PAS SUDAH BAYAR SAMAN FITNAH LEBIH RM2 juta




Jika mahu hentikan budaya fitnah, jgn tarik saman 

PN TIDAK RASA MALU MENIPU RAKYAT?


Kita semua sudah maklum bagaimana seorang Ustaz dari negara jiran ketika berceramah di sana memberitahu dia berasa hairan bangsa kita berpolitik sepanjang masa.


Tidak seperti di Indonesia katanya kehangatan hanya ketika pilihanraya. Apabila selesai lawan Jokowi yg tumpas iaitu Probowo boleh bersama menyertai kerajaan.


Muhyiddin sgt terdesak bersama Hadi Awang. Muhyiddin tahu jika kerajaan ini kekal sehingga PRU16 BERSATU akn berkubur kerana PAS bukan rakan yg boleh dipercayai berdasarkan kpd rekod lampau. 


PAS sanggup tinggalkan UMNO kerana Muhyiddin berkuasa. Muhyiddin yakinkan PAS mereka akn berjaya menjatuhkan DS Anwar sebagai PM. Tanpa PAS, BERSATU kekuatannya hanyalah seperti Gerakan.


Sebagai pemerhati politik, saya melihat PN sudah tidak peduli lagi utk memfitnah asalkan berjaya melahirkan persepsi kebencian kaum terutamanya. 


Jika kita amati kenapa budaya fitnah menjadi mainan pembangkang?


Pimpinan pembangkang tahu majoriti penyokong mereka yg mempunyai daya intelektual yg rendah. Kalau di sekolah dulu kelompok ini akn jadi bahan ketawa atau dibuli rakan2 yg bijak.


Org kurang upaya intelektual bukan sahaja disukai di kalangan org politik tetapi ketua2 kampung pun suka kerana ia mudah dibuli dan mudah menjadi org suruhan atau diambil kesempatan.


Mana tidak bagaimana pengikut mereka boleh taat kpd pemimpin2 mereka yg sering disaman kerana fitnah. Kita yg ada akal ini kalau org itu selalu menipu pasti kita takut utk terus berkawan dgnnya.


Akhirnya pelbagai fitnah yg mengarut atau tidak masuk diakal. Semalam Muhyiddin telah diarahkan mahkamah utk membayar saman fitnah kpd LGE berjumlah RM 1.35 juta atas fitnah yg dilakukan.


Tahukah anda sejak 2016 Pas telah membayar lebih RM2 juta akibat kalah saman fitnah, ini senarai 16 fitnah yg dikeluarkan Pas.


1. 2019 - PAS TERIMA RM90 JUTA DARI BN (RM1.4 JUTA) PAS BAYAR PADA CLARE


2. 2021 - PEMBUKAAN SPORT TOTO DI POKOK SENA (RM50,000) - SANUSI 


3. RAZMAN ZAKARIA PESURUHJAYA PAS PERAK

2020 - PARTI SEKULAR (RM254,150)


4. 2016 - PROJEK RUNDINGAN TERUS P.PINANG (RM10,000)- NASRUDIN TANTAWI


5. 2017 - KHALID SOKONG PENJUALAN ARAK (RM200,000) HASSAN ALI 


6. 2022 - JUAL ASET TABUNG HAJI KEPADA BUKAN ISLAM (RM11,000) AHMAD DUSUKI 


7. 2019 - HUSAM TERIMA DANA DAP (RM50,000) WAN ZAWAWI 


8. 2020 - TERESA KOK TIDAK SETUJU

ISLAM AGAMA RASMI PERSEKUTUAN (RM80,000) SHARHAN HUMAIZI


9. 2020 - PAULSEN MENGHASUT MEMBENCI ISLAM (RM10,000) MOHAMED HAFIZ


10. 2022 - HUSAM SELEWENG TANAH (RM15,000) MASRI CHE YUSOFF 


Itu belum termasuk beberapa kes terbaru seperti kes Siti Mastura memfitnah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng keturunan Chin Peng. 


Sepertimana kes Muhyiddin Yassin yg diminta menarik balik atau memohon maaf tetapi keegoan Muhyiddin yg cuba melahirkan persepsi betapa jahatnya Cina DAP menindas Yayasan Al Bukhary milik org Islam.


Begitu juga dgn kes Siti Mastura yg diminta menarik balik fitnah dilakukan tetapi Mastura memilih utk terus lawan. Tujuannya utk mengaitkan komunis dgn DAP.


DAP sebenarnya teruk dikambing hitamkan utk melahirkan persepsi bahawa bangsa Cina ini seolah olah patut dimusuhi.


Fitnah saban hari malah hingga ke Sidang Dewan Parlimen. Tindakan Ahli Parlimen Pendang mendakwa penemuan wang tunai sebanyak RM94 juta di kediaman seorang bekas menteri DAP juga adalah siri fitnah yg berlaku. Apabila diminta bukti oleh Speaker sehingga kini tiada jawapan dari Pendang.


Fitnah ini tidak akn berhenti dan seolah olah sudah menjadi budaya PN. Jadi apa langkah pencenggahan utk menghentikan budaya yg semakin serius ini?


Jawapannya adalah saman. DAP kena bentuk jawatankuasa utk menilai mana2 fitnah utk diambil tindakan segera. 


Jgn mudah memaafkan saman fitnah kerana  kemulian hati itu sebenarnya membenihkan budaya ini. FITNAH perlu dihentikan dgn saman fitnah. Ini kerana walaupun konon mereka pejuangkan Islam tetapi perjuangan mereka sudah terpesong jauh.


Sdgkan hukum fitnah jelas haram dan sgt ditegah dalam hukum syarak. Ini kerana perbuatan fitnah dikecam dgn keras oleh Baginda Rasulullah, “Tidak masuk syurga org yg menyebarkan fitnah (mengadu domba).”


Saya pun tidak pasti kenapa PN tidak mahu berpegang kpd perintah Nabi. Sdgkan pemimpin mereka bermimpi bertemu Nabi dgn wajah gelap. 


Malah Bala bermimpi dgn Nabi byk kali…sepatutnya ‘Nabi’ pesan pada Bala minta parti yg disokongnya itu henti fitnah atau bercakap bohong. Barangkali sebab mereka sudah mempunyai kunci pintu syurga jadi tidak mengapa memfitnah.


Jadi kenapa saya panggil mereka sebagai JADONG… JADONG menurut Prof Syed Hussain Al Attas ialah pemimpin yg bodoh, sombong dan berpendirian jahat.


Norman Radzuan