NAK BERJUANG BEBASKAN NAJIB – PATUT PERGILAH KE RUMAH PM, BUKAN PERGI PENJARA KAJANG!!



3 May 2025


Berita Harian semalam melaporkan bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, membela nasib Najib Razak akan terus menjadi tunjang perjuangan UMNO.


Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, beliau akan terus memperjuangkan dan membela nasib bekas Perdana Menteri itu yang kini menjalani hukuman penjara.


Ahmad Zahid berkata, usaha memastikan Najib mendapat keadilan sewajarnya, termasuk diberi kebenaran menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan dalam rumah dianggap sebagai tunjang perjuangan UMNO masa kini.


Ahmad Zahid berkata, usaha ke arah itu antaranya ialah beliau bersama Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Megat Zulkarnain Omardin telah mengunjungi Najib di Penjara Kajang pada Selasa lalu.


“Kita terus diuji Allah SWT dengan pelbagai ujian antaranya yang paling besar ialah apabila mantan Presiden UMNO (Najib) masih lagi berada di belakang tabir besi… ini turut menjadi tunjang perjuangan kita.


“Selasa lalu, saya dengan Khaled Nordin dan Megat Zulkarnain bertemu dengan Bossku (Najib) di Kajang. 


“Kalau ada yang mengatakan UMNO khususnya saya ini tidak memperjuangkan nasib Najib yang dianiayai dengan sistem keadilan yang tidak memihak kepada beliau, maka saksi hidup ialah Megat Zulkarnain.


“Mereka saksi hidup yang boleh mengesahkan kita tidak akan pernah meninggalkan Najib berseorangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan dalam Bahagian Bagan Datuk semalam.


Saya tak tahu sama ada nak ketawa atau nak menangis membaca berita ini.


Menurut kata Ahmad Zahid, beliau sentiasa memperjuangkan nasib Najib dan akan terus berbuat demikian.


Contoh komitmen ke arah itu kononnya ialah dengan beliau mengunjungi Najib di Penjara Kajang bersama salah seorang Naib Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO Selangor pada Selasa lalu.


Wahai Presiden UMNO yang dikasihi, jika betul-betul nak memperjuangkan nasib Najib, sepatutnya pergilah ke rumah Perdana Menteri untuk merayu atau mendesak agar bekas Perdana Menteri itu dibebaskan.


Meskipun masih ada kes mahkamah sedang berjalan, tetapi Najib sudah diberi kebenaran ditahan di rumah melalui titah adendum Agong ke-16.


Selain itu, dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan sebelum ini, Istana Pahang sendiri telah mengeluarkan sepucuk surat yang mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut.


Inilah yang patut diperjuangkannya.


Kalau tak jalan dengan merayu, desaklah Perdana Menteri agar melaksanakan titah adendum itu tanpa banyak karenah lagi.


Bukankah UMNO/BN ada 30 kerusi Parlimen yang boleh dijadikan hujah untuk merayu dan membuat desakan?


Kalau rasa-rasa tak konfiden pergi sendirian, bawalah rombongan MT UMNO untuk berbuat demikian.


Pergi ke Penjara Kajang berjumpa Najib untuk apa?


Pergi ke Penjara Kajang bukan dapat mengubah apa-apa, paling tidak sekadar berbual dan bercakap-cakap saja.


Tetapi, jika merayu atau mendesak dengan pergi ke rumah Perdana Menteri, mungkin cahaya di hujung terowong dapat kelihatan.


Soalnya, setelah lebih dua tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernahkah Ahmad Zahid pergi ke rumah Perdana Menteri, khusus untuk menyampaikan hasrat agar Najib dibebaskan?


Kalau tak pernah, tak usahlah sembang kononnya membebaskan Najib adalah tunjang perjuangan UMNO? – ShahbudinHusin 03Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/nak-berjuang-bebaskan-najib-patut-pergilah-ke-rumah-pm-bukan-pergi-penjara-kajang/



Ini sebabnya Ketua Dewan Ulama Pas anggap hebatnya MB Kedah kuat nyanyi

 




















HarapandailyMay , 2025

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Senator Datuk Ahmad Yahya menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang kerap menyanyi dan berkaraoke sebagai orang yang “hebat”.

Beliau mengaitkan kesukaan Sanusi berkaraoke di media sosial itu dengan pendekatan dakwah.

“… tetapi di sana ada lagi sasaran-sasaran dakwah yang perlu kita dekati mereka.

“Mereka ini tidak hadir kuliah-kuliah ilmu. Mereka ini takkan hadir majlis-majlis selawat tapi mungkin mereka berada di padang-padang bola, stadium dan di media sosial yang begitu luas.

“Jadi, macam mana nak ambil (perhatian) ni?” katanya dalam sedutan rakaman video yang tular.

Walau bagaimanapun, Ahmad mengakui terdapat pihak yang kurang selesa melihatkan Sanusi berkaroke sehingga tengah malam.

 

 “Mungkin apa yang dilakukan Datuk Seri MB (Sanusi), satu sudut kita rasa kurang selesa.

“Mungkin ada anggap begitu, tak sesuai tapi satu perkara yang hebat setiap kali Datuk Seri MB kita ni ‘live karaoke ke menyanyi ke, akan ada isteri MB di sebelah. Itu kebiasaan.

“Saya dapat mengesahkannya. Cuma bila kita tengok dalam media sosial tu, tak nampak (isteri MB Kedah), yang nama dua sajalah,” kata Ahmad lagi.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) umum dikenali gemar menyanyi termasuk menyanyi secara langsung di TikTok dengan alasan bukan menjadi suatu kesalahan selagi tidak menyalahi perundangan atau agama.

Malah, dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon lalu, Sanusi dilihat gigih menyanyikan lagu “Lamunan Terhenti” bersama Aris Ariwatan.

 

‘Dewan Ulama Pas berbunyilah, tegur Sanusi walau dia MB’ – PU Syed







 


                           KETUA PEMUDA TAIK KUCING. TEGUR TAK BERANI.....WAKALIAMPUT


SITI NUR ZAWANIMay 3, 2025

Penceramah bebas, PU Syed buat kesekian kalinya menegur secara terbuka Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ekoran tular video beliau berkaraoke di sebuah majlis baru-baru ini.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, teguran kali ini mungkin teguran yang terakhir dibuat untuk pemimpin-pemimpin Islam dalam parti itu.

Katanya, adalah lebih baik sekiranya Sanusi berhenti dari menyanyi di tempat awam dan fokus kepada urusan-urusan menjaga kebajikan rakyat.

“Walaupun menyanyi (Sanusi) orang lelaki tak ada masalah. Tapi dia menjadi masalah bila mana ia dinyanyikan oleh pemimpin.

“Apatah lagi Datuk Seri adalah pemimpin dikenali sebagai panglima perang PN. Orang besar. Jawatankuasa Pas pusat. Saya ahli biasa je memang tak layak saya nak menegur.

“Apa yang saya nak sebut, nak berkaraoke buatlah sendiri-sendiri dalam rumah. Tak payah tunjuk kepada masyarakat. Saya minta Datuk Seri tak usahlah menyanyi dah. Tumpukan kepada urusan rakyat,” katanya dalam satu video dimuat naik di TikTok.

Pada masa sama, PU Syed memohon agar Dewan Ulama Pas tidak berdiam diri dan menegur kelakuan Sanusi yang dianggap tidak sesuai untuk tontonan umum.

“Kepada Dewan Ulama Pas. Berbunyi lah. Bercakaplah. Tegurlah walaupun dia seorang menteri besar.

“Orang-orang bangsawan ini kita perlu tegur dia. Kadang-kadang mereka tergelincir. Kita kena tegur.

“Bagi kami asatizah yang tidak ada apa-apa, ini nasihat kami. Datuk Seri tinggalkan benda-benda lagha macam ni. Tak perlulah menyanyi atas pentas. Tumpukanlah amal baik, baca Al-Quran untuk kita tonjolkan kepada rakyat,” katanya lagi.

 


Bersatu juga akhirnya tidak percayakan Pas


 


HarapandailyMay 3, 2025

Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor memandang kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkenaan dengan kebimbangan parti itu dalam gabungan bersama Pas dilihat sebagai langkah yang telah diduga.

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, AMANAH melihat kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan krisis ketidak percayaan rakan strategik dalam membawa agenda Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Kami sebenarnya telah menduga perkara ini akan berlaku kerana seperti yang sedia maklum, Pas sebelum ini dilihat acap kali menikam belakang rakannya dengan mengeluarkan pelbagai hukum selepas mereka tidak lagi bersama parti-parti lain.

“Sebelum ini Pas dilihat mesra dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Parti Keadilan Rakyat (PKR- Pakatan Rakyat), Tan Sri Lim Kit Siang (DAP – Pakatan Rakyat), UMNO dalam (MN) serta terkini Bersatu dan perkara yang terbaru ini telah dapat diduga sekali lagi Pas sedang mengkhianati rakannya,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Hamzah dilapor berkata, BERSATU terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO kerana kedua-dua parti berkongsi asas ideologi yang sama.

Menurut Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu, bekas pemimpin MIC dan MCA juga sudah mendaftar untuk menjadi ahli BERSATU.

 

Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata, agenda Pas di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang selama ini demi mengambil kesempatan di atas pengaruh seseorang hanya untuk mendapatkan kuasa dan kepentingan peribadi mereka sahaja.

“Namun, perkembangan ini sedikit sebanyak telah membuka mata ramai pihak berkenaan dengan hilangnya matlamat asal Pas dalam membawa agenda rakyat.

“Kini, Pas dilihat lebih kepada sebuah parti yang terlalu hendakkan kuasa semata-mata,” tambah beliau lagi.

 

‘Andainya DAP tidak bersama PH, Pas sudah pasti terjenguk nak meminang’


HarapandailyMay 3, 2025

Pas disifatkan seperti lelaki gila talak yang tergila-gila kepada bekas isterinya, kata Naib Pengerusi 1 Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed (gambar atas).

Menurutnya, hal itu dapat dilihat pada tindakan Pas memujuk rayu Umno agar sudi bersama dengan mereka kembali selain mengutuk dan mengecam DAP.

 

“… sedangkan bekas isterinya bukan sahaja tidak sudi untuk kembali kepada Pas, bahkan sedang berbahagia dengan pasangannya yang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, pelbagai “kisah duka lara politik” dilakukan Pas termasuk mencaci dan mengejek UMNO kerana enggan kembali bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

“Episod segala yang UMNO buat bersama pasangannya bukan sahaja dicemburui, tapi dikutuk dan dihentam.

“Episod bukan sahaja mengkafirkan orang Islam, bahkan orang bukan Islam pun turut dikafirkan kerana menolak Pas,” tempelaknya.

Che Ibrahim berkata, sebelum ini Pas melaksanakan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP.

“DAP yang dulunya antara rakan tahaluf sejati Pas, kini bertukar ibarat musyrikin Mekah atau Yahudi Madinah kepada Rasulullah SAW.

“Tapi andainya hari ini DAP tidak bersama PH atau meninggalkan Kerajaan Madani, esoknya sudah pasti rombongan meminang dari Pas akan terjenguk-jenguk di tangga DAP,” kata Che Ibrahim lagi.

 

Angan-angan Bersatu ganti UMNO dah berakhir, Puad cadang dua pilihan



 



HarapandailyMay 3, 2025

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan hasrat awal Bersatu untuk menggantikan UMNO sudah berakhir.

Beliau berkata demikian mengulas pengakuan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa trend pengundian dan sokongan orang Melayu terhadap parti itu hampir tepu.

“Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mengakui sokongan orang Melayu terhadap Bersatu sudah tepu. Makin lama makin merosot. Memang benar.

“Bersatu sukar untuk bersaing dengan UMNO dan Pas.

“Dua parti itu pilihan utama orang Melayu. Bersatu tidak boleh bersaing dengan UMNO dan Pas,” tegasnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang dalam wawancara bersama FMT mengakui bimbang jika PN tiada strategi lebih anjal untuk memenangi hati dan kepercayaan golongan pertengahan khususnya pengundi bukan Melayu.

Wan Fayhsal berkata, PN menang 74 kerusi Parlimen pada PRU15 sekaligus dianggapnya sebagai sokongan orang Melayu dan Bumiputera tetapi kini berkurangan kepada 68 kerusi selepas enam wakil rakyat Bersatu mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berpendapat adalah lebih baik Bersatu bersaing dengan PKR.

“Justeru, jadikan Bersatu parti berbilang kaum macam PKR. Bersatu perlu “lain dari yang lain”.

“Satu lagi pilihan terbaik ialah bubar parti Bersatu.

“Lebih baik cari warna dan cogankata lain supaya tidak nampak meniru UMNO. Barulah “lain dari yang lain”,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu lagi.

Untuk rekod, PN hanya menang tiga kawasan daripada 11 PRK yang diadakan selepas PRU15 iaitu Parlimen Kuala Terengganu dan Kemaman serta DUN Sungai Bakap.

Tujuh kawasan lagi dikuasai gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) manakala satu dimiliki Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bahkan, BN berjaya merampas DUN Nenggiri yang dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.

