AKU INGIN MENCADANGKAN AGAR FADLI INI DIBAWA MELIHAT KEINDAHAN PULAU PINANG, LEBUHRAYA, TIANG LETRIK, KEMUDAHAN DAN KECANTIKAN MASJID, MENGIRA KAPAL PERANG YANG HADIR TERMASUK KAPAL SELAM KERANA MP JAKUN TAK BOLEH BLAH... KAH KAH KAH...



 Saya sangat terharu dengan keikhlasan DAP Pulau Pinang ini yang sanggup mencari dana bagi membuat kelas untuk mengajar pemimpin PAS tentang nama-nama dan kebudayaan orang Cina. Inilah bukti keikhlasan DAP Pulau Pinang yang sungguh hebat dan mengkagumkan, menitis air mata saya membaca keikhlasan ini.



Walaupun saya merasakan cadangan ini bagus, tetapi saya ingin memberikan cadangan yang jauh lebih bagus iaitu kelas pendidikan Islam yang asas untuk pemimpin DAP yang bertaraf Menteri. Ini kerana ada Menteri daripada DAP yang boleh menyebut perkataan yang bukan hadis tetapi disebut sebagai hadis. 


Ini sebenarnya satu penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW dan kesilapan ini jauh lebih besar berbanding kesilapan mengenalpasti nama-nama dan kebudayaan Cina. Kesilapan ini tidak pernah dimohon maaf sehingga ke hari ini seolah-olah ia tidak salah.


Menteri sama juga mempermainkan istilah berkait ibadah orang Islam dengan menyebut bahawa dia akan mengadakan solat hajat, ia juga satu bentuk olok-olok yang tidak sepatutnya berlaku.


Jadi, daripada DAP Pulau Pinang buat kelas untuk pemimpin PAS, lebih baik laburkan dana yang dikutip itu untuk mengajar pemimpin DAP bertaraf Menteri. Walaupun Menteri itu ada peruntukan besar daripada Kementeriannya, tetapi peruntukan itu tentulah akan digunakan untuk tujuan lain yang lebih penting seperti menghiaskan pejabat dengan hiasan Krismas, Tahun Baru Cina dan termasuklah Hari Raya tidak lama lagi.


Peruntukan kementerian itu juga tentulah sudah habis digunakan untuk pertandingan tandas dan lain-lain. Saya mohon mencadang.


rujukan : https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/02/03/dap-seeks-funds-to-organise-courses-for-pas-leaders-on-chinese-names/



No comments: