KONON NAK JADI PEMBELA LA TU

 

Salman Ali






Kenyataan Setiausaha Agung yang mewakili PAS pada ketika ini membangkitkan tentang nilai-nilai positif GISBH dan mengingatkan supaya tindakan tidak diambil terburu-buru adalah sangat buruk serta tidak bertanggungjawab. 


Ratusan budak berpotensi menjadi mangsa pengabaian dan pemaksaan, masih lagi nak bagi peringatan tentang kelebihan GISBH.


Macam mana diangkat menjadi pemimpin Parti Islam kalau tidak sensitif terhadap isu pengabaian hak dan  pelanggaran syara yang telah berlanjutan sejak sekian lama.


Ucapan Ketua Polis Negara nampak jauh lebih kehadapan menggambarkan kepentingan menjunjung tinggi prinsip-prinsip Islam berbanding Setiausaha Agung Parti Islam.