 


Undi PAS dapat palang parking....

PU SYED TEGUR MB KEDAH SANUSI Nyanyi Atas PENTAS, "Cukup-Cukuplah Dia ...

WALAUN MEMFITNAH! KENA SAMAN! DS SAIFUDDIN HANTAR LOD KEPADA WALAUN FITNAH!


Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution Ismail memfailkan saman terhadap seorang pengguna media sosial di Mahkamah Tinggi. Dalam pemfailan mahkamah, Saifuddin mendakwa Zubair Ismail, 43, yang dikenali sebagai ‘Tam Jebat’ di media sosial, menggunakan saluran TikTok dan Facebook untuk mencemarkan nama baiknya. Senator itu mendakwa, Zubair menuduhnya mendalangi serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas Persatuan Bola Sepak Kedah tahun lalu, antara lain dalam tiga catatan Facebook dan video TikTok. Saifuddin yang juga menteri dalam negeri berkata, kenyataan itu palsu, berniat jahat, memfitnah, dan cuba menggambarkannya sebagai seorang pemimpin yang menyalahgunakan kuasa dan tidak cukup bermoral untuk menjadi penjawat awam. Beliau berkata, kenyataan itu menjejaskan reputasi, integriti dan kerjaya politiknya, menyebabkan beliau dicemuh dan diganggu dalam talian. Saifuddin menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, serta injunksi untuk menghalang Zubair dan wakilnya daripada membuat atau mengulangi kenyataan serupa. Beliau juga mahu mahkamah memerintahkan Zubair menurunkan hantaran berunsur fitnah itu, dan ganti rugi itu termasuk faedah 5% serta kos guaman. Saifuddin berkata, salah satu hantaran yang menyinggung perasaan itu termasuk gambar dengan keterangan ‘Pokka hantaq SPRM LHDN mai serbu kelab bola Kedah. Berselerak habis sponsor’. Katanya, kenyataan itu jelas merujuk kepadanya, dan secara salah mencadangkan bahawa beliau menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri. Satu lagi hantaran Zubair di TikTok, yang ditonton lebih 65,000 kali, didakwa mengejek Saifuddin kerana memberikan sumbangan RM200,000 sekali beri kepada pemain bola sepak sempena Aidilfitri. Zubair mendakwa, tindakan itu hanya untuk menunjuk-nunjuk, berbanding bantuan bulanan diberikan oleh Menteri Besar Kedah Sanusi Nor. Saifuddin berkata, video itu juga secara palsu membayangkan beliau bertindak biadab dengan tidak melibatkan pemilik kelab ketika memberi sumbangan. Beliau juga mendapati Zubair memfitnahnya dengan mengaitkannya dengan ‘penyamun kaki sakau’ dan mencadangkan bahawa beliau memfitnah menteri besar Kedah atas dakwaan kecurian nadir bumi dan dana penyelenggaraan jalan. Saifuddin berkata, Zubair membuat dakwaan palsu dan tidak berasas dengan niat jahat, dan tidak memohon maaf walaupun diberi peluang berbuat demikian pada 4 April lalu. Katanya, beliau mengalami tekanan mental yang serius dan berdepan malu akibat tindakan ‘Tam Jebat’, dan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan. Pada 26 Mac, laporan media mengesahkan Saifuddin bertemu pemilik Kedah Darul Aman FC Daud Bakar untuk membincangkan hala tuju pasukan itu. Menteri itu kemudian menjelaskan, mesyuarat diadakan atas kapasiti peribadinya, didorong oleh minat dalam bola sepak dan pasukan Kedah. Peguam SN Nair yang dihubungi FMT berkata, writ dan pernyataan tuntutan akan diserahkan kepada defendan, manakala pengurusan kes akan diadakan pada 9 Jun.







BERTEMU BERSAMA M. NASIR.


Farhan Fauzi

 

 Saya berpeluang mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat seniman tersohor negara, Dato’ M Nasir dan rombongannya di Putrajaya.



Pertemuan ini bukan sekadar menyambung silaturrahim, tetapi turut menyentuh hal-hal kebudayaan dan peranan seni dalam membina jiwa bangsa. Dato’ M Nasir kekal sebagai sosok penting dalam dunia seni tanah air yakni seniman yang bukan sahaja berkarya, tetapi mendidik melalui lagu dan puisi. 


Insya-Allah, hasil perbincangan dan sebarang bentuk kerjasama akan terus dipergiatkan antara keduadua pihak. 


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja