TERKEDU PEMUJA SAKATUA

 

Alif Jamil





Ingat tak waktu memula tercetus perperangan antara Thai dan Kemboja, PMX ada beritahu yg beliau bercakap ditelefon dgn Donald Trump dalam soal isu keamanan antara dua negara tu ?



Tapi pada masa tu, pemuja² sakatua cepat sangat inzal untuk menyindir kononnya itu cuma lakonan dan gimik pembohongan semata².. 


Dan apabila keluar berita PMX menjadi mediator dalam rundingan damai Thai~Kemboja pun, juak² saka ni jugaklah yg terus perlekeh lagi. 


Dikatanya lagi kononnya PMX bukannya mediator pon, cuma sekadar fasilitator yg sediakan kerusi meja saja. 


Nampak tak betapa buta perutnya juak² saka ni ?


Nah, hari ni Trump sendiri yg sahkan bahawa dia sendiri yg call Anwar Ibrahim untuk bincang isu pendamaian dua negara tu. 


Dan dia siap cakap lagi, kalau rundingan tu berjaya, dia sendiri akan datang ke Malaysia dan janji itu Trump dah tunaikan hari ni.


Kita kena faham, bukan level² biasa apabila Presiden US yg call pemimpin negara lain apatah lagi jenis  kepala batu macam Trump tuh. 


Dia takkan buang masa kalau tak percaya pada kebolehan seseorang. 


Tapi kali ni, dia sendiri yg cari Anwar Ibrahim.

Bahkan Trump sendiri cakap hanya dalam 2 hari sahaja mereka berjaya tandatangan rundingan damai antara Thai dan Cambodia. 


Dan perasan tak, lepas Sidang Kemuncak ASEAN pun Trump masih puji PMX dihadapan pemimpin Korea dan negara² lain.


Entah apa jampi yg PMX baca dekat Trump tu sampai boleh lentok semacam siap bagi pelepasan 0% cukai eksport Malaysia untuk semikonduktor dan farmaseutikal lagi.


Dari rundingan damai hingga ke rundingan dagang semua PMX sapu dgn seni dan strategi yang bijak.



No comments: