FARHASH SAMAN RM10 JUTA! PEMBANGKANG SEMAKIN MEBANGGANG!


Ahli politik PKR yang kini bergelar ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bersama dua individu lain memfailkan saman fitnah terhadap portal berita MalaysiaNow dan editornya, dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta berhubung artikel portal itu mengenai skandal perlombongan di Sabah. Berdasarkan dokumen mahkamah yang dilihat Malaysiakini, saman itu difailkan oleh firma guaman Messrs Ahmad Deniel, Ruben & Co di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Julai. Farhash bersama Bumi Suria Sdn Bhd dan Mohd Aminudin Mustapha menamakan MNow Sdn Bhd serta Muhammad Abd Ar-Rahman Koya sebagai defendan. Farhash dan Aminudin ialah pengarah Bumi Suria. Selain RM10 juta, plaintif turut menuntut ganti rugi teruk, teladan dan ganti rugi tambahan, perintah mahkamah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf penuh, tanpa syarat dan terbuka di portal tersebut, faedah lima peratus setahun, serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Mereka juga menuntut defendan memadam artikel berkenaan daripada laman MalaysiaNow dan telah memfailkan permohonan injunksi segera untuk menghalang portal itu daripada mengulang siar artikel yang didakwa berunsur fitnah tersebut.



No comments: