LUPA ORANG LAMA JATI DIRI DALAM PARTI. ITU KELEMAHAN PKR.

 






Sebagai ahli yang masih bersama parti, saya merasakan sudah tiba masanya pimpinan melakukan muhasabah secara jujur terhadap keputusan pilihan raya.


Jika benar mahu mengembalikan keyakinan rakyat dan mengekalkan tampuk pemerintahan, jangan sekadar mencari kambing hitam atau menukar pasukan komunikasi seperti Ceplos. Penilaian perlu dibuat secara menyeluruh terhadap pelantikan politik, jentera komunikasi termasuk JKOM, serta mereka yang memegang jawatan politik di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan.


Lebih penting, pimpinan perlu menilai semula pendekatan kompromi politik yang dilihat terlalu mengutamakan kepentingan UMNO/BN sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong asal parti. Ramai ahli dan penyokong merasakan suara akar umbi semakin diketepikan, sedangkan mereka yang bekerja keras membina parti sejak dahulu mengharapkan prinsip reformasi terus dipertahankan.


Teguran ini bukan kerana benci kepada parti, tetapi kerana masih sayang dan mahu melihat parti kembali mendapat kepercayaan rakyat. Kesetiaan kepada parti tidak bermaksud kita perlu berdiam diri apabila melihat kelemahan. Kesetiaan sebenar ialah berani menegur agar parti kembali kepada perjuangan dan prinsip yang menjadi asas sokongan rakyat.




No comments: