Dahhh tak boleh pergi LUAR NEGARA - Padan Muke!
Berita PMX batalkan lawatan 68 penjawat awam ke luar negara (Berlin) ni adalah tindakan yang tepat. Saya setuju sangat2!
Teringat saya (beberapa kali dah terjadi), bila ada event luar negara yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan kita perlu "hadiri" event tersebut, waktu event, bayang pun tak nampak. Tapi...
Pernah saya mendapat jemputan ke New York sebagai speaker, dan event tersebut dihadiri oleh delegasi negara-negara Asian, termasuk lah wakil-wakil kerajaan Malaysia. Yang datang dalam 20-30 orang, tapi bila event sepanjang hari 4-5 orang je pegawai yang ada.
Siapa pernah alami?
Boss-boss pergi shopping atau makan angin kot. Nak husnuzon pun, New York. Bukan Mekah.
Ada juga yang bawa keluarga. Yang ni boleh husnuzon, guna duit sendiri la tu. Tapi bila waktu malam, waktu dinner dengan bangga cerita pergi melawat tempat2 menarik ketika event yang sepatutnya dihadiri sepanjang hari.
Inilah dianya kot peribahasa sambil menyelam minum air kott...
Yang kita ni usahawan, geram je dengar. Maklumlah, depa bukannya bayo pun. Duit cukai kita juga digunakan. Siapa faham perasaan geram ni? 😂
Semalam bila saya terbaca berita PMX mengambil tindakan untuk batalkan trip ke Berlin untuk 68 penjawat kerajaan sertai, ni dah macam rombongan cik kiah ni... ia memberi mesej yang sangat jelas untuk tidak lagi sewenang-wenangnya membazir wang dan tanggungjawab yang telah diberikan. Lebih2 lagi yang nak holiday free. Kudos PMX.
Yang kita-kita ni nak holiday, perlu lah berusaha lebih. Simpan duit lebih. Berniaga pun kena lebih gigih.
Sekiranya anda ingin menjana pendapatan tambahan, tak kiralah nak pergi holiday (dan bukan cara macam boss-boss di atas ya) ataupun ke Mekah, salah satu caranya anda memulakan perniagaan online dari rumah.
Jika anda nak mulakan perniagaan, tapu tak tahu NAK JUAL APA? Atau mula di mana, jom saya tunjukkan Langkah demi langkahnya pada anda hari ini di webinar NAK JUAL APA? Mulakan Perniagaan dari Zero! Sertai percuma di www.NakJualApa.com
Jommm!
-ik
dubai
PS: Tahun ni pun ada juga berlaku kat Dubai kes seperti di atas... tapi malas nak cerita. Nanti depa tak jemput saya pulak dah 😅