Alif Jamil
Parti yg dulunya diperlekeh dgn pelbagai hinaan dan gelaran sewaktu awal penubuhan.
Digelarnya dgn parti nyamuk , parti jebon , parti erdogan , butir taik DAP dan macam² lagi.
Sekarang , sudah genap 10 tahun parti ini menapak dalam arena politik Malaysia dgn berjaya.
Hari ini , parti ini menjadi komponen parti pemerintah dibawah panji kerajaan perpaduan membawa pendekatan rahmah untuk semua.
Dan parti yg duk perlekehkan Amanah ini sekarang semakin gila talak , gila bayang , gila kuasa dan gila jumlah kerusi yg tak pernah cukup sampai kesudah.
Bahkan , Parti Amanah kini menerima penyertaan yg cukup baik dari kalangan anak² muda dari golongan professional.
Selamat berkonvensyen Amanah.
Moga Amanah terus maju dan kuat menongkah arus perdana membawa perjuangan rahmah untuk rakyat.
Sedikit cadangan saya untuk Amanah.
Pada pandangan peribadi saya sebagai anak muda yg favor dgn Amanah, sudah tiba masanya untuk Amanah 'rebranding' semula imej parti.
Amanah lebih sesuai jika menukar tema warna partinya dari oren kepada warna merah kerana warna merah adalah warna rasmi Pakatan Harapan.
Dan dgn rebranding itu juga , secara tidak langsung Amanah dilihat menjadi parti tonggak utama Pakatan Harapan yg membawa suara melayu islam yg progresif.
Saya yakin , jika Amanah berani mengorak langkah untuk rebranding semula warna tema partinya , Amanah akan lebih gah dan menyerlah dalam Pakatan Harapan.

No comments:
Post a Comment