HarapandailyMay 28, 2025
Najib Bakar
Menjawab Lim Sian See berkenaan nombor plet kereta YB Menteri Ekonomi.
Aku cerita dari awal hingga habis.
Bila jadi Menteri, mereka berkelayakan untuk dapat nombor plet istimewa.
Mereka boleh pilih apa-apa nombor yang ada, tetapi nombor tersebut sebenarnya
adalah hakmilik Spanco.
Kereta yang YB Rafizi guna itu sebelum ini digunakan oleh Menteri lain,
dengan nombor plet lain sebelum zaman Kerajaan Perpaduan.
Bila Menteri tersebut tidak lagi jadi Menteri, beliau beli nombor plet
yang asal daripada Spanco.
Seseorang yang pernah jadi Menteri boleh beli nombor yang mereka guna dengan harga nominal, murah sahaja, cuma berharga dalam lingkungan 3 atau 4 angka.
Jadi bermaksud, semasa YB Rafizi dapat kereta itu, beliau perlu pilih
nombor yang baru untuk dipadankan dengan kereta tersebut.
Itu sahaja.
Kalau kereta tersebut dah ada nombor, sudah tentu beliau pun tak fikir
nak nombor baru.
Kelayakan ini cuma khas untuk Menteri. Jadi kalau ternampak kereta
Timbalan Menteri, atau Ahli Parlimen single/double digit, itu bermakna mereka
beli sendiri.
Faham, yang Lim Sian See mahu mewujudkan naratif seolah-olah YB Rafizi
membazirkan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk nombor plet.
Cuma nak tanya saudara Lim, menteri-menteri di zaman Najib Razak dulu
tak guna nombor plet sebegini ke?
No comments:
Post a Comment