DR STRERAM AKUI BELIAU CALON ‘UNDERDOG’ TAPI BERJANJI AKAN BERUSAHA KERAS

Malam ini di Kg Sendayan.. Mohon bantu SEBAR!








Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Dr S Streram, yang dinamakan semula sebagai calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau 30 Mac ini, berazam untuk membuktikan keupayaan diri dalam memberi kemenangan bermakna kepada PH, khususnya di peringkat negeri.
Pakar bius berusia 60 tahun itu diberi peluang kedua sebagai calon PH, setelah sebelum ini dinafikan haknya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas selepas dihalang masuk ke pusat penamaan calon ekoran ketiadaan pas Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Ini peluang kedua saya dan saya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk menang. Saya tidak mahu memandang rendah kepada lawan atau terlalu yakin untuk menang dalam PRK ini, tetapi perkara ini bukan yang seharusnya saya fikirkan sangat.
“Saya yakin akan menang tetapi keutamaan saya adalah untuk memberi tumpuan dalam meyakinkan pengundi Dun Rantau mengapa mereka perlu memilih saya,” katanya dalam temu bual bersama Bernama baru-baru ini.
Beliau berpendapat pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri yang diterajui PH merupakan antara faktor yang memberi kelebihan kepadanya untuk menang.
“Saya tidak rasa PRK ini memberi tekanan kepada saya berbanding PRU14 yang mana ketika itu sepatutnya saya bertemu dengan lawan saya iaitu seorang menteri besar (Mohamad Hasan yang kini merupakan bekas menteri besar),” katanya.
Malam tadi, Mohamad mengumumkan akan mempertahankan kerusi Dun Rantau pada PRK 13 April ini.
Menyedari Dun Rantau merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) selama ini, Dr Streram yang lebih gemar menggelarkan diri sebagai calon ‘underdog’ berkata corak kempen yang lebih agresif akan dilakukannya bagi memastikan kemenangan dicapai.
“Saya dan jentera PH akan berusaha keras menawan hati pengundi walaupun saya merupakan calon underdog setakat ini saya boleh katakan peluang adalah pada sekitar 50-50,” katanya, dan menambah, setakat ini pihaknya telah merangka lebih 10 program setiap hari sepanjang kempen PRK berkenaan.
Dun Rantau yang memiliki keluasan 15,960.74 hektar, mempunyai seramai 20,926 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat orang pengundi tidak hadir luar negara.
Daripada jumlah tersebut, 55.11 peratus atau 11,283 adalah pengundi Melayu, Cina (18.80 peratus atau 3,849), India (26.06 peratus atau 5,336) dan lain-lain (0.02 peratus atau empat).
Dun Rantau memiliki kelompok pengundi dewasa yang ramai berumur 40 hingga 59 tahun iaitu 8,538 atau 40.37 peratus, diikuti golongan pengundi belia yang berumur 21 hingga 39 tahun iaitu 7,589 orang atau 36.26 peratus, serta warga emas yang berumur 60 tahun ke atas 4,799 atau 22.94 peratus.
Menyifatkan persaingan PRK berkenaan sebagai sengit, Dr Streram berkata pelbagai strategi dirangka termasuk menggunakan pengalamannya sebagai pakar bius sepenuhnya bagi menambat hati pengundi.
“Saya berasal daripada keluarga miskin dan saya faham apa itu kesusahan. Jadi saya akan gunakan pengalaman saya sebagai doktor untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Rantau dan saya rayu pengundi untuk menilai dahulu perbezaan antara PH dan BN,” katanya.
Bagi PRK Dun Rantau, bapa kepada tiga orang anak itu berkata lima agenda yang akan diketengahkannya sebagai misi dan visi sekiranya terpilih menjadi wakil rakyat adalah pembinaan lebih banyak rumah mampu milik; peluang pekerjaan; kemudahan kesihatan; mengurangkan kawasan banjir; serta ekonomi.
PRK Dun Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi Dun berkenaan pada PRU 14, terbatal dan tidak sah.
Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan pada ketika ini, komposisi di Dewan Undangan Negeri (Dun) ialah 20 kerusi dikuasai PH manakala baki 16 kerusi dimiliki BN.
PRK Dun Rantau adalah PRK ketujuh selepas PRU14 pada Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di Dun Sungai Kandis pada 4 Ogos 2018, Dun Balakong dan Dun Seri Setia (8 September 2018), Parlimen Port Dickson (13 Oktober 2018) dan Parlimen Cameron Highlands (26 Januari 2019) serta Dun Semenyih (2 Mac).

SAIFUDDIN NASUTION DEDAH HUTANG FELDA KINI RM8 BILION



Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalaman

Pedih namun inilah hakikat yang mesti peneroka Felda telan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan hutang Felda kini berjumlah RM8 bilion.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, dalaman


Bercakap di hadapan para peneroka Felda Sendayan di sebuah kedai makan dalam Dun Rantau, beliau menyindir bekas perdana menteri yang disingkirkan, Najib Razak yang gah mengaku bossku namun hakikatnya peneroka Felda yang kini sengsara.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan luaran

Tanpa berselindung, beliau turut menyalahkan Najib kerana melantik Isa Samad selaku pengerusi Felda hingga rosak punah institusi orang Melayu itu.
Kedudukan kewangan Tabung Haji pula lebih buruk apabila laporan audit mendedahkan kerugian yang dialami dana orang Islam itu tiga kali ganda berbanding Felda.
Usaha kerajaan memulihkan pasaran minyak sawit mula membuahkan hasil apabila negara-negara pengimport memudahkan kelulusan mengimport ke negara masing-masing.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk, meja dan luaran

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; calon Pakatan Harapan bagi PRK Dun Rantau, Dr Streram Sinnasamy dan pimpinan tempatan.
Alhamdulillah sambutan dari masyarakat peneroka memuaskan.
———
Layari laman media sosial rasmi Pakatan Harapan PRK Dun Rantau:

UCAPAN ANWAR DI DOHA

https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/1031762507014794/


https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/1031762507014794/?t=0



Kemiskinan dan kesenjangan kian membimbangkan. Dijangkakan pada tahun 2030, satu peratus golongan terkaya akan menguasai dua pertiga kekayaan dunia.
Maka kewangan Islam harus kembali kapada landasan maqasid syariah dan merangka dasar yang akan memberi menfaat kapada rakyat terbanyak.



https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/1031762507014794/?t=31

SYABAS NURUL IZZAH…..

Sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar semalam mengumumkan perletakan jawatannya sebagai anggota PAC.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berbuat demikian berikutan perubahan pendirian PH, terutamanya berikutan kenyataan Perdana Menteri selepas Pengerusi PAC sedia ada, Ronald Kiandee menyertai Bersatu.
Salah satu janji manifesto PH ketika kempen PRU14 ialah melantik Pengerusi PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara daripada kalangan pembangkang dan untuk itu, Ronald Kiandee daripada UMNO telah dilantik memegang jawatan tersebut selepas PH berjaya menumbangkan BN buat pertama kali pada pilihanraya 9 Mei 2018 lalu.
Bagaimanapun selepas Ronald Kiandee memilih menyertai Bersatu, Tun Mahathir Mohamad turut berubah pendirian dengan mengatakan tidak perlu bagi Ahli Parlimen Beluran itu melepaskan jawatannya.
Alasan Tun Mahathir ialah PH sudah pun menunaikan janji manifestonya ketika mula melantik Ronald Kiandee dulu, namun katanya, “apa PH boleh buat apabila Ahli Parlimen tersebut memilih untuk menyertai parti kerajaan.”
Hujah Tun Mahathir ini bukan saja mengecewakan, malah seperti mempermain-mainkan janji PH sendiri, sedangkan mengisi orang baru mengisi jawatan PAC itu disebabkan tindakan beralih kiblat politik bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan.
Mengapakah Tun Mahathir tiba-tiba jadi tidak setia lagi kepada janji PH sendiri?
Tetapi dengan perletakan jawatan Nurul Izzah menjelang mesyuarat PAC dalam waktu terdekat yang akan membuat pendirian sama ada mahu melantik peneraju baru atau mengekalkan Ronald Kiandee, pujian harus diberikan kepadanya yang pernah digelar Puteri Reformasi sebelum ini.
Isyarat daripada perletakan jawatan beliau ini adalah sangat jelas iaitu PH mesti kembali kepada janji manifestonya semula.
PH ini tertegak dan berjaya menjadi kerajaan bukanlah disebabkan oleh Tun Mahathir seorang diri, tetapi kerana perjuangan pemimpin-pemimpinnya gabungan itu melaungkan pembaharuan dalam negara sejak tahun 1998 lagi.
Untuk itu, mereka yang berjuang daripada awal hinggalah sekarang mesti kekal dengan prinsip menegakkan perjuangan reformasi tersebut.
Ini kerana perjuangan reformasi telah diterima oleh majoriti rakyat dan mereka berharap ia benar-benar dijadikan kenyataan dalam negara ini.
Perlantikan Pengerusi PAC daripada kalangan pembangkang hanyalah salah satu daripada pembaharuan yang dijanjikan oleh PH demi tadbir urus serta semak dan imbang yang lebih baik dalam kerajaan.
Jika jawatan itu gagal dikembalikan kepada pembangkang, bererti PH akan lebih teruk daripada BN dahulu kerana selain Pengerusi PAC datang daripada Betsatu, timbalannya pula adalah daripada DAP. Semasa BN, walaupun peneraju PAC adalah parti kerajaan, tetapi timbalannya adalah pembangkang.
Reformasi apa jika begitu keadaannya?
Banyak lagi pembaharuan atau reformasi yang dijanjikan yang sedang ditunggu atau diperhatikan rakyat sama ada PH benar-benar jujur mahu melaksanakannya atau tidak.
Dalam hal ini, sikap dan tindakan Nurul Izzah adalah terpuji dan syabas diucapkan kepadanya.
Janji pembaharuan kepada rakyat adalah jauh lebih utama daripada kedudukan dan beliau sanggup melepaskan jawatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan agar apa yang pernah dijanji dahulu benar-benar ditunaikan apabila kuasa sudah ada dalam genggaman.
Harus lebih ramai dalam PH yang berani dan sanggup berbuat seperti Nurul Izzah ini bagi memastikan PH dapat mentadbir negara ini dengan lebih lama lagi.
Tun Mahathir sudah mencecah umur 94 tahun sekarang ini, usianya mungkin tidak berapa lama lagi di dunia ini.
Tetapi, yang jauh lebih penting, baik ada Tun Mahathir atau tidak, PH ini perlu terus bernyawa dan berada di hati rakyat Malaysia sebagai kerajaan yang mendapat kepercayaan.
Untuk itu, selagi ramai yang ada jiwa seperti Nurul Izzah ini, maka selagi itulah PH akan terus jadi pilihan rakyat kerana sikap beliau adalah aminan segala janji dan pembaharuan benar-benar suatu keutamaan.
Syabas Nurul Izzah kerana berani memulakannya. (Shahbudindotcom 23/03/2019)

KJ MALU UMNO SAMSENG HADAPI BANTAHAN AMAN

DAIM BERJAYA KURANGKAN KOS ECRL RM10 BILION?

KEMATIAN ADIB MUNGKIN AKIBAT KEMALANGAN – PAKAR FORENSIK

PROGRAM CUTI SEKOLAH PARLIMEN PORT DICKSON



Program cuti sekolah anjuran Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Dato Seri Anwar Ibrahim dengan kerjasama Persatuan STEAM Malaysia ini akan berlangsung pada 31 Mac 2019 di Pusat Interaktif Port Dickson, PD Marina.
Ahli Parlimen Port Dickson - YB Anwar Ibrahim
22 jam
Mari sertai 'Ayuh Terbang Tinggi', sebuah program untuk pelajar darjah 5 dan 6 meneroka sains disebalik bagaimana pesawat boleh terbang!
Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan disediakan sepanjang program dengan pelbagai hadiah menarik. Peserta juga dapat bersembang secara langsung dengan Pilot, Jurutera dan Pramugari untuk berkongsi pengalaman dan memberi mereka inspirasi untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
Program cuti sekolah anjuran Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Dato Seri Anwar Ibrahim dengan kerjasama Persatuan STEAM Malaysia ini akan berlangsung pada 31 Mac 2019 di Pusat Interaktif Port Dickson, PD Marina.
Pendaftaran percuma namun tertakluk kepada 40 peserta terawal sahaja. Pendaftaran online boleh dilakukan dicapaian https://goo.gl/forms/0uQ29r60bdEaw5JE3
Sebarang maklumat lanjut sila layari www.pesawatimpian.wordpress.com atau Whatsapp Sdr Zulfadzli di 0192717548.
Isi aktiviti cuti sekolah anak-anak anda dengan aktiviti berfaedah, daftarlah sekarang!
Ayuh terbang tinggi!


KENAPA DAIM KE CHINA? APA JAWATAN BELIAU SEBENARNYA?






SEPATUTNYA GUAN ENG ATAU AZMIN, BUKANNYA DAIM….




Kerajaan nampaknya tidak ada pilihan lain selain meneruskan projek ECRL atau Laluan Keretapi Pantai Timur berikutan terikat dengan perjanjian dengan China, selain tidak mahu berlaku pembaziran kerana sebahagian kerja-kerja telah pun dilaksanakan.
Bagaimanapun, kerajaan mahu melaksanakannya dalam kos yang munasabah lantaran jumlan RM55 bilion yang dipersetujui sebelum ini dianggap terlalu tinggi dan akan membebankan kerajaan dalam jangka panjang.
Sehubungan itu, rundingan dengan China akan dilakukan bagi tujuan tersebut.
Dalam hal ini, Tun Mahathir Mohamad mengumumkan di Parlimen berhubung perlantikan Tun Daim Zainuddin sebagai utusan khas untuk melakukan rundingan dengan China itu.
Kata Tun Mahathir, Tun Daim dipilih berasaskan kebolehan tertentu yang ada padanya kerana apabila berunding, kita perlu ada orang yang berupaya diterima dengan selesa oleh pihak lain.
“Kita pilih orang yang lebih berkelayakan dan berkebolehan untuk berunding dengan China supaya keputusan menang-menang dapat dicapai akhirnya,” jelas Perdana Menteri lagi.
Soalnya, kenapa Tun Tun Daim?
Mengapa tidak Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan atau Azmin Ali yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang dipilih untuk mengetuai rundingan dengan China itu?
Apakah kedua-dua menteri kanan itu tidak berkelayakan untuk berunding dengan China atau mereka kurang dipercayai oleh Tun Mahathir?
Oleh kerana ECRL adalah projek kerajaan, seharusnya menteri kanan iaitu sama ada Guan Eng atau Azmin atau kedua-duanya secara bersama yang patut dilantik mengetuai rundingan itu berbanding Tun Daim yang tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Lagi pun, Azmin misalnya telah pun dilantik mengetuai rundingan bagi pihak kerajaan dengan negara jiran kita berhubung Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur ke Singapura.
Bermakna, jika Azmin boleh dipilih untuk berunding dengan Singapura, mengapa beliau bersama Guan Eng tidak boleh dilantik untuk berunding dengan China?
Apa kurangnya mereka?
Apakah pengalaman Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal dan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini tidak cukup layak untuk mereka dilantik mengetuai rundingan dengan China?
Selain itu, jika sehingga sekarang pun Tun Mahathir lebih mempercayai Tun Daim berbanding menteri-menteri kabinetnya sendiri, bila lagi mereka itu mahu belajar dan menimba pengalaman sendiri dalam soal rundingan di peringkat yang lebih tinggi?
Ini kerajaan PHlah, janganlah asyik-asyik Tun Daim saja yang diberi keutamaan!! (Shahbudindotcom 20/03/2019)

ANWAR LANCARKAN PUSAT KHIDMAT GUAMAM DI PARLIMENNYA



Khidmat Guaman Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson
20 Mac: Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Port Dickson telah menganjurkan Program Khidmat Guaman (Legal Aid) bagi membantu rakyat Port Dickson dari aspek perundangan. Perkhidmatan nasihat dan rundingan mengenai undang-undang sivil diberikan secara percuma.
Ahli Parlimen Port Dickson - YB Anwar Ibrahim
8 jam
Khidmat Guaman Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson
20 Mac : Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Port Dickson telah menganjurkan Program Khidmat Guaman (Legal Aid) bagi membantu rakyat Port Dickson dari aspek perundangan. Perkhidmatan nasihat dan rundingan mengenai undang-undang sivil diberikan secara percuma.
Program yang berlangsung pada setiap bulan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sesi kali ini telah menarik ramai orang untuk bertemu dengan peguam sukarelawan dan mendapat khidmat secara percuma di Pusat Khidmat Rakyat Port Dickson.
Untuk sebarang pertanyaan hubungi Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Port Dickson di talian 066510933.
-
Dapatkan Makluman Serta Informasi terkini Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Port Dickson melalui sumber berikut:
Telegram: t.me/anwar4pd