Pada saya, bila dah berkali kali buat fitnah, minta maaf dan kalah saman, ia bukan terpencil lagi.
YB fahamkah apa itu definisi terpencil. Kalau jarang2 berlaku dan ianya tidak disengajakan barulah bolah dikatakan terpencil. Bukan sahaja melibatkan YB Razman sahaja malah ada lagi beberapa orang pemimpin drpd parti YB yang pernah minta maaf dan kalah saman ini.
Bermula darkpada tuan presiden hinggalah ahli biasa terlibat dalam amalan fitnah ini. Jutaan ringgit juga telah dibelanjakan utk membayar denda ajibat kalah saman ini
Adakah fitnah, caci maki sudah menjadi normalisasi di dalam parti Pas? Sudah-sudah lah main politik jijik dan kotor. Sebagai parti yang membawa jenama islam, jagalah adab dan akhlak. Jagalah kesucian agama islam itu sendiri. Jadilah umat yang memberi teladan yang baik kpd orang lain terutama orang-orang bukan islam.
No comments:
Post a Comment