MALAYSIA DIBERI PENGHORMATAN MEMBANGUNKAN PALESTIINE BERSAMA JEPUN.

 


KUALA LUMPUR, FEB 4 - Pengkritik harus melihat kepada penghormatan yang diberi kepada Malaysia untuk bersama-sama dengan Jepun membantu membangunkan semula Gaza, kata Menteri Luar Mohamad Hasan.



Beliau berkata, walaupun usaha itu bukan sahaja mengambil masa yang lama, malah memakan kos tinggi, ia ‘tanggungjawab antarabanga’ yang harus dipikul negara-negara yang menyokong kebebasan Palestin.


Bagaimanapun, ini tidaklah bermakna negara sendiri diabaikan, tambahnya.


“Ada yang kata umpama kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan. Kita tak susu kera di hutan dan anak di rumah tak mati pun. Ini tanggungjawab antarabangsa … sebagai negara sokong Palestin jadi negara merdeka.


“(Usaha ini) akan bawa negara sepemikiran bersama fikirkan bagaimana nak bina semula Palestin yang (akan) ambil masa yang panjang.” katanya ketika waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.


 #BeritaKS



No comments: