Katanya entah betul atau tidak. Mungkin sendiket menggunakan wajah mereka tanpa diketahui mereka Dato Jalaludin dan Ziana ,semoga diberi pencerahan.
Ops Sky: SPRM siasat pembabitan selebriti dibayar hingga RM400,000 jadi duta syarikat perunding kewangan

KUALA LUMPUR: Beberapa selebriti termasuk artis lagenda dan ikon inspirasi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana pembabitan dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang bersekongkol dengan pegawai bank tempatan bagi memperdayakan ramai peminjam bank, termasuk ribuan penjawat awam melalui pinjaman bertindih.
SPRM mendapati artis terbabit dikaitkan dengan kegiatan syarikat perunding kewangan berkenaan berikutan penahanan 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), baru-baru ini.
Melalui Ops Sky juga, SPRM mendedahkan sejumlah RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket yang kononnya menawarkan bantuan kewangan, tetapi mengaut sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah pinjaman yang diluluskan bank-bank pada satu masa.
BH difahamkan, selebriti terbabit dibayar hingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan mereka.

No comments:
Post a Comment