Isu Usul SST di DUN Kedah: PAS/PN Lari Daripada Tanggungjawab Sendiri

 KENYATAAN MEDIA


Isu Usul SST di DUN Kedah: PAS/PN Lari Daripada Tanggungjawab Sendiri





1. Usul yang dibawa dan diluluskan di DUN Kedah yang membantah Semakan semula perluasan SST hanyalah gimik politik murahan. Hakikatnya, SST 8% hanya dikenakan pada barangan mewah, bukan barang asas harian. Beras, minyak masak, gula, tepung, sayur dan ikan tidak terlibat langsung. Jadi hujah kononnya rakyat marhaen terbeban adalah pembohongan semata-mata.


2. Masalah sebenar rakyat Kedah ialah keputusan kerajaan negeri sendiri  pimpinan MB Sanusi dan Pas yang menaikan tarif air dan premium tanah yang semakin menekan petani, peneroka kecil, malah pemaju kecil. Dua isu ini langsung tidak ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan.


3. Jelas bahawa kerajaan negeri Kedah cuba lari daripada tanggungjawab dengan mengalih perhatian rakyat kepada isu SST. Kalau benar prihatin, mengapa diam seribu bahasa bila rakyat mengeluh tentang air dan premium tanah?

kenapa kenaikan Ini dikatakan tidak bebankan rakyat sedangkan semakan semula SST untuk barang mewah. Adakah Adun Kedah merupakan pengguna barang mewah yang di naikan SST. Nampaknya Adun PAS/PN Dun Kedah bukan ketahuan kepala ekoq.


4. Walaupun kenaikan tarif air adalah dengan kelulusan  Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) namun terpulang kepada kerajaan negeri nak tentukan naik atau tidak dan kadar kenaikan. Masaalahnya Kerajaan Kedah pimpinan MB sanusi hanya tahu mempersoalkan semakan semula SST yang dikenakan pada barangan mewah. Tak salah nak naik tapi jangan hanya pandai menyalahkan kerajaan persekutuan. Kerajaan semak semula SST untuk pulangkan kembali pada rakyat khususnya Asnaf dan B40. Kerajaan Kedah pulangkan apa?


5. Soalannya mudah:

👉 Air dan tanah itu keperluan asas kehidupan setiap rakyat Kedah.

👉 SST pula hanya pada barangan mewah.

Siapa sebenarnya yang menekan rakyat? Jawapannya ada di Wisma Darul Aman, bukan di Putrajaya.


Usul SST oleh DUN Kedah tidak lebih daripada cubaan menutup kelemahan sendiri. Masalah besar rakyat Kedah hari ini datang daripada dasar kerajaan negeri pimpinan Sanusi, bukan daripada SST.


MAHFUZ BIN OMAR

Naib Presiden

Parti Amanah Kedah

24 Ogos 2025

Alor Setar, Kedah.




No comments: