BETULKAH UMNO NAK JADI PEMBANGKANG ? IKUT CAKAP MAMAT IQ 65 NI MELINGKUP UMNO.

 


Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan susulan keputusan mahkamah yang menolak Titah Adendum berkaitan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak. 





Beliau menegaskan lebih baik UMNO menjadi pembangkang bermaruah daripada terus dihina oleh pihak tertentu yang dianggap tidak menghormati parti.


Dr Akmal turut menyeru para perwakilan supaya "menggegarkan" Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang dengan membawa suara berani akar umbi Melayu. 


Keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan bahawa permohonan tahanan rumah tersebut adalah tidak sah, menyebabkan Najib Razak kekal menjalani baki hukuman di Penjara Kajang.


Sumber: Utusan Online 

Gambar: FB Akmal Saleh





No comments: