Kalau mangkuk macam ni memang dah boleh gelar 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸. Tapi sebab aku tak sejahil walaun, aku tak berapa seronok nak gelar mereka munafik. Sebab tu aku kata mereka ni 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸.
Mereka 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗴𝗮𝘆𝗮 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸. Iaitu menjual ayat agama demi menang pilihanraya.
Beri PAS kuasa dan PAS akan laksanakan Islam?
Kalau sebelum PRU14 dulu boleh main ayat ni. Tapi sekarang 2026 dah lebai oi. PAS dah 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻.
33 bulan lamanya. Punya lama, kalau bini lebai boleh sempat beranak 3 kali! Tapi dalam tempoh selama tu Islam apa yang pernah lebai laksanakan. Hudud? Mimpi la. RUU355 pun 𝗴𝗵𝘂𝘆𝘂𝗯.
Yang ada arak 𝗷𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗧𝗶𝗺𝗮𝗵 diberi kebenaran untuk diteruskan jualan. Yang ada judi dinaikkan daripada 8 kali ke 22 kali. Ya, boleh je nak tai chi ke orang lain Tai PAS sebagai sebahagian daripada pemerintah, sekelumit pun tak melawan. 𝗕𝗮𝗰𝘂𝗹!!!
Masa tu, PAS boleh je ugut kalau tak laksana Islam PAS keluar daripada kerajaan. Semua takut sebab PAS paling banyak kerusi. Tapi tak. Kenapa? Sebab lebai lebih pentingkan jawatan daripada laksanakan Islam.
Malah masa tu siapa sebut tentang hudud dikatakan 𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻. Nak laksana Islam pebenda begitu?
Islam mengutamakan 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Tapi masa PAS dalam kerajaan, rakyat lalui hidup 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮. Telur hilang dalam pasaran. Atas sebab itu, bila ada pun jadi mahal.
Ayam harga melambung. Minyak masak mahal gila. Rakyat hilang kerja. Nasib baik la PAS jatuh kalau tak bil elektrik pun akan naik. Taki dah sebut kat dalam parlimen dah pasal bil elektrik ni.
Sebab tu masa PAS dalam kerajaan, kes bunuh diri meningkat begitu ketara.
Tak payah la cerita kerajaan pusat. Kerajaan negeri pun hancur. Kedah dan Terengganu. Dah 2 penggal pegang. Islam tara mana sekarang? Dengar cerita siap ada 𝗣𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗦𝗼𝗻𝗴𝗸𝗵𝗿𝗮𝗺 lagi.
Tak cerita tentang keperluan rakyat. Air, jalanraya dan banyak lagi. Semua PAS gagal sediakan. Bukan cara Islam tu. Peluang pekerjaan pun tak mampu nak adakan sampai walaun terpaksa berhijrah.
Nak kata dianak tirikan? Selangor dan Pulau Pinang tu berbelas tahun jadi 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 masa UMNO memerintah. Boleh je maju? Padahal negeri tu tak ada sumber minyak pun.
PAS pun mungkir janji nak 𝗵𝗮𝗽𝘂𝘀 𝗣𝗧𝗣𝗧𝗡. Itu janji PAS eh. 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗵𝗮𝗿𝗶𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽. UMNO tak janji apa. PH janji nak tangguh bayaran sampai gaji naik RM4 ribu. PAS janji hapus PTPTN. 33 bulan, satu apa pun tak sentuh tentang PTPTN.
Lagi nak cerita beri PAS kuasa dulu? Masa 33 bulan tu bukan dah ada kuasa ke?
Ooo... Masa tu PAS bukan ketua eh? Masalahnya PAS 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮. Kerusi paling banyak pun bagi parti parasit jadi PM. Ketua Pembangkang pun tak berani nak terima.
Eleh. Nak lantik 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗡 pun berbulan lama. Lagi nak jadi PM. Sebab tu aku kata ini semuanya tipu je. Berpolitik gaya munafik. Bukan nak laksana Islam pun. Nak kuasa. Sebab kuasa jalan segera nak jadi kaya. Guane boh?
Raja Gelap II
.

No comments:
Post a Comment