Che Ibrahim
Semua pengguna Petrol Ron95 layak mendapat Budi95 dgn syarat:
1. Warganegara yang sah,
2. Menggunakan IC/cip yang tidak rosak masa pembelian.
3. Ada lesen memandu.
Golongan yang tercicir dari mendapat Budi95, sedangkan mereka adalah antara pengguna aktif Ron 95 ialah:
1. Pemandu kereta/motor yang tidak ada Lesen Memandu kerana ingkar dan degil atau kebal undang undang.
2. Pengguna petrol 95 yang memandu kereta/motor di pedalaman atau luar bandar (bukan jalanraya), mereka bukan sahaja takdak lesen, motor pun takdak mudguard, takdak brake.. hanya enjin Dan tayar yang berfungsi.
3. Penggunaan petrol untuk enjin bukan diesel seperti enjin bot/perahu, mesin rumput, pump air/racun dll.
Semoga golongan (2) dan (3) tidak terlepas pandang oleh Kerajaan Madani. Golongan (1) tu ikut dia lah....


No comments:
Post a Comment