PI CERITA KE PAK CIK FELDA BAB SAHAM...MANA TAK KENA PUSING. BILA KATA KENA BAYAR 1 BILLION MEREKA MANA NAK FAHAM. ?. MEREKA HANYA TAHU DAN FAHAM DUIT JUAI MASUK KELUAR. BAB KENA JUAI SAHAM MEREKA TAK TAHU .HUHUHU...


Norman Daud












 Bila DS Anwar Ibrahim  sebut pasal hutang Felda yang kerajaan terpaksa tanggung hampir RM1billion setqhun, mereka kata PMX nak salahkan Najib..dah memang betul keputusan Najib tubuhkan FGV adalah antara punca kenapa felda yang begitu kuat kewangannya boleh jadi agensi yang tak mampu bayar hutang.


Lepas tu dikatakan pula cari salah kerajaan lama, dah korang ungkit salah kerajaan masa jadi pembangkang dulu tu..  habis diungkit manifesto yang dah berpuluh tahun dulu yang dah tak relevant boleh pulak?


Isu felda ni bukan isu kecil yang boleh disuruk bawah karpet. Kerajaan hari ini menangung Rm1billion setiap tahun sehingga 2033 untuk bayar balik hutang felda. Itu fakta dan realitinya.


Sebelum tahun 2012, Felda Holdings Bhd (FHB) ialah "lubuk duit" dan tunjang keuntungan komersial seluruh kumpulan FELDA. Syarikat ini menguruskan perniagaan hiliran yang sangat menguntungkan: kilang penapisan sawit, logistik, pemasaran, dan pembekalan baja. 


Pada masa tu Koperasi Permodalan Felda (KPF) memiliki 51% saham majoriti dalam Felda Holdings, manakala FELDA (induk) memiliki baki 49%. Ini bermakna, peneroka melalui koperasi adalah "bos" dan pemilik sebenar rantaian perniagaan yang paling untung itu. Untung besar hiliran dipulangkan terus ke poket peneroka dalam bentuk dividen KPF yang konsisten tinggi (sekitar 10% hingga 15% setiap tahun).


Apabila FGV ditubuhkan untuk disenaraikan di bursa saham, FGV memerlukan aset yang kukuh untuk menarik pelabur luar. Oleh itu, pegangan 51% milik KPF dalam Felda Holdings itu telah diambil alih dan dipindahkan ke dalam FGV.

Kesannya.. peneroka kehilangan pegangan langsung ke atas anak syarikat yang paling untung tersebut. Hak milik mereka "dicairkan" menjadi saham FGV yang terdedah kepada turun naik pasaran saham global.


Antara kesilapan struktur terbesar semasa penubuhan FGV adalah pembahagian fungsi melalui Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) selama 99 tahun.


Di bawah LLA, FELDA menyerahkan pengurusan kira-kira 350,000 hektar tanah estet komersial mereka kepada FGV untuk diuruskan.Sebagai balasan, FGV sepatutnya membayar pajakan tetap RM248 juta setahun beserta 15% daripada keuntungan operasi ladang kepada FELDA induk.


Masalah Sebenar timbul apabila Kadar pulangan LLA ini rupa-rupanya tidak cukup untuk menampung tanggungjawab sosio-ekonomi FELDA induk. FELDA induk masih perlu menanggung kos kebajikan peneroka, penyediaan infrastruktur di rancangan, pengurusan komuniti, dan yang paling parah --> kos pembiayaan tanam semula sawit.


Akibat poket FELDA induk kering disebabkan aliran tunai yang dah berpindah ke FGV, FELDA induk terpaksa membuat pinjaman berbilion ringgit daripada institusi kewangan untuk terus hidup. Inilah permulaan titik hitam di mana FELDA menanggung beban hutang yang kritikal.


Dan jangan kita buat buat lupa semasa FGV disenaraikan pada harga RM4.55 (IPO kedua terbesar di dunia pada tahun 2012), satu "durian runtuh" (pinjaman/peruntukan khas) diberikan kepada peneroka untuk memiliki saham FGV.


Kerana model perniagaan FGV selepas itu sarat dengan kos pengurusan korporat yang tinggi (gaji pengurusan tertinggi, kos operasi bursa) serta pelaburan luar negara yang tidak mendatangkan hasil segera (seperti pembelian pegangan dalam Eagle High Plantation di Indonesia pada harga yang dipertikaikan terlalu mahal), prestasi kewangan FGV merosot dengan teruk.


Harga saham FGV pula menjunam jatuh daripada RM4.55 ke bawah paras RM1.00 dalam beberapa tahun selepas itu dan impaknya jatuh atas kepala Peneroka.. Dividen daripada FGV sangat ciput berbanding zaman FHB/KPF dulu. Lebih malang lagi, sebahagian peneroka terpaksa menanggung hutang pinjaman bank yang digunakan untuk membeli saham IPO tersebut, manakala nilai aset (saham) mereka sudah pun hangus mengecil.


Matlamat asal FELDA di bawah Tun Abdul Razak adalah pembangunan sosial dan pembasmian kemiskinan tegar luar bandar (Social Engineering). Sebuah agensi yang menjaga kepentingan rakyat dan negara ianya tidak boleh diletakkan di bawah acuan entiti korporat tersenarai yang matlamat utamanya adalah memuaskan hati pemegang saham minoriti di Bursa Malaysia dan mengejar kecekapan keuntungan komersial semata-mata.


Apabila FGV perlu mematuhi standard korporat bursa saham, kebajikan peneroka (seperti pinjaman sara hidup masa menunggu hasil tanam semula, subsidi baja, dan bantuan perumahan generasi kedua) tidak lagi menjadi keutamaan dalam metrik perniagaan FGV. Tugas itu dipulangkan bulat-bulat kepada FELDA induk yang sudah pun kehilangan punca pendapatan utamanya (Felda Holdings).


Itu belum ditambah lagi dengan hasil laporan Kertas Putih FELDA yang menyatakan masalah aliran tunai berpunca daripada pelaburan yang agresif dan tidak memberi pulangan seperti dijangka oleh FGV.


Ya.. niat tu mungkin betul.. tapi bila wujud watak watak kaki sakau dalam Felda yang menyebabkan pentadbiran FGV dan Felda gagal itu yang menyebabkan apa yang berlaku hari ini.


Jadi nak salahkan siapa?


Kerajaan masa tu lah.. dan kerajaan hari ini terpaksa membersihkan sisa t**k yang ditinggalkan.





No comments: