JANGAN KETAWA: Warganet ‘Terhibur’ Dengan Alasan Abdul Hadi Siapa Calon PM

 


Alasan Abdul Hadi tidak menamakan calon PM daripada pembangkang lebih awal ditambah ketidak hadiran Muhyiddin hari ini bakal memburukkan lagi keadaan dalam Perikatan Nasional.

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Warganet di media sosial ternyata ‘terhibur’ dengan lelucon Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menjelaskan mengapa Perikatan Nasional (PN) belum menamakan calon Perdana Menteri daripada gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Menerusi semakan komen di media sosial warganet mempersoalkan adakah ini hujah dan alasan munsabah Abdul Hadi sedangkan pemimpin Pas sebelum ini mendakwa mempunyai ‘tiga empat lori’ calon perdana menteri.

“Itu ari Mursyidul Am PAS ckp ada 3 lori calon PM…😂,” sindir Rizan Hj Ali.

Wan Mohd Azwan turut memberi gambaran dengan komen “Kerana peristiwa Cukop Jumloh dah jadi pengajaran buat Hadi,” tanpa menjelaskan maksud di sebalik tulisannya.

Mas Sait menulis “Macam mana nak umum calon PM sebab PRU pun Memang PAS + tak bole menang 🤣🤣🤣,” seakan menyindir kemampuan parti penunggang agama itu di tengah-tengah pertelagahan dengan Bersatu.

Terdahulu, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN, berkata beliau kerap kali ditanya soalan itu, justeru mengambil peluang ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat untuk menyatakan mengenainya.

“Mengapa kita tak namakan daripada awal… (sebabnya) nak jaga keselamatan, (kerana) ada bahayanya (jika kita umum awal siapa calon PM).

No comments: