Fathi Aris Omar
Tepat jam 6 petang tadi, saya kembali menulis di Malaysiakini setelah 10 tahun berlalu:
Keretakan pusat kuasa Putrajaya, selama ini dicengkam kuat Barisan Nasional, mencipta gejala "jung pecah, yu yang kenyang".
Semua orang pihak mahu ambil kesempatan, semua orang tiba-tiba menjadi berani.
Istana, birokrat, penguatkuasa, anggota keselamatan, kakitangan pihak berkuasa tempatan, kartel, orang politik, pemuka mazhab Wahhabi dan pengguna media sosial melucutkan semua ketakutan.
Bertenggek di atas krisis demi krisis sejak puluhan tahun BN diasak, demo esok cuba mengulangi demonstrasi anti-ICERD pada Disember 2018.
Tetapi semua ini bukan jawapannya. Jung yang pecah tidak berganti, yu hanya berebut-rebut sisa barangan yang hanyut tenggelam.
Persoalan Kerajaan Perpaduan dan negarawan kita (kalaulah ada!) ialah membina jung baharu yang lasak, sesuai dengan keterbukaan demokrasi tetapi bukan kebebasan yang tiada manfaat dan disia-siakan.

No comments:
Post a Comment