HarapandailyMay 27, 2025
Perdana Menteri mengesahkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah
ketika ini berada di Institut Jantung Negara (IJN).
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan baginda berasa keletihan dan
mengambil keputusan untuk berehat di sana.
“Beliau berasa penat dan mahu berehat di IJN,” kata beliau ringkas
menjawab soalan media pada sidang media penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46
hari ini.
Sultan Hassanal, 78, sebelum ini tidak kelihatan dan hadir pada Sidang
Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China petang tadi.
Baginda yang menaiki takhta pada 1967 merupakan pemerintah monarki
paling lama di dunia dan juga antara individu terkaya dunia.
No comments:
Post a Comment