilkan juga surat-surat bahawa sewaaan telah ditamatkan beberapa kali akibat keingkaran penyewa melaksanakan tugas dan tanggunjawab sebagai pemyewa sehingga menyebabkan saya menghadapi kesukaran dan kerugian.


saman pemula akan dibuka pada minggu hadapan.



𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗦𝗢𝗨𝗡𝗗 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜: 𝗧𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧, 𝗦𝗜𝗕𝗨𝗞 𝗩𝗘𝗧𝗢 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗨𝗔𝗥



HMAD MURSI



1.  BERSATU bengang apabila Haji Hadi membuat tuduhan terbuka di media. Maka semalam BERSATU juga terpaksa menjawab melalui media.


2.  PAS selalu mengajar bahawa Islam menuntut musyawarah. Tetapi perangai Haji Hadi sendiri pelik: tidak hadir mesyuarat, kemudian menghentam dari luar dan cuba memveto keputusan secara terbuka.


3.  BERSATU kata mereka sudah beberapa kali cuba berhubung untuk mendapatkan pendirian PAS, tetapi PAS tidak memberi maklum balas jelas. Kemudian, PAS pula menuduh BERSATU bergerak sendiri.


4.  Dalam isu Perlis, Raja Perlis telah memanggil Haji Hadi dan Muhyiddin menghadap. Muhyiddin boleh hadir, tetapi Haji Hadi pula tidak dapat hadir.


5.  Setakat ini, serangan Haji Hadi masih berkisar tindakan politik BERSATU. Saya yakin, tidak lama lagi kita akan melihat serangan berbentuk hukum agama, dalil dan sirah pula untuk menggambarkan betapa “tidak Islamnya” BERSATU.


6.  Kerana bagi PAS, dalil agama sentiasa memihak kepada PAS dan bertentangan dengan musuh PAS.


7.  Pola ini berlaku dalam hampir semua pakatan politik PAS di bawah Haji Hadi, sama ada dengan PKR, UMNO, DAP dan lain-lain.


8.  Muhyiddin mungkin perlu merangkak ke rumah Haji Hadi di Rusila untuk merayu kepadanya, serta melayan dia seperti Ayatollah, kerana itulah pattern sebelum ini.


9.  Itu pun belum tentu Muhyiddin akan dilayan dengan baik. Mungkin juga diherdik seperti PMX dahulu semasa era Pakatan Rakyat.


10.  Dalam huru-hara ini, kelibat Samsuri sebagai Pengerusi PN langsung tidak nampak kerana dia hanya posmen Haji Hadi. Adanya seperti tiada.




KALAU OTAK WALAUN... TAK LEH PIKIR JAUH DAH.





 Semua perkara yang berlaku dalam negara, tidak lengkap jika tidak dikaitkan dengan perkauman 


Ajaran sebeginilah yang boleh memusnahkan keharmonian masyarakat, bukan kerana Dap.




KEH KEH KWH... RAGU RAGU..

 


Che Ibrahim



Maknanya kamu pun ragu ragu tentang sah atau tidak sembelihan tersebut atau sah atau tidak qurban tersebut. 




Kesimpulan ambo:


1. Perbuatan tembak itu satu tindakan tidak wajar dan menyalahi Akta Senjatapi. 

2. Jika lembu yang ditembak itu diyakini mati kerana disembelih, maka dagingnya halal dimakan. Jika diragui samada matinya kerana sembelih atau kerana kena tembak, maka tinggalkan apa yang meragukan, berpeganglah kepada apa yang diyakini. 

3. Adapun soal qurban, terserah kepada empunya qurban, adakah ianya sempat diniatkan qurban sebelum lembu itu mati.





APA CERITA NYA...

 


Pagi tadi bersarapan bersama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Banglo 289, Jalan Raja Chulan. 








Dalam suasana santai, kami bertukar pandangan mengenai pelbagai perkembangan semasa yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.


Sempat juga beramah mesra dengan para pengunjung lain.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#YakinMADANI




HANCUR... CUTI 4 HARI NI KERETA SAMPAI JAMM DSRI IPOB KE PENANG. HOTEL JUGA PENUH DI PENANG.... TAK DSK DUIT LA TU.

 




Jason Yew


Ada Yang Cakap Ekonomi Kita Hancur. Tapi Data Dunia Tunjuk Cerita Yang Sangat Berbeza.



Kita nampak berita ekonomi global yang suram setiap hari dan rasa tertekan itu sangat difahami. Siapa yang tidak risau dan penat secara emosi bila memikirkan kelangsungan hidup keluarga dalam zaman yang serba mencabar ini?


Tetapi, jika kita ambil langkah ke belakang sedikit dan melihat gambaran yang lebih besar, ada satu hakikat yang patut memberi kita kelegaan. Sedarkah anda, ketika mata wang negara gergasi dan jiran kita sedang terhempas, Jepun merudum -10.5%, Korea Selatan jatuh -9%, dan Indonesia menyusut -8.9%, Ringgit Malaysia sebenarnya mencatatkan pertumbuhan paling kukuh di Asia dengan peningkatan +6.7% berbanding Dolar AS sepanjang tahun lalu. 


Ini bukan nasib semata-mata. Ini adalah hasil perancangan senyap dan teliti oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Kerajaan MADANI yang bertungkus-lumus memulihkan keyakinan pelabur, menghentikan ketirisan, dan memacu dasar ekonomi yang pragmatik. Kestabilan politik yang wujud kini berfungsi sebagai benteng pertahanan yang melindungi negara kita daripada ditarik jatuh bersama arus kemelesetan global.  


Kestabilan dan pemulihan ini tidak datang bergolek; ia memerlukan masa, kesabaran, dan kepimpinan yang fokus untuk membina, bukan meruntuhkan. Usaha menyelamatkan ekonomi negara sedang membuahkan hasil untuk kita semua. Mari kita terus berikan sokongan kepada usaha Kerajaan demi mengekalkan kestabilan ini, agar masa depan ekonomi keluarga kita dan generasi akan datang terus terpelihara.


#ringgitmalaysia #malaysiamadani #anwaribrahim #anwaribrahim




PATUT KELANTAN MAJU.. AIR KOPI AUTO MASUK RUMAH.

 

Che Ibrahim



Jika Pas diberi kuasa memerintah, ambo yakin Pas mampu menjadikan ibukota Kuala Lumpur setaraf dengan Qom di Iran atau Tharim di Yaman, kalau pun tidak setaraf dengan Mekah dan Madinah. 



Tengok di Kelantan, Pas telah berjaya menaiktaraf kawasan sekitar Stadium Sultan Muhammad ke IV dari sebuah kampung (Qaryah Ramadan) kepada satu Bandaraya Ramadan ( Madinah Ramadan).



PILIHANRAYA HARUS DIADAKAN SERENTAK SWLURUH NEGARA BILA TIBA WAKTUNYA.




 PRN PERLU DIADAKAN DI PERLIS LEBIH DULU


31 Mei 2026


Selama ini kita merasakan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan  mungkin akan dilangsungkan PRN dalam waktu terdekat ini.


PRN dirancang untuk diadakan di Johor kerana tempoh lima tahun sejak pilihan raya terdahulu pada Mac 2022 sudah hampir tamat dan BN mahu mencipta momentum kemenangan sebelum PRU16 diadakan.


Oleh kerana potensi mengekalkan kemenangan dua pertiga di Johor lebih cerah berbanding Melaka, sebab itulah negeri paling Selatan itu dipilih untuk diadakan PRN terlebih dahulu.


PRN Melaka sebelum ini diadakan pada  November 2021, lebih dulu berbanding PRN Johor dan tempoh matang lima tahunnya juga berakhir sebelum ketibaan tahun baru 2027.


Tetapi, sebaimana disebut di atas bahawa oleh kerana BN lebih mudah menang di Johor, maka BN merancang PRN di Melaka harus dikemudiankan.


Apa pun, BN tetap merancang membubarkan kedua-dua DUN itu pada tahun ini.


Di Negeri Sembilan pula, berikutan krisis Undang dengan Kerajaan Negeri dan diikuti dengan 14 Adun UMNO menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun, ia paling mungkin diselesaikan dengan DUN dibubarkan dan PRN perlu diadakan.


Sidang DUN Negeri Sembilan telah dirasmikan pembukaannya pada 23 April lalu, tetapi ia kemudian ditangguhkan berikutan kebimbangan usul undi tidak percaya akan dibentangkan.


Aminuddin ada tempoh enam bulan iaitu sehingga 24 Oktober untuk mengadakan sidang DUN Negeri Sembilan, jika tidak Dewan akan terbubar secara automatik.


