AWAS BINATANG KUKU BERCAGU


AKI ROCK


Tahniah diucapkan kepada satu jenis makhluk bernama Mokhtar Dup (lihat lampiran di atas) kerana telah membuat perakuan paling berani dengan menceritakan perihal sifat dan perlakuan dirinya sendiri bersama species yang sama dengannya. Selama ini Aki Rock tertanya-tanya makhluk apakah ini. Dan akhirnya pada hari semalam (5 Mei 2020M @ 12 Ramadhan 1441H) dia sendiri mengaku dirinya adalah species anjing. Dia memang suka menyalak sebab tuan dia ialah dua orang Cina dalam Perlimen. Cina ini sangat cekap kerana pandai menjinakkan anjing-anjing liar yang sentiasa terjelir lidahnya sambil air liur menjijis keluar mencari makan. Ada anjing tua, ada anjing dewasa, ada jantan dan ada betina - semua berjaya dijinakkan.
Kepada semua manusia Aki Rock gesa agar jauhkan diri dari anjing-anjing ini terutama anjing kuku bercagu ini kerana membawa penyakit merbahaya dan kesialan. Tambahan pula anjing bercagu ini suka menunjukkan punainya kepada species yang berlawanan jantina dengannya.


Seperti biasa, macam gurunya juga nama binatang tak lekang menjadi wiridnya.
" Saya tidak bimbang dengan babi yang menyondol kerana itu memang tabiat babi. Kerana babi akan berhenti menyondol bila dia jumpa makanannya . Tapi saya bimbang bila babi ini dipakaikan kopiah atau serban untuk menghalalkan dagingnya. Kerana waktu itu babi akan terus menyondol untuk cari makan walaupun terpaksa ikut pintu belakang rumah orang".
WFAUZDIN NS
Jelebu
06 Mei 2020
Taufiq Omar, Tarmizi Mohd Jam dan 201 yang lain
50 Komen
11 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Masa terbaik untuk pengagihan kuasa Pusat kepada negeri

Masa terbaik untuk pengagihan kuasa Pusat kepada negeri



SEMBILAN daripada 13 negeri telah mengingkari keputusan yang agak tergesa-gesa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuka semula ekonomi, manakala dua lagi (Johor dan Melaka) masih belum membuat keputusan.
Bagi mereka yang mempelajari Perlembagaan Persekutuan, ini merupakan satu titik perubahan dalam perkembangan federalisme negara ini.

Ia juga saat jatuhnya air muka dan kredibiliti Muhyiddin.
Lima daripada sembilan negeri ini memihak kepada gabungan Pakatan Harapan ‘plus’ iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Sabah.
Kerajaan negeri-negeri lain, meski memihak kepada kerajaan Perikatan Nasional, turut sama bertindak bertentangan dengan keputusan kerajaan Pusat.
Sebelum ini, kerajaan Perikatan Nasional telah melakukan begitu banyak kesilapan berkait urusan negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu.
Pertama, Muhyiddin membuat pengumuman tergesa-gesa pada jam 10 malam, Isnin 16 Mac bahawa negara akan dikenakan perintah berkurung bermula 12 tengah malam, hari Rabu 18 Mac. Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri, bersekali dengan rakyat yang lainnya, dimaklumkan melalui perutusan secara siaran langsung dan bukan terlebih dahulu.
Apa yang jelas, kerajaan Persekutuan sepatutnya menghubungi kerajaan negeri, berunding dan memberi ruang bersiap sedia sebelum membuat pengumuman yang sedemikian penting kepada orang awam.
Kerajaan Negeri Johor menerima kesan yang hebat akibat ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa membuat keputusan segera tentang perjalanan mereka berulang-alik ke negara itu, sedangkan kerajaan negeri tidak dapat bertindak kerana tidak dimaklumkan lebih awal.
Pada 17 Mac, sebuah mesyuarat dengan para menteri besar dan ketua menteri diadakan. Negeri-negeri yang tidak ditadbir Perikatan Nasional dikecualikan. Langkah partisan ini tentunya mencetuskan kemarahan seluruh negara. Lantas kerajaan menyalahkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Seterusnya, kerajaan Persekutuan kini terus mengabaikan negeri-negeri dengan menjadikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai ‘kementerian super’ dalam proses tidak mengendahkan peranan pihak berkuasa tempatan.
Ketiga, entah atas sebab apa, kerajaan telah menugaskan MITI untuk membuka sektor ekonomi terpilih dan membiarkan ia menguruskan permohonan syarikat-syarikat untuk kembali beroperasi.
MITI sebenarnya tidak pernah memiliki perkakas dan mekanisme untuk menguruskan sektor selain pembuatan.
Jelas sekali, agensi yang sepatutnya menguruskan pelesenan di peringkat bawah iaitu pihak berkuasa tempatan yang pastinya tahu kedai dobi mana (contohnya) yang terletak di jalan mana dan apa situasi di tempat itu.
Kerajaan Persekutuan sepatutnya menggubal SOP untuk pembukaan semula dan membiarkan kerajaan negeri melaksanakannya melalui pihak berkuasa tempatan.
Keempat, sepanjang tempoh PKP, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dilihat bermain politik dalam pengagihan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Cara yang terbaik pastinya dengan kerjasama Pejabat Daerah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing dan bertindak melalui wakil rakyat tempatan – tanpa mempedulikan garis politik.
Kelima, tidak wujudnya pendekatan kerajaan-keseluruhan yang mencukupi, tidak kira secara mendatar atau menegak. Secara mendatar, tangan kiri kerajaan (ekonomi atau keselamatan, contohnya) tidak tahu apa yang dibuat tangan kanan (kesihatan, contohnya); dan keputusan dibuat sama ada tanpa kefahaman yang tepat tentang idea pembatasan sosial (yang mengakibatkan tangkapan besar-besaran pelarian dan migran, yang pastinya menyebabkan mereka menyorok ketakutan dan tidak menawarkan diri untuk penyaringan); atau tanpa konsultasi (termasuklah keputusan membuka kedai gunting rambut oleh Azmin Ali).
Turut dapat dilihat betapa tidak berminatnya agensi pusat untuk bekerjasama secara vertikal antara pihak berkuasa tempatan dan negeri.
Sekarang kita berbalik semula kepada ‘undi tidak percaya’ kerajaan-kerajaan negeri terhadap keputusan Muhyiddin untuk membawa ke hadapan proses pembukaan semula ke 4 Mei, berbanding tarikh sepatutnya PKP fasa empat berakhir pada 12 Mei.
Harapnya, pihak Perdana Menteri akan sedar bahawa zaman kerajaan-satu-parti lebih tinggi darjatnya daripada negeri-negeri dan perkhidmatan awam telah berakhir pada 9 Mei 2018.
Kerajaan Persekutuan pra 2018 dapat memujuk dan memaksa negeri menuruti kehendak pusat kerana Umno menguasai kebanyakan negeri. Walaupun Pas telah mentadbir Kelantan sejak 1990 dan beberapa negeri telah ditadbir Pakatan Rakyat/Harapan sejak 2008, Umno masih mampu mengawal melalui arahan Perdana Menteri kepada ketua-ketua perhubungan Umno negeri dan melalui lantikan Pusat dalam kalangan penjawat awam di negeri-negeri Pakatan.
Aspek ini dalam norma baharu politik Malaysia sudah pun berakar. Perdana Menteri Malaysia sudah tidak lagi boleh mengawal negeri dengan hanya berwasilahkan parti. Bahkan Muhyiddin pun tidak mengawal parti-parti gabungan Perikatan Nasional.
Tiada Menteri Besar atau Ketua Menteri akan mengikut arahannya, kecuali dengan paksaan undang-undang.
Sementara Muhyiddin hanya ada maksimum 113 kerusi di Parlimen – satu kerusi lebih daripada majoriti mudah – penjawat awam turut bertindak dengan berhati-hati.
Muhyiddin akan sentiasa terpaksa memujuk dan berunding.
Mempunyai sistem kerajaan di peringkat negeri dalam struktur Perlembagaan negara adalah satu rahmat yang wajar dimanfaatkan sepenuhnya.
Struktur negeri ini adalah legasi krisis Malayan Union 1946 yang menyebabkan British menggugurkan idea pembentukan sebuah negara unitari, dan sebaliknya menerima idea Persekutuan Malaya 1948.
Pun begitu, federalisme hari ini adalah lebih berpusat berbanding sewaktu ia dimulakan, terutamanya dalam segi kuasa berkanun dan kewangan. Itulah rangka kerja yang menjadi akar keputusan-keputusan salah Muhyiddin sepanjang bulan lalu.
Di India atau Australia, yang mempunyai kerangka perlembagaan yang hampir sama dengan Malaysia; pempolisan, hospital dan khidmat kesihatan serta kebanyakan institusi pendidikan adalah di bawah bidang kuasa negeri, bukan kerajaan Pusat.
Sambil kita bersiap sedia untuk satu perjuangan yang panjang, mengharungi Covid-19 akan menuntut pertimbangan semula peranan dan fungsi negeri, dan menyertakannya dalam strategi survival negara. Pengagihan kuasa dan delegasi tugasan kepada negeri adalah satu-satunya cara untuk menang dalam perjuangan ini.
Secara idealnya, dalam tahun-tahun akan datang, kerajaan Pusat akan berkongsi hasil cukai dengan negeri-negeri. Ini lebih baik berbanding keadaan di mana beberapa tahap kerajaan berkongsi pendapatan daripada hasil asli seperti minyak atau mengehadkan negeri kepada hanya hasil tanah, balak dan hartanah. Aturan sedia ada menggalakkan kerajaan negeri untuk tidak peduli tentang iklim dan alam sekitar.
Berkongsi hasil cukai yang dikumpul dalam negeri akan memberi insentif kepada negeri untuk berusaha menambah bahagiannya dalam perkongsian ekonomi negara kerana negeri mendapat manfaat secara langsung.
Ini akan memupuk koordinasi kerajaan Persekutuan-negeri dalam hal ehwal perkembangan ekonomi. Dengan bertambah baiknya ekonomi negeri, lebih banyak lah cukai untuk kedua-dua pihak negeri dan Persekutuan.
Dengan lebih banyak hasil, negeri akan seterusnya mampu memainkan peranan yang lebih besar dalam pempolisan setempat, pendidikan dan khidmat kesihatan.
Ketika kami berada di Kementerian Pertahanan, Mohamad Sabu sebagai menteri dan saya sendiri sebagai timbalannya, cuba mengajukan pemikiran baharu tentang Askar Wataniah.
Daripada sekadar menjadi pasukan simpanan sebagai tambahan kepada Angkatan Tetap dalam situasi tempur, pasukan simpanan dapat dilatih dalam tugas bantuan bencana, justeru apabila bencana berlaku di sesebuah negeri, unit simpanan yang berkenaan dapat dikerah terlebih dahulu berbanding Angkatan Tetap dan bertindak lebih dahulu ketika berlakunya bencana di peringkat negeri, seperti banjir.
Jika ini dapat dilakukan, negeri dapat berkongsi beban belanja menguruskan pasukan simpanan seperti mana kerajaan-kerajaan negeri di Amerika Syarikat membiayai sebahagian daripada beban kos pasukan National Guard, secara langsung menambah kepada semangat kerjasama antara negeri dan kerajaan pusat.
Untuk bergerak maju dalam menangani Covid-19 serta cabaran akan datang, saya ingin mencadangkan supaya lima negeri yang memihak ‘Pakatan Harapan plus’, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Sabah untuk memulakannya dengan saling berhubung dan bertindak secara satu blok bagi memberi keyakinan dan jaminan kepada orang awam.
Kerajaan Persekutuan telah menunjukkan bahawa ia tidak sebenarnya tahu bagaimana untuk mengkoordinasi, secara mendatar atau menegak, maka adalah menjadi tugas kelima-lima negeri ‘Pakatan Plus’ ini untuk bersatu merumus keputusan serta memimpin jalan ke arah norma baharu pentadbiran yang demokratik dan cekap. Tugas mereka selalunya bersifat konkrit dan tugas-tugas ini adalah teramat penting pada ketika kerajaan Persekutuan berada dalam keadaan tidak berdaya, terpecah dan keliru.
* Liew Chin Tong ialah Pengarah Strategik DAP


Umno Johor hanya mahu jawatan bukan bela rakyat

Umno Johor hanya mahu jawatan bukan bela rakyat



Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah yang menyatakan kesepakatan Perikatan Nasional (PN) telah dibuktikan dengan pelantikan beberapa nama wakil rakyat dan pimpinan parti PN sebagai pengerusi GLC.
Perkara itu disanggah oleh, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Noor Khalim Sakib, yang mendakwa ternyata perjuangan Umno hari ini hanyalah demi jawatan bukan memperjuangkan nasib rakyat.
Katanya, perkara itu berbeza ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Johor yang mendahulukan rakyat sehingga janji di dalam manifesto PH berjaya diselesaikan dalam masa 16 bulan.
“Manifesto yang dibawa oleh PH sebelum ini lebih menumpukan permasalahan yang dialami rakyat. Sekiranya dilihat seperti perlaksanaan Universiti Johor, Kad Sihat, Tender Terbuka, Undi Rumah Mampu Biaya (RMB) secara telus dan bermacam lagi menggambarkan komitmen PH.
“Mana mungkin selepas dua bulan memerintah negeri ini, perbincangan Umno yang mengetuai PN hanya membincangkan soal GLC atau penjawatanan di dalam kerajaan negeri.
“Perkara ini jelas menggambarkan yang selama ini Umno hanya bersandiwara mempermainkan rakyat demi kepentingan masing-masing,” jelasnya ketika dihubungi.
Beliau turut menyatakan bahawa apa yang dinyatakan oleh Pemuda Umno tersebut sememangnya suatu kenyataan yang khianat terhadap rakyat.
Tambahnya, kenyataan tersebut seperti mereka sedang membahagikan kekayaan negeri kepada golongan mereka sahaja tanpa ada sebarang gerak kerja membela rakyat khususnya bangsa Melayu di negeri ini.
“Selama ini slogan membela Melayu hanya kosmetik mereka untuk mendapat kuasa dan setelah mereka mendapat kuasa perkara yang timbul adalah berkenaan dengan penjawatanan. Slogan membela Melayu akhirnya pudar.
“Jika ukuran mereka hanyalah penjawatanan dalam GLC dan jawatan lain dalam kerajaan negeri, ternyata ia sama sekali rapuh kerana mereka membina kesepakatan hanya dengan kuasa dan jawatan.
“Kita boleh katakan bahawa kenyataan Pemuda Umno itu menggambarkan betapa tidak stabilnya kedudukan PN dan Umno di negeri ini mulai tergugat dengan agenda yang mereka aturkan sendiri,” jelasnya lagi.


KKM buat laporan polis berhubung fitnah berkaitan isu kontrak RM30 juta

KKM buat laporan polis berhubung fitnah berkaitan isu kontrak RM30 juta

KKM buat laporan polis berhubung fitnah berkaitan isu kontrak RM30 juta

LANGGAR PKP - ADA JENAYAH DUA DARJAT?













Dua orang kenamaan (VIP), Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Dr Noor Azmi Ghazali dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria juga dikenakan denda RM1,000 oleh mahkamah. Apa yang menjadi soalan ialah kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berkata ada hukuman yang hanya dikenakan denda maksimum RM1,000 berikutan individu terbabit melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam PKP. Ismail Sabri merujuk kepada kes Timbalan Menteri dan EXCO Perak terbabit yang masing-masing dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 oleh mahkamah. Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Sidang Parlimen 2019 | Live Talk Show Bicara Najib Razak | Live Talk Show Bicara Yb Khalid Samad

JANGAN REMEHKAN PENCEROBOHAN KAPAL CHINA!










Sebelum itu, bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Dato' A. Kadir Jasin berkata, secara kebetulan sebaik saja Tiong dilantik sebagai Duta Khas bertaraf Menteri, China menghantar dua buah kapal masuk Zon Ekonomi Eksekutif (EEZ). “Ini kerja dia lah. Selesaikan isu rumit dengan China. Bukan nak bangga dengan kedudukan dan ganjaran saja,” tulisnya dalam catatan Facebook semalam. Namun, King Sing menempelak teguran bekas Wartawan tersebut. Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Sidang Parlimen 2019 | Live Talk Show Bicara Najib Razak | Live Talk Show Bicara Yb Khalid Samad

RENTASAN 674 | PANAS!!! INI TEGURAN PIMPINAN TERTINGGI UMNO TERHADAP AZMIN ALI?



MENARIK DALAM RENTASAN 674 1. PKPB- KERAJAAN NEGERI DIUGUT? 2. BERSATU TIADA PILIHAN, KATA MUKHRIZ 3. TAUKE DIARAH HENTI AMBIL WARGA ASING 4. DANGKALNYA KERAJAAN PINTU BELAKANG!


DULU PAS MAHU HUKUM MATI PEMANDU MABUK?

TOK MAT LEBIH BERMARUAH DARI LEBAI PAS?

SPRM SIASAT SEGERA PENYELEWENGAN DI KEMENTERIAN KESIHATAN – AKMAL

PAS JOHOR TAK YAKIN MENANG JIKA BUBAR DUN?