Tepat, kemas dan mantap ulasan dan jawaban balas Mahfuz Omar kepada kenyataan presiden Pas Tok Dor Hadi yang mengatkaan Umno telah mensucikan Dap dengan (UMDAP). Mahfuz memberi tamsilan tindakan Tok Dor itu seperti kuali mengatakan kawah yang hitam.
Ini kerana ujar Mahfuz sebelum Umno mensucikan Dap, ia terlebih dahulu telah disucikan sesuci-sucinya oleh Pas. Maknanya Umno mendakap Dap selepas ia dilunyai oleh Pas.
Sebelum Umno berbaik dengan Dap, Pas terlebih dahulu bermuafakat dengan Dap, selama lapan tahun dalam Pakatan Rakyat dan sebelumnya lagi.
Sebagai bekas pemimpin Pas, Mahfuz tahu akan hubungan Pas dengan Dap. Irama dan bunyi kencing Tok Dor pun dia arif.
Jadi menurut Mahfuz, penghinaan Tok Dor kepada Umno kerana berbaik-baik dengan Dap itu sebagai meludah ke langit, atau seperti menggaru punggung yang memakai kain carik saja.
Justeru boleh disifatkan kerjasama Umno dengn Dap menerusi kerajaan Perpaduan kini adalah sebagai menurut sirrah Tok Dor dan Pas itu sendiri.
Mahfuz menempelak Pas itu dalam podcats bersama Dr Ismail malam tadi. Dalam podcats itu juga Mahfuz menyatakan betapa jijik dan busuknya cara Pas mainkan isu untuk menang pilihan raya Ayer Kuning lalu sampai menjadi babi dan tahi babi sebagai modal.
Bagi Mahfuz dan Dr Ismail cara Pas kutip isu itu adalah politik yang busuk, lebih busuk daripada tahi babi yang najis itu. Trims.

No comments:
Post a Comment