PEMULIHAN SM SAIN SHAH ALAM



 Saya berkesempatan melawat Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur yang baru-baru ini terkesan akibat insiden kebakaran yang memusnahkan beberapa bahagian penting sekolah termasuk blok pentadbiran, bilik guru, makmal dan kemudahan lain.











Melihat sendiri impak kemusnahan itu cukup menyentuh hati kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada prasarana sekolah, tetapi juga kepada semangat murid-murid dan warga pendidik yang begitu komited dalam usaha membina masa depan generasi muda.


Saya telah meminta agar laporan siasatan lengkap disediakan segera supaya segala bentuk bantuan dan pemulihan dapat disalurkan dengan pantas dan berkesan.


Semoga seluruh warga sekolah, para pelajar, guru dan staf terus diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. 


Insya-Allah, kita akan pastikan usaha pemulihan dilaksanakan sebaik mungkin demi kesinambungan pendidikan anak-anak kita.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja



No comments: