Fadli Saari
Saya tengok ada komen dari seorang peminat setia saya, dia kata saya full of crap 😅
Dia begini kak, saya tak defend pun Exco Terengganu tu, bahkan saya tidak setuju pun tindakan dia tulis surat tu. Saya dah nyatakan dalam hantaran saya yang kak komen tu. Dan saya tak bercakap bagi pihak dia pun, kerajaan negeri Terengganu ada Menteri Besar dan Exconya sendiri untuk buat penjelasan.
Saya hanya nyatakan perbandingan antara dua surat itu oleh PMX pagi ini tak betul dan songsang. Dan saya sebut perbezaan-perbezaannya. Kalau isu baru dapat lesen, eh ada ke peraturan kena ada tempoh bertenang selepas dapat lesen baru dapat kontrak? Apa yg pasti dua daripada lima syarikat yang disenaraikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu ialah syarikat bermasalah dan tidak patut disenaraikan oleh seorang Setiausaha Politik apatah lagi Menteri Kewangan itu sendiri Perdana Menteri!
Saya tidak setuju walaupun geng saya sendiri. Adakah anda juga mengkritik tindakan keluarkan surat sokongan oleh Setpol PMX sebelum ini? Apa pula suara anda apabila video-video babitkan geng PMX sendiri keluar bersiri? Siapa full of crap kak?
Pound sterling ada? 😁

No comments:
Post a Comment