27 May 2025
Ramai yang bertanya, bila Rafizi Ramli nak letak
jawatan?
Kenapa beliau masih datang ke pejabat dan hadir
Sidang Kemuncak Asean?
Apakah beliau tak jadi letak jawatan?
Sejak semalam, inilah antara soalan yang banyak
berlegar di mana-mana.
Seolah-olah ada yang tidak sabar mahu melihat
Menteri Ekonomi itu segera menunaikan janjinya.
Sabar…dan jangan risau tentang janji Rafizi itu.
Beliau adalah seorang yang berprinsip dan pasti
akan berpegang kepada janjinya.
Jadi, bilakah beliau akan letak jawatan?
Adalah diyakini Rafizi akan menghantar surat
perletakan jawatannya sebaik saja Sidang Kemuncak Asean berakhir esok iaitu 28
Mei.
Dipercayai Rafizi berbuat demikian kerana mahu menjaga
nama baik negara dan tidak mahu Sidang Kemuncak Asean terganggu dengan berita
perletakan jawatannya.
Kiranya beliau meletakkan jawatan ketika Sidang
Kemuncak Asean sedang berlangsung, sudah tentunya berita mengenainya akan
tersiar di media-media serta dibaca oleh menteri-menteri yang hadir di
persidangan itu.
Sudah pasti nanti tumpuan dan perhatian akan
terkalih kepada berita perletakan jawatannya itu, malah pastinya juga Perdana
Menteri akan ditanya media berkenaan dengannya.
Pemimpin-pemimpin Asean juga akan bercakap sesama
sendiri tentang perletakan jawatan Rafizi itu.
Akhirnya, Sidang Kemuncak Asean akan kelihatan
tidak cantik perjalanannya.
Dalam hal ini, terbukti Rafizi mempunyai
pertimbangan yang matang dalam tindakannya, meskipun barangkali hatinya sedang
kecewa dan tersakiti ketika ini.
Jadi, sabar sikit dan tunggulah selepas 28 Mei
apabila semua menteri dan delegasi daripada negara Asean kembali ke negara
masing-masing, pasti ketika itulah nanti surat perletakan jawatan Rafizi akan
tiba di atas meja Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 27Mei2025.
No comments:
Post a Comment