PRN SABAH : 6 KERUSI DUN SUDAH DIGERAKKAN JENTERANYA










Ketika ini, gendang perang Pilihanraya Negeri Sabah sudah dipalu. Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah sendiri sudah merasmikan 6 Bilik Gerakan Utama serta Jentera Piliharaya PKR di DUN Sindumin, DUN Darau, DUN Inanam, DUN Api-Api, DUN Petagas dan DUN Melalap.


Maknanya 6 kerusi DUN ini bakal ditandingi oleh parti kita dalam Pilihanraya negeri kali ini.


Dan keenam-enam kerusi ini memiliki harapan cerah untuk kita menang kerana sokongan rakyat sangat baik dan gabungan dengan GRS dan Barisan Nasional (BN) memungkin kerusi itu dimenangi dalam PRN kali ini.


PKR sebelum ini telah menang dalam PRN 2020 di DUN Inanam (Peto Galim) dan Api-Api (Christina Liew). 


Dan 4 kerusi lain dimenangi oleh Warisan dengan majoriti kecil dan peluang PKR untuk memenangi kerusi itu.


Dun Petagas, Warisan menang dengan majoriti 261 undi. Dun Darau (562 undu), Dun Sindumin dengan majoriti 424 undi dan DUN Melalap dengan majoriti 1,719  undi. 


Dan kalau kita bergabung dengan BN dan GRS, keempat-empat kerusi ini dapat dimenangi mengikut pola pengundian PRN 2020 dahulu. 


Jadi peluang besar untuk parti kita menang di Sabah dan inilah peluang buat Nurul Izzah buktikan kehebatan beliau sebagai jenderal perang dalam PRN kali ini. Ini kalilah…



No comments: