PAS SANGGUP TINGGALKAN BERSATU! PN TOLAK MOU JANGAN SIBUK MAHU TUNTUT!



Ahli Parlimen pembangkang tidak perlu lagi sibuk-sibuk menuntut peruntukan Ahli Parlimen selepas blok itu secara mentah-mentah menolak memorandum persefahaman (MoU) yang disediakan kerajaan. Timbalan Pengerusi AMANAH Johor, Sr Dzulkefly Ahmad berkata, Perikatan Nasional tidak perlu lagi ‘bergegak gempita’ mengenai peruntukan pembangkang kerana mereka sendiri yang menolak tanpa berbincang dengan kerajaan. “Dah kalau tolak MOU tu janganlah sibuk nak tuntut peruntukan Ahli Parlimen lagi. Itu syarat yang ditetapkan. “Harapnya lepas ni sidang Dewan Rakyat dah redalah dengan isu tuntutan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang. “Rasanya dah tak perlu jugalah untuk Ahli Parlimen pembangkang berlari hanya semata-mata membawa gimik tuntutan peruntukan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini. Sebelum ini pembangkang membawa isu peruntukan ke perhatian media, mendakwa MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, nilai budaya, moral serta agama, selain boleh disalah tafsir dan disalah guna kuasa, serta mengongkong kebebasan. Sehari selepas penolakan itu, PN seperti mendapat malu besar apabila Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan kandungan penuh draf MoU terbabit. Timbalan Perdana Menteri bertindak sedemikian memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media dan menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai. Sementetara itu Dzulkefly yang juga bekas ADUN Kota Iskandar menegur pembangkang kerana masih tidak sedar bahawa MoU dibuat untuk mengurangkan permainan politik “pintu belakang” yang didalangi kumpulan itu sendiri. “Kena faham MOU itu dibuat bagi mengurangkan permainan politik pintu belakang yang tak habis-habis, ini penting sebab kestabilan itu akan membantu negara untuk terus ke depa bagi bersaing dengan tuntutan global hari ini. “Jadi mudahnya, tiada MOU tiadalah peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang,” katanya lagi sambil menasihatkan supaya pembangkang menjadi blok yang matang yang tidak ‘bising’ tentang peruntukan semata-mata.