HarapandailyMay 3, 2025
Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor memandang kenyataan yang dikeluarkan
oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri
Hamzah Zainuddin berkenaan dengan kebimbangan parti itu dalam gabungan bersama
Pas dilihat sebagai langkah yang telah diduga.
Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, AMANAH melihat kenyataan
tersebut dikeluarkan berikutan krisis ketidak percayaan rakan strategik dalam
membawa agenda Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
“Kami sebenarnya telah menduga perkara ini akan berlaku kerana seperti
yang sedia maklum, Pas sebelum ini dilihat acap kali menikam belakang rakannya
dengan mengeluarkan pelbagai hukum selepas mereka tidak lagi bersama
parti-parti lain.
“Sebelum ini Pas dilihat mesra dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim atau Parti Keadilan Rakyat (PKR- Pakatan Rakyat), Tan Sri Lim Kit Siang
(DAP – Pakatan Rakyat), UMNO dalam (MN) serta terkini Bersatu dan perkara yang
terbaru ini telah dapat diduga sekali lagi Pas sedang mengkhianati rakannya,”
jelasnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Hamzah dilapor berkata, BERSATU terbuka untuk bekerjasama
dengan UMNO kerana kedua-dua parti berkongsi asas ideologi yang sama.
Menurut Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu, bekas pemimpin MIC dan
MCA juga sudah mendaftar untuk menjadi ahli BERSATU.
Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata, agenda Pas di bawah pimpinan Tan
Sri Abdul Hadi Awang selama ini demi mengambil kesempatan di atas pengaruh
seseorang hanya untuk mendapatkan kuasa dan kepentingan peribadi mereka sahaja.
“Namun, perkembangan ini sedikit sebanyak telah membuka mata ramai pihak
berkenaan dengan hilangnya matlamat asal Pas dalam membawa agenda rakyat.
“Kini, Pas dilihat lebih kepada sebuah parti yang terlalu hendakkan
kuasa semata-mata,” tambah beliau lagi.
No comments:
Post a Comment