Berikutan belum nampak ada jalan penyelesaian dengan 14 Adun UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pula menyarankan agar diadakan PRN sebagai jalan menyelesaikan kebuntuan, besar kemungkinan DUN Negeri Sembilan akan dibubarkan sebelum Oktober ini.


Berdasarkan senario di atas, PRN di tiga negeri berkenaan hampir tidak dapat dielakkan lagi.


Begitu pun, di sela-sela penantian pilihan raya di tiga negeri berkenaan, insiden menembak lembu korban melibatkan Menteri Besar Perlis, disertai dengan kedudukannya yang sedia tiada majoriti, ia juga memerlukan penyelesaian melalui PRN di negeri tersebut.


Meskipun ada nas yang membenarkan haiwan korban ditembak, tetapi ramai mempersoalkan kewajaran ia dilakukan, tambahan lagi tidak ternampak lembu itu bertindak liar sehingga membahayakan nyawa manusia.


Ada juga yabg sinis berkata, sebelum ini bila ada program korban, yang selalu dipesan untuk dibawa ialah parang, tetapi kenapa ada yang bawa senapang?


Abu Bakar Hamzah menjadi Menteri Besar Perlis melalui tindakan tebuk atap, tetapi berikutan tiga Adun PAS bukan lagi bergelar Adun, PAS kini masih mempunyai enam Adun, sementara Bersatu hanya ada lima Adun.


Dengan itu, jika PAS mengemukakan usul undi tidak percaya, Abu Bakar hampir pasti akan jatuh tergolek.


Sidang DUN Perlis sudah ditetapkan pada 3 hingga 5 Jun ini dan Menteri Besar telah menegaskan bahawa beliau akan segera membubarkan DUN jika ada usul undi tidak percaya dikemukakan kepadanya.


Sehingga ini ada khabar pasti sama ada PAS akan mengusulkan usul tidak percaya atau tidak, tetapi berdasarkan kejadian tembak lembu korban baru-baru ini, selain hubungan dengan Bersatu makin keruh, PAS semacam ada tanggungjawab moral untuk memulihkan keyakinan awam dan mengambil semula haknya dengan memulangkan kepada rakyat siapa lebih berhak menerajui kerajaan negeri.


Yang perlu juga difikirkan, jika PAS jadi Menteri Besar, kejadian tembak lembu korban hampir pasti tidak berlaku. - ShahbudinHusin 31Mei2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1298753975581052&id=100063393840098





CUBA MU KORBAN GAJI MU SEBULAN UNTUK RAKYAT. SEMBANG NGUTUK ORANG JA PANDAI. KIOK.


Che Ibrahim



 Gaji dan elaun hampir rm30,000 sebulan pun masih meminta minta untuk berkorban kepada Allah, apalagi nak berkorban kepada rakyat.



Cuba YB korbankan sebulan gaji setiap tahun untuk membeli lembu untuk disumbangkan di Pasir Mas.



Dibawah adalah penjelasan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Kerian;





Merujuk kepada hantaran facebook Dr Muhammad yang dimuat naik di laman muka buku beliau pada pagi ini, pihak kami dengan ini menjelaskan sebagaimana berikut:


1. Perjanjian sewa bertarikh 1 September 2025 ditandatangani antara Dr Hj Muhammad (pemilik premis yang baharu) dan Penyewa untuk penyewaan premis selama satu tahun bermula 1 September 2025 sehingga 31 Ogos 2026. Manakala notis penamatan bertarikh 25 April 2026 dikeluarkan atas kepala surat Srikota Properties Sdn Bhd.


2. Dr Muhammad Hj Zulkifli secara tidak benar dan mala fide telah memuat naik hantaran mengatakan penamatan sewa melalui notis bertarikh 25 April 2026 berkuatkuasa 30 April 2026. Lima hari notis penamatan ini adalah bertentangan dengan klausa perjanjian sewa yang mensyaratkan notis dua bulan.


3. Dr Muhamad Hj Zulkifli juga telah menerima deposit sebanyak RM8700 (deposit sewa dan utiliti secara serahan hak daripada pemilik asal bangunan) dan pihak penyewa melalui peguamnya telah menuntut pemulangan deposit atas alasan penamatan awal. Namun sehingga ke hari ini deposit TIDAK DIKEMBALIKAN.


Jumlah DEPOSIT SEWA berjumlah RM8,700.00 manakala bayaran sewa bulanan hanyalah berjumlah RM2,200. Penyewa telah membuat bayaran sewa bagi bulan April 2026 pada 12 April 2026. Bayaran sewa bulan Mei ditangguhkan memandangkan pihak tuanpunya tidak memberi respon berkenaan pemulangan deposit kepada penyewa. Dr Muhammad BOLEH memotong deposit RM8,500 sebagai pembayaran sewa bulan Mei 2026 berdasarkan klausa 4(e) Perjanjian Sewa tanpa perlu halangan daripada pihak kami.


4. Dr Muhammad Hj Zulkifli juga telah menghubungi peguam penyewa pada jam 5.59 pagi 10 Zulhijjah 1447, pagi hari raya Aidil Adha untuk berbincang berkenaan penamatan sewa. Walaupun telah diminta secara baik untuk menangguhkan perbincangan bagi menghormati kemuliaan hari raya korban, beliau masih tetap menghubungi peguam penyewa pada jam 11.59 malam hari Rabu, 27 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447. Sangat tidak rasional dan waras pada waktu hari yang mulia untuk mendahulukan urusan perbincangan penamatan sewa yang hanya berjumlah RM2,200 pada hari kemenangan bagi seluruh umat Islam.


5. Bagi pihak Pusat Khidmat Parlimen Kubang Kerian, kami menyeru Dr Haji Muhammad bin Zulkifli agar tenang dalam isu ini. Begitu juga para netizen, kami ingin mengajak agar kita menghayati kisah pengorbanan Nabi Ismail kepada ayahandaNya Nabi Ibrahim dalam mematuhi perintah Allah SWT. Pusat Khidmat Parlimen Kubang Kerian sentiasa komited menjunjung janji menyempurnakan tanggung jawab membayar sewa dan begitu juga kami mengharapkan pemulangan bayaran deposit sewa kami.





FILEM KONSPIRASI ANTARA REALITI INDUSTRI FILEM DAN ANDAIAN POLITIK










Filem bermula dengan banyak skrin, kemudian tinggal sedikit. Kutipan tak capai sasaran. Penerbit sendiri sebut faktor komersial dan pemasaran. Tapi seperti biasa… bila pasaran tak menyebelahi naratif, mesti ada “tangan ghaib”, “tekanan politik” atau “konspirasi besar”...tiba-tiba muncul teori “dizalimi”, “disabotaj”, atau “ditekan pihak tertentu”.


Berdasarkan maklumat yang dilaporkan, keputusan menarik filem Konspirasi oleh penerbit dikatakan dibuat atas pertimbangan komersial, bukan kerana arahan atau tekanan mana-mana pihak.


Filem tersebut bermula dengan jumlah tayangan sekitar 120 skrin, namun menurun kepada sekitar 27 skrin dalam tempoh seminggu, dengan kutipan yang dilaporkan sekitar RM500,000. Di Singapura pula, jumlah skrin juga dilaporkan kecil.


Dalam industri filem, keadaan seperti ini bukan luar biasa. Pengurangan skrin biasanya berlaku apabila

kadar tontonan rendah, permintaan penonton tidak konsisten dan pawagam menukar slot kepada filem lebih laris


Oleh itu, keputusan menghentikan tayangan lebih awal sering dibuat sebagai langkah perniagaan untuk mengelakkan kerugian lanjut, bukan semestinya isu campur tangan luar.


Dakwaan bahawa filem ditarik atas arahan pihak tertentu tidak disokong oleh maklumat yang tersedia dalam laporan ini.


Dalam isu seperti ini, penting untuk bezakan antara fakta industri (sambutan & kutipan) dan andaian politik (tekanan atau sabotaj). 


Jika prestasi sesebuah filem tidak mencapai jangkaan pasaran, faktor yang lazim ialah pemasaran & promosi, minat penonton, persaingan tayangan dan strategi pengedaran. Bukan semua kegagalan komersial mempunyai elemen campur tangan politik atau tekanan pihak luar.


Kesimpulan


Dalam industri kreatif, keputusan penerbit biasanya berasaskan kos, pulangan dan data penonton, bukan sentimen politik. 


Oleh itu, ianya dilihat sebagai isu sambutan pasaran dan strategi pemasaran filem, bukan isu tekanan atau arahan politik tanpa bukti kukuh. Dalam industri filem, angka penonton lebih menentukan nasib tayangan daripada naratif politik.