HAMZAH VS MUHYIDDIN
1. Perpecahan di antara Muhyiddin dan Hamzah semakin ketara. Semasa Majlis Makan Malam Ulangtahun Bersatu berlangsung, Muhyiddin dan Hamzah kelihatan tidak duduk semeja. Muhyiddin duduk bersama pimpinan utama Bersatu manakala Hamzah duduk seorang-seorang di meja berasingan.
2. Walaupun dipulaukan oleh pimpinan tertinggi Bersatu, Hamzah tidak gentar kerana disokong oleh majoriti Ketua Bahagian Bersatu. 120 Ketua Bahagian Bersatu ini telah tandatangan Akuan Bersumpah mendesak Muhyiddin berundur.
3. Antara sebab 120 orang Ketua Bahagian Bersatu berani melanggar Muhyiddin dan menyokong Hamzah adalah kerana Hamzah dikatakan mempunyai sokongan Presiden PAS Hadi.
4. Salah satu isyarat jelas kecenderungan Presiden PAS terhadap Hamzah adalah semasa pencalonan Ketua Pembangkang dibuat. Meskipun Muhyiddin merupakan Pengerusi PN, Muhyiddin tidak dicalonkan sebagai Ketua Pembangkang. Sebaliknya Hamzah pula yang dicalonkan.
5. Kenapa Presiden PAS dikatakan cenderung terhadap Hamzah? Antara sebabnya, Muhyiddin telah membelakangkan PAS dalam beberapa hal mustahak seperti lantikan Majlis Presiden PN. Muhyiddin telah membelakangkan PAS dan melantik Azmin (sebagai Setiausaha Agung PN) dan Faizal Azumu (sebagai Ketua Penerangan PN). Sebagai tindakan balas, Naib Presiden PAS Samsuri Mokhtar telah meletak jawatan sebagai Bendahari Agung dan jawatan tersebut telah kosong selama 9 bulan sampailah sekarang.
6. Meskipun Bersatu telah mencalonkan Muhyiddin sebagai PM dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini, PAS telah menyatakan kritikan terhadap pencalonan tersebut. Antara pemimpin utama PAS yang menyuarakan bantahan itu merupakan MB Kedah, Sanusi.
Dalam pertembungan di antara Hamzah dan Muhyiddin, siapakah yang korang rasa akan menang?

No comments:
Post a Comment