MSO
Orang Umno yang beriya mempertahankan Najib dan mahu mengangkatnya jadi hero tidak memahami kondisi Najib sebenarnya.
Mereka, khas para pengkagumnya masih mengharap Najib untuk bangkit membela Umno seterusnya menguasai semula kekuasaan ke atas Malaysia.
Mereka yang berharap demikian tidak lebih daripada bermimpi disiang hari. Situasi itu merugikan Umno sendiri apabila sokongan terhadap Zahid Hamidi tidak padu dan berbelah bahagi.
Orang yang ingin mengangkat Najib mereka mengambil iktibar atas apa yang berlaku ke atas Mahathir dan Anwar. Sejarah dicatat Mahathir menjadi PM dua kali manakala apa dilalui Anwar walaupun bergelar banduan tetapi akhirnya jadi PM mahu diikuti Najib. Sunnah itu tak akan berlaku kepadanya.
Para pengkagum Najib harus faham bahawa ada perbezaan besar di antara Najib dengan Mahathir dan Anwar.
Mahathir jadi PM dengan sokongan Anwar daripada PH apabila dia sanggup merendah diri memohon simpati dan kemaafan daripada Anwar, jika tidak begitu tak mungkin dia jadi PM.
Sunnah dilalui Mahathir itu mahu dipraktiskan Najib dengan cuba mengharap simpati daripada Pas. Namun jalannya bukan senang.
Manakala Anwar pula benar dia banduan, tetapi banduan terhormat. Kelas narapidana ini berbeza. Anwar dipenjara kerana fitnah hasil sebuah konspirasi manakala Najib dipenjara kerana jenayah kewangan. Najib menyangkau harta dan wang rakyat.
Situasi dialami Najib itu menyebabkan dia tidak sekelas dengan Mahathir dan Anwar. Justeru lupalah Najib dan carilah hero baru dalam Umno, sementara muncul wira baru sokong dan dukunglah Zahid Hamidi. Trims.
No comments:
Post a Comment