HATI HATI DENGAN PENGUNDI ATAS PAGAR.


Norshidah Md Daud 



PRU 16 


Andaian kita buat masa ini adalah 1 vs 1 di mana UMNO akan bekerjasama dengan PH


Ada la cybertrooper PH yang kata kita akan menang besar

Kononnya kita akan dapat manfaat daripada kerjasama dengan UMNO hanya utk menyedapkan hati kita selepas melihat kemenangan di PRK Air Kuning Tapah baru2 ini


Sebenarnya di PRK Air Kuning tu kita cuma dapat  menambah sedikit sokongan kepada UMNO, bukan disebabkan PN itu lemah

Kita boleh semak, undi yg diperoleh PN tu solid Melayu


Unjuran sebenar undi Melayu tak berubah pun kepada PH terutama jika PKR & Amanah yang bertanding..


PRK Sg Bakap yang lalu di kawasan Fadlina,  PKR di beri laluan di situ tetapi kalah

Kawasan seorang Menteri sebagai Ahli Parlimen di situ pun x dapat membantu menambah undi

Undi dari ahli UMNO pun kita x dapat sebenarnya.


PRU 16 jika kita mengharapkan keajaiban dari PRK Air Kuning, kita silap sebenarnya..


Selepas pemilihan PKR tenpohari kita nampak jelas sokongan kepada PH terutama kepada Anwar Ibrahim makin merudum

Banyak kedengaran suara penduduk d bandar2 utk tidak lg menyokong PH

Apa lagi yang kita nak harapkan? 


Penyokong yang sekian lama menyokong pun kini ramai yg telah menzahirkan kekecewaan dan ada yang merancang utk boikot PRU


Ditambah lagi tiada pemimpin yang di lihat mampu menaikkan semangat pengundi atas pagar...

Seiring perjalanan masa,  kita akan saksikan rumah yang kita duduki selama ini bakal mereput di mamah anai2


2014 hingga sekarang media sosial memainkan peranan besar dalam kejatuhan empayar BN...

Maka media sosial juga yg akan menjatuhkan PH...



No comments: