Suria Azmi
Sy pernah hidup menumpang di rumah saudara
Tidur di ruang tamu beralas toto
Sebab tak mampu bayar sewa rumah
Berpindah-randah
Memimpin tangan kecil si anak yg baru mengenal dunia
Sy masih ingat masa cuba menambah pendapatan dgn menjahit tudung
Tidur sekitar jam 3 pagi
Jam 6 pagi sudah bangun utk kerja hakiki
Kadang hari cuti, menjahit
Tidur jam 3 pagi
Jam 9 pagi buka booth jualan hingga malam
Tidur bersepah dalam kereta dalam surau
Tiada istilah cuti rehat
Masih ingat satu hari itu
Masa punggah gulungan kain2 pasang keluar dari lif rumah
Anak tertinggal dalam lif
Pintu tertutup dgn tangannya memegang barang jahitan
Dia baru berusia 5 tahun
Sayup di anak menjerit mamaaaaaaaaaaaaa
Dengan esak tangis
Lifnya sudah naik ke atas dgn dia seorang diri
Air mata ditahan dari mengalir.
Sedih. Sesukar ini utk meneruskan hidup.
Mengheret anak dalam kehidupan yg payah.
Mujur ada org baik.
Menghantar anak kembali ke bawah.
Kehidupan 6 tahun lalu banyak memberi impak masa kini.
Ketidakpedulian kata2 org sudah menjadi prinsip dalam kehidupan sekarang.
Sy percaya ramai org hebat lahir dari hidup yg susah.
Ramai org yang berjaya lahir dari kesukaran dan buangan org lain
Ramai org berjiwa kuat hasil dari kekecewaan yg mendalam.
Oleh itu,
Jika kita ingin menjadi hebat, berjaya dan berjiwa kuat.
Selayaknya kita melalui semua proses kehidupan utk membentuk diri yg maju ke hadapan.
Siapa sy harini walaupun belum berjaya lebih dr sahabat yg lain.
Inilah diri sy yg lebih baik dr 6 tahun lepas.
Kehidupan pastinya akan menghentam kita dalam pelbagai cara.
Tp yg penting bagaimana kita menghadapi dan mengolahnya.
Teruskan semangat pencinta kerja keras! 💪🏻
#misiygjelas
#terusberusaha
#majukehadapan
#ubahkehidupan
#hargaisegalausaha
#kuatkansemangat
#agihidupagigelaban

No comments:
Post a Comment