Kartel dan Monopoli tu no 2. Rasuah di Kementerian Pertanian tu No 1!


 Sham ghaz



Kartel dan Monopoli tu no 2. Rasuah di Kementerian Pertanian tu No 1! 



Mohon PMX Anwar Ibrahim tebas habis habisan.


Contohnya pada tahun 2019/2020 pasukan kami yang buat audit forensik Pertubuhan Peladang Kebangsaan guna sykt Price Water House Cooper International temui penyelewengan bernilai RM50 Juta membabitkan pelbagai isu pada tahun 2015-2018.


Duit zakat pun mereka sakau, inikan pula duit projek. Saya bacakan satu satu mcmana pemimpin mereka sakau duit zakat Nafas untuk tujuan politik, https://www.facebook.com/share/r/zZeK3C5Bk5yXJDhZ/?mibextid=ICIPch


Ahli Jemaah Pengarah NAFAS (dulu) yang sepatutnya jaga kebaikan dan pembangunan Industri padi, jadi lembaga hitam yang baham kekayaan hasil kesusahan pesawah padi.


Malah ada yang dah jelas ada kes sebelum ini, dapat menang lagi AJP.


Perwakilan yang dipilih ke Mesyuarat Agung Tahunan pun lemah, pemilihan di Unit Peladang Kampung, Pertubuhan Peladang Kawasan dan Negeri penuh dgn salahguna kuasa.


Akhirnya mereka yang ada kes kes babitkan salahlaku, penyelewengan tetap menang dan berkuasa. Sebab pesawah kebanyakannya dibawah tidak mahu berubah dan cukup makan dengan janji/habuan palsu sahaja.


Mohon LPP gantung seumur hidup keahlian mereka yang terlibat dengan kes Rasuah dan penyelewengan.


Itu belum dibongkar kegiatan dalam Kementerian dan Agensi Agensi lagi.


Hingga kini SPRM bisu terhadap laporan kes kami dulu. Mohon jgn lembik!


 Baca sebahagian report kami dulu;


https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/71056


https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/